Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Selamat pagi, Adakah perkatan "maka" boleh dijadikan sebagai penanda wacana? Jika ya, adakah ia disertai tanda koma selepasnya? Cth: Maka perempuan-perempuan yang solehah itu ialah ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) ... Terima kasih. | Kata "maka" ialah penanda wacana yang menghuraikan contoh. Penggunaannya adalah seperti "Maka, perempuan yang solehah itu ialah ..." | Tatabahasa | 24.09.2020 |
Soalan saya yang bertarikh pada bulan 9 masih belum terjawab, izinkan saya bertanyakan soalan tersebut semula. Selamat pagi, Adakah perkatan "maka" boleh dijadikan sebagai penanda wacana? Jika ya, adakah ia disertai tanda koma selepasnya? Cth: Maka perempuan-perempuan yang solehah itu adalah yang taat (kepada Allah dan suaminya) ... Terima kasih. | "Maka" merupakan penanda wacana bagi penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu. Ia tidak perlu disertakan tanda koma. | Tatabahasa | 02.10.2020 |
Salam dan selamat pagi, Yang mana satukah yang betul antara istilah 'perempuan bunian' atau 'bunian perempuan'? Ayat contoh: Kikimora ialah perempuan bunian yang bersaiz kerdil dan tinggal di tepi dapur. Terima kasih. | Frasa yang betul ialah "perempuan bunian". | Tatabahasa | 17.11.2014 |
PENGGUNAAN ISTILAH YANG BETUL UNTUK BAYI KEMBAR PEREMPUAN ATAU BAYI PEREMPUAN KEMBAR? | Lazimnya disebut jantina dahulu, iaitu "Bayi perempuan kembar". | Tatabahasa | 06.06.2011 |
Apa perbezaan antara perkataan pelacur dengan perempuan sundal? Sila jelaskan. Terima Kasih. | Pelacur sama maksudnya dengan perempuan sundal, iaitu perempuan yang melacurkan diri. | Makna | 07.03.2014 |
Wujudkah perkataan 'perleceh' yang bermaksud merendah-rendahkan atau mempersia-siakan? Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edsisi Keempat, leceh (lécéh) ialah; 1. meleleh dan melekat pada tempat yang dilaluinya (seperti lilin yangg cair dll); 2. ki kurang nilai (harga, mutu, dsb), tidak berguna, hina: memang engkau ~, apa yang engkau hendak, engkau sendiri tidak tahu; ~ budi tidak berbudi; perempuan ~ perempuan sundal; 3. ki cerewet lagi remeh (pekerjaan dll), lambat, lengah, rumit: pekerjaan yang ~; meleceh mengampu (ketua, majikan), bermuka-muka (dengan ketua dll); melecehkan tidak menghiraukan, memandang rendah (hina dll); perlecehan perihal hina; peleceh orang yang suka mengampu atau bermuka-muka (dengan ketua dll). | Tatabahasa | 10.09.2013 |
Soalan-soalan untuk Khidmat Nasihat DBP 1. Bagaimanakah pemenggalan suku kata perarakan? 2. Apakah sebutan perarakan? 3. Bagaimanakah pemenggalan suku kata perempuan? 4. Apakah sebutan perempuan? 5. Bagaimanakah pemenggalan suku kata menguek? 6. Apakah sebutan menguek? 7. Bagaimanakah pemenggalan suku kata berada? 8. Apakah sebutan berada? 9. Bagaimanakah pemenggalan suku kata mengambil? 10. Apakah sebutan mengambil? 11. Bagaimanakah pemenggalan suku kata mengalir? 12. Apakah sebutan mengalir? 13. Bagaimanakah pemenggalan suku kata mengutip? 14. Apakah sebutan mengutip? 15. Bagaimanakah pemenggalan suku kata mengayuh? 16. Apakah sebutan mengayuh? 17. Bagaimanakah pemenggalan suku kata menyanyi? 18. Apakah sebutan menyanyi? 19. Bagaimanakah cara menulis mari oh ke mari/ kemari? 20. Yang manakah betul: boleh melihat atau boleh lihat? 21. Yang manakah betul: dapat melihat atau dapat lihat? 22. Bolehkah ayat dimulakan dengan perkataan di? (Di desa ada sungai. Di dalam beg ada buku.) | 1. 1.Sila rujuk cara pemenggalan dan sebutan suku kata bagi perkataan tersebut di lampiran. 2. Ejaan yang betul ialah "ke mari", dieja terpisah. 3. Perkataan "boleh melihat", "boleh lihat", "dapat melihat" dan "dapat lihat" betul dan boleh digunakan berdasarkan kesesuaian konteks penggunaan dalam ayat. 4. Kedua-dua ayat tersebut betul: "Di desa ada sungai." dan "Di dalam beg ada buku." 1.
| Ejaan | 17.04.2024 |
Bolehkah kita menggunakan perkataan "Puan" untuk bercakap dengan wanita bujang? Adakah Puan hanya untuk wanita berkahwin sahaja. Terimakasih. | Boleh. Puan ialah kependekan bagi perempuan dan sapaan orang perempuan yang hadir dalam majlis.
| Lain-lain | 18.11.2015 |
Murid perempuan itu mengangkat mangkuk dengan dulang. Adakah betul penggunaan ayat saya ini? Mohon penjelasan. Terima kasih. | Ayat tersebut sudah betul. | Tatabahasa | 28.05.2020 |
Bagi pengetua perempuan adakah panggilan Tuan Pengetua sesuai digunakan? | Kata sapaan "puan pengetua" lebih sesuai digunakan dalam konteks tersebut. | Lain-lain | 15.01.2025 |
|
Tesaurus |
---|
| perempuan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan wanita: kaum Hawa, kaum ibu, nisa, empuan, awewe, wadon, betina, Berantonim dengan lelaki
2. Bersinonim dengan isteri: bini, orang rumah, suri rumah, paduri, Berantonim dengan suami
| Kata Terbitan : keperempuanan, |
|
Puisi |
---|
|
Buah durian dibelah dua, Mari kutaruh dalam perahu; Orang perempuan bersanggul dua, Mari kucium orang tak tahu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 358 One man's meat is another man's poison Sesuatu yang disukai oleh seseorang, tetapi dibenci pula oleh orang lain. Temu pada awak, peria pada teman. Polygamy is sweet to some women, but one man's meat is another man's poison. I would rather remain unmarried than suffer in silence! Hidup bermadu manis bagi sesetengah perempuan, tetapi tebu pada awak, peria pada teman. Saya lebih rela membujang daripada hidup memendam derita! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|