Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Yang mana sebutan yang betul Pangkal huruf atau huruf pangkal? Apakah maksud pangkal ayat? Terima kasih | Pangkal bermaksud awal atau permulaan. Berdasarkan makna yang tersebut frasa yang betul ialah huruf pangkal, iaitu huruf awal dalam sesuatu perkataan. Hal ini berbeza dengan pangkal kata dan pangkal ayat. Pangkal kata atau kata pangkal dan pangkal ayat atau ayat pangkal boleh wujud asalkan membawa maksud yang terkandung dalam konsep tersebut. Contohnya, pangkal ayat bermaksud permulaan ayat dan ayat pangkal bermaksud ayat awal yang mungkin wujud dalam ayat majmuk. | Tatabahasa | 10.06.2013 |
Dahi Ismail berdarah akibat terhantuk pada......pokok kelapa semasa bermain kejar-kejar a)tepi b)bucu c)pangkal d)pangkal | Jawapannya agak mengelirukan, walau bagaimanapun jawapan yang lebih sesuai ialah Dahi Ismail berdarah akibat terhantuk pada pangkal pokok kelapa semasa bermain kejar-kejar. | Tatabahasa | 11.09.2009 |
Bawah pokok atau pangkal pokok Contoh; Saya meletakkan basikal di bawah pokok. atau Saya meletakkan basikal di pangkal pokok. Ayat manakah yang lebih sesuai digunakan dan kenapa? | Berdasarkan ayat contoh yang diberikan, frasa yang betul ialah bawah pokok, bukan pangkal pokok kerana pangkal merujuk bahagian yg mula-mula drpd sesuatu; bahagian yg terdekat dgn badan; bahagian permulaan (pokok, tongkat, dll). Bersinonim dengan umbi, perdu. | Tatabahasa | 06.08.2010 |
apakah maksud dengan makan pangkal? | Makan pangkal bermaksud makan awal bagi para penanggah. | Makna | 07.07.2008 |
Salam, bagaimanakah untuk membezakan kata sendi nama yang betul antara 'di' dengan 'pada'? 1. pada pangkal ayat/di pangkal ayat? 2. pada awal ayat/di awal ayat? 3. pada permulaan ayat/di permulaan ayat? Boleh tuan/puan jelaskan? Terima kasih. | Kata sendi nama digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Dalam konteks contoh yang diberikan, pangkal ayat, awal ayat dan permulaan ayat merujuk kepada tempat. Oleh itu, kata sendi yang sesuai ialah "di". Untuk makluman, kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu, seperti yang berikut: a. menunjukkan keterangan waktu apabil mendahului kata nama yang menyatakan waktu atau masa b. kata sendi nama "pada" apabila didahului perkataan "ada", mesti diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan. c. sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja Oleh itu, sila berikan ayat penuh untuk menentukan sendi nama yang tepat. | Tatabahasa | 18.07.2014 |
Apakah perbezaan antara dua peribahasa berikut: 1. Kusut di hujung bawa ke pangkal 2. Sesat dihujung jalan balik ke pangkal jalan Terima kasih | Peribahasa kusut di hujung bawa ke pangkal bermaksud pembicaraan yang sudah melentur kian ke mari, hendaklah segera kembali ke pokok masalah. Sesat dihujung jalan balik ke pangkal jalan pula bermaksud kalau dalam perundingan tidak mencapai kata sepakat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya dari semula. | Makna | 26.08.2015 |
saya Anas Doloh sedang belajar bahasa Melayu dasar. di Universiti selatan Thailand. ingin bertanya DBP tentang tatabahasa. apakah kata Pangkal Ayat ? terima kasih. | saya Anas Doloh sedang belajar bahasa Melayu dasar. di Universiti selatan Thailand. ingin bertanya DBP tentang tatabahasa. apakah kata Pangkal Ayat ? terima kasih. Pangkal ayat ialah permulaan ayat. Kata pada pangkal ayat mesti ditulis dengan huruf besar. Ayat mengandungi subjek dan predikat dan dalam bentuk biasa ayat, biasanya subjek berada pangkal ayat. Subjek terdiri daripada kata nama atau frasa nama. Semua kata nama boleh menjadi subjek dan berada pada pangkal ayat. Penanda wacana juga boleh berada pada pangkal ayat. Untuk mendalami tatabahasa Bahasa Melayu tuan boleh merujuk Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, 2008 terbitan DBP. | Tatabahasa | 31.12.2013 |
Apakah maksud Bidin duduk di pintu umahnya menggigit-gigit pangkal cerut ? Apakah maksud bagi pangkal dalam ayat ini? Terima kasih. | Pangkal merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah bahagian permulaan. | Makna | 02.02.2010 |
pangkal pokok merujuk kepaa bhg pokok yang berdekatan dengan akar pokok betul ke? tq | Betul, pangkal pokok ialah bahagian pokok yang berdekatan dengan akar pokok atau disebut perdu. Pangkal merujuk bahagian yg mula-mula drpd sesuatu . | Makna | 25.09.2014 |
Seekor ular menyusur di_____akar pokok itu. A. celah B. pangkal C. pinggir d. hujung Apakah jawapan bagi soalan ini? Adakah pangkal boleh diterima sebagai jawapan? | Perkataan "pangkal" kurang tepat untuk ayat ini. Jawapan yang lebih sesuai ialah A. "celah" | Lain-lain | 25.02.2014 |
|
Tesaurus |
---|
| pangkal (kata nama) | 1. Dalam konteks bahagian permulaan bersinonim dengan perdu, umbi hulu, tangkai, gagang, popor, Berantonim dengan hujung
2. Bersinonim dengan mula: punca, sebab, penyebab, fasal, asal, usul, sumber, perdu,
| Kata Terbitan : berpangkal, pangkalan, berpangkalan, |
|
Puisi |
---|
|
Taruh baja di pangkal pokok, Semai bayam dengan bijinya; Riuh rendah ayam berkokok, Sehari sebiji nampak telurnya.
Lihat selanjutnya... |
|