Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
OWEN | Owen ialah nama keluarga dua orang ahli teori sosial yang terdiri daripada bapa dan anak lelakinya. | UMUM | |
OPPENHEIMER | Oppenheimer ialah nama keluarga dua orang pemimpin perniagaan yang memainkan peranan penting dalam perkembangan perlombongan di Afrika Selatan pada tahun 1900-an. | UMUM | |
NEHRU | Nehru ialah nama keluarga empat generasi pemimpin India. Mereka ialah Motilal Nehru, dan tiga perdana menteri: anak lelaki Motilal, Jawarharlal Nehru; cucu perempuannya, Indira Gandhi; dan cicitnya, Rajiv Gandhi. Lihat Gandhi, Indira; Gandhi, Rajiv. Anak perempuan Motilal, iaitu Vijayalakshmi Pandit ialah presiden wanita pertama di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Lihat Pandit, Vijayalakshmi. | UMUM | |
SCOTT | Scott ialah nama keluarga dua orang arkitek British, iaitu datuk dan cucu. | UMUM | |
THEILER | Theiler ialah nama keluarga bagi dua orang ahli sains Afrika Selatan, iaitu bapa dan anak yang menjadi terkenal di peringkat antarabangsa. Sir Arnold Theiler (18671936) ialah penyelidik sains veterinar. Onderstepoort di Afrika Selatan, tempat Theiler mendirikan makmalnya, kini mempunyai reputasi antarabangsa dalam sains veterinar. Sir Arnold Theiler diberi penghormatan sebagai pengasasnya. | UMUM | |
MENNINGER | Menninger ialah nama keluarga bagi dua orang pakar psikiatri terkemuka Amerika. Bersama bapa mereka, Charles Frederick Menninger (18621953), mereka menubuhkan Klinik Menninger dan Yayasan Menninger di Topeka, Kansas, Amerika Syarikat. Mereka merintis bidang rawatan orang yang menghadapi masalah gangguan mental dan fizikal dalam suasana klinik yang bercirikan komuniti. Yayasan tersebut merawat pesakit mental, melatih ahli psikiatri dan pegawai kesihatan mental yang lain, serta menjalankan kajian dalam banyak bidang yang berkait dengan kelakuan manusia. | UMUM | |
MILL | Mill ialah nama keluarga bagi tiga orang penulis Inggeris yang terkenal bapa, anak lelakinya, dan isteri kepada anaknya. Mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang falsafah, sejarah, psikologi, dan ekonomi. | UMUM | |
PLINY | Pliny ialah nama keluarga bagi seorang bapa saudara dan anak saudara lelakinya yang menjadi penulis terkenal di zaman Rom. | UMUM | |
PLANTAGENET | Plantagenet ialah nama keluarga keturunan raja- Raja yang memerintah England dari tahun 1154 hingga 1399. Raja-raja tersebut adalah keturunan Matilda, puteri Raja Henry I yang berkahwin dengan Geoffrey, bangsawan dari Anjou, Perancis. Geoffrey dikenali sebagai Plantagenet kerana baginda memakai setangkai broom, iaitu sejenis tumbuhan dengan bunga berwarna kuning atau putih pada topinya. Ramai ahli sejarah menggelarkan raja-raja ini sebagai Angevins yang bermaksud dari Anjou . | UMUM | |
PITT | Pitt ialah nama keluarga dua negarawan British. Kedua-duanya membentuk hubungan ayah-anak yang paling masyhur dalam sejarah politik British. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| nama (kata nama) | 1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,
2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,
| Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama, |
|
|