Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Baiklah baik pasang pelita, Pasang pelita tepi jeraya; Baik-baik berpandang mata, Memandang mata membuat dosa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cik Buang pergi ke kedai, Belikan saya sebatanglah tiang; Jangan kata saya tak pandai, Mata tak tentu mata keranjang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Macam mana mata nak tidur, Daun pauh jatuh melayang; Macam mana mata nak tidur, Dari jauh nampak bebayang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayang lalang berputih mata, Tujuh dian bertimbang besi; Alangkah alang berpandang mata, Baik dilangsung sama sekali.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tanjung Katung airnya biru, Tempat orang bermain mata; Tinggal sekampung lagi dirindu, Apa lagi jauh di mata.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang mengail di lubuk licin, Dapat ikan beliak mata; Sudah terpandang dahi licin, Rasa nak putus urat mata.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak beruk di kayu rendang, Meniti turun ke tepi paya; Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya.

Sumber

Sekalung Budi Seuntai Bahasa

Puisi

Anak Cina main gelombang, Nampak dari Tanjung Jati; Tuan umpama bunga yang kembang, Sentiasa hidup di dalam hati. Anak beruk di kayu rendang, Turun mandi di dalam paya; Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya. Anak ikan dimakan ikan, Ikan berenang dalam perigi; Hilang intan berganti intan, Intan bernama payung negeri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kelat mata malam berjaga, Baharu nak tidur kelambu baru; Berbau harum bunga cempaka, Belum kusolek sudah berbau.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Keris panjang mata tirus, Ulu keris nampak bersilang; Serta pasang dengan arus, Bergerak surut pasangnya hilang.
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,


Puisi
 

Cik Buang pergi ke kedai,
     Belikan saya sebatanglah tiang;
Jangan kata saya tak pandai,
     Mata tak tentu mata keranjang.



Lihat selanjutnya...