Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tentang mata dengan mata.

Takrif

Berhadap-hadapan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bersultan di mata, beraja di hati.

Takrif

Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Beraja di mata, bersultan di hati, c. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Nafsu-nafsu, raja di mata sultan di hati.

Takrif

Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Bersultan di mata, beraja di hati). nafsu = keinginan hati; nafsi = mementingkan diri sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi.

Takrif

Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gigi tanggal, rawan murah, b. Gigi telah gugur, tebu pun menjadi).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mata belalang belum pecah, sudah hendak membuta.

Takrif

Terlalu lekas masuk ke tempat tidur. membuta = tidur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mata satu pertemuan, mata dua perceraian.

Takrif

Kasih yang tidak berbelah bagi akan mengekalkan kerukunan hidup suami isteri, sedangkan kasih yang berbelah bagi akan mengakibatkan perceraian.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mata tidur, bantal berjaga.

Takrif

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang, b. Mata kejam, bantal membuat ragam).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Beraja di mata, bersultan di hati.

Takrif

Menurut kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Beraja di hati, bersultan di mata.

Takrif

Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersultan di mata, beraja di hati, b. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang.

Takrif

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,


Puisi
 

Cik Buang pergi ke kedai,
     Belikan saya sebatanglah tiang;
Jangan kata saya tak pandai,
     Mata tak tentu mata keranjang.



Lihat selanjutnya...