Kata |
Takrif |
Sumber |
agregat II | (agrégat) jumlah: dia mendapat ~ yg baik dlm peperiksaan SRP. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
agregat I | (agrégat) IB bp enjin utk membangkitkan tenaga elektrik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
agregat data(data aggregate) | Kumpulan butiran data di dalam rekod. | Kamus Komputer |
buah agregat | ist buah yg terhasil drpd sekuntum bunga yg mempunyai beberapa karpel, yg setiap satunya membentuk ovari berasingan, mis buah strawberi, atau buah yg terbentuk drpd beberapa bunga, spt nanas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
buah agregat | (Bio) buah yg terbentuk drpd bunga tunggal (spt strawberi) atau drpd beberapa bunga (spt nanas); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buah | 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg terjadi drpd bunga atau putik dan biasanya berbiji: Pohon rambutan ini lebat sungguh ~nya. 2 benda yg bulat-bulat dan hampir menyerupai buah 1: ~ baju butang baju. 3 penjodoh bilangan utk benda-benda yg tidak tentu bentuk atau jenisnya: Di kiri kanan sungai itu, terdapat beberapa ~ rumah orang Melayu. ~ agregat ist buah yg terhasil drpd sekuntum bunga yg mempunyai beberapa karpel, yg setiap satunya membentuk ovari berasingan, mis buah strawberi, atau buah yg terbentuk drpd beberapa bunga, spt nanas. ~ catur benda yg diukir spt kuda, gajah dsb utk melambangkan sesuatu dan digunakan dlm permainan catur. ~ dada tetek wanita. ~ fikiran apa-apa yg difikirkan oleh seseorang; pendapat. ~ hati orang yg dikasihi. ~ keras nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya, Aleurites moluccana. ~ mulut apa-apa yg menjadi sebut-sebutan orang. ~ pena hasil karangan seseorang; karya. ~ pinggang organ dlm tubuh yg membentuk dan mengumuhkan air kencing; ginjal. ~ susu nama sj tumbuh-tumbuhan menjalar atau buahnya; markisah, Passiflora edulis. ~ tangan a. hasil pekerjaan seseorang. b. barang yg dibawa pulang dr perjalanan sbg hadiah. berbuah ada buahnya; mengeluarkan buah: Pohon rambutan saya sudah ~. membuahi mencampurkan benih jantan dgn benih betina; mensenyawakan. membuahkan mendatangkan atau menghasilkan sesuatu. buah-buahan pelbagai jenis buah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
buah | 1. bahagian tumbuhan yg terjadi drpd bunga atau putik (biasanya berbiji): pokok ini sudah ada ~nya; 2. biji yg agak besar dan keras: ~ kemiri; ~ keras; 3. benda yg menyerupai buah tertentu; ~ berembang a) bulatan pd puncak tiang bendera dll; b) bekas kapur yg menyerupai buah berembang; ~ bidara a) manik yg menyerupai buah bidara; b) gula-gula yg menyerupai buah bidara; ~ melaka a) buah pokok melaka; b) sj kuih, onde-onde; 4. bahagian (badan manusia dll) yg menyerupai buah; ~ betis jantung betis, daging pd betis; ~ lengan otot besar pd lengan atas; 5. bermacam-macam benda bulat; ~ baju butang; ~ guli kelereng; 6. penjodoh bilangan utk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu): se~ rumah; beberapa ~ kerusi; 7. ki hasil sesuatu perbuatan (usaha dll), akibat: segala usahanya tidak memberi ~; 8. ki bahan, pokok, pangkal; ~ cakap a) pokok percakapan; b) hasil percakapan; 9. pergerakan atau teknik dlm seni silat utk mematahkan serangan lawan: ~ Saidina Ali dan ~ sendeng sudah dipelajarinya; ~ agregat (Bio) buah yg terbentuk drpd bunga tunggal (spt strawberi) atau drpd beberapa bunga (spt nanas); ~ benar = ~ sebenar (Bio) buah yg terbentuk drpd ovari sahaja (mis buah betik); ~ bengang (Bio) buah yg kelopaknya pecah (apabila masak); ~ bibir sebut-sebutan orang; ~ butir pokok pembicaraan (perbincangan dll); ~ catur anak catur (benda kecil-kecil yg digunakan dlm permainan catur); ~ dacing batu penimbang; ~ dada susu, tetek; ~ fikiran pendapat; ~ hati orang yg dikasihi, jantung hati; ~ hidup buah yg masih segar; ~ kalam karangan, tulisan; ~ kalengan Id buah dlm tin; ~ kering a) buah yg dikeringkan; b) (Bio) buah yg perikarpanya tidak berisi (berdaging) semasa matang; ~ kesenian hasil kesenian; ~ ketot buah bantut; ~ kumpuan buah majmuk; ~ lidah buah yg kelopaknya pecah dr pangkal ke hujung; ~ majmuk buah yg terjadi drpd rangkaian bunga; ~ mata a) biji mata; b) orang yg dikasihi; ~ melaka (kuih) onde-onde; ~ mimpi sesuatu yg dimimpikan; ~ mulut percakapan (perbualan) orang, buah bibir; ~ palsu (Bio) buah yg terbentuk drpd bahagian lain bunga, bukannya drpd ovari (mis buah gajus); ~ pantat kedua-dua belah bahagian punggung; ~ pelir biji dlm kantung kemaluan lelaki; ~ pembicaraan a) pokok pembicaraan; b) hasil pembicaraan; c) sebut-sebutan orang; ~ pena buah kalam; ~ perut Mn orang-orang yg menjadi anggota sesuatu suku (anak cucu yg turun-temurun drpd nenek perempuan); ~ pinggang (sepasang) organ perkumuhan yg terletak di bahagian pinggang vertebrat dan berfungsi menuras darah, mengumuhkan hasil akhir metabolisme dlm bentuk air kencing dan mengawal osmosis; ~ remia Kd sj buah spt kundang tetapi lebih kecil bentuknya; ~ sepudung beberapa buah yg terbit drpd satu bunga; ~ serahim buah yg terjadi drpd satu bunga; ~ sesentul buah yg spt buah epal, mempunyai biji pd terasnya; ~ sulung buah yg pertama (permulaan); ~ susu sj tumbuhan (pokok memanjat), markisah, Passiflora laurifolia; ~ tahun sesuatu yg jarang terdapat; ~ tangan a) hasil pekerjaan; b) barang yg dibawa dr perjalanan, oleh-oleh; ~ tanjung sj kuih; ~ tasbih a) butir-butir pd tasbih; b) sj tumbuhan (herba), Canna orientalis; ~ undi ark buah dadu; ~ zakar buah pelir; ~ masak tergantung tinggi, akan dijolok penggalah singkat, akan ditingkat batangnya licin prb tidak berdaya utk mencapai yg dicita-citakan (diharapkan); ~ yg manis berulat di dalamnya prb mulut manis biasanya mengandung maksud yg jahat; bagai ~ keras di dlm sekul prb bercakap dgn tergopoh-gopoh; di mana ~ masak, di situ burung banyak tampil prb kalau kita sedang baik untung, banyak sahabat berkerumun; laksana ~ masak lum, dihinggut perdu luruh sendiri prb barang yg telah tua itu dgn sedikit tenaga rosaklah ia; sebab ~ dikenal pohonnya prb drpd pertuturan dan perangai seseorang, dapat diketahui asalnya; sebuah satu buah; menyebuahkan menjadikan satu; buah-buahan 1. buah tiruan; 2. bermacam-macam buah, berbagai-bagai jenis buah; berbuah 1. mempunyai buah, menghasilkan buah: rambutan saya sudah ~; 2. ki memberi hasil (akibat dll): kahwin yg tidak bersehaluan itu tidak ~ elok; 3. berbintil-bintil halus (pd rambut kerana tidak dikeringkan dgn baik);berbuah-buah ki menjadi-jadi: ratap yg ~; berbuahkan mendapat (mempunyai) sbg buah: padi itu ~ emas;membuahi 1. Id menghamilkan, mempersenyawakan gen jantan dgn gen betina; 2. = membuah-buahi mencampuri, menambah-nambah: dia menangis sekuat-kuat hatinya sambil dibuah-buahi pula dgn ratap;membuahkan menghasilkan, menerbitkan (hasil dll): memang bumi ~ padi dan tanah menghasilkan emas; persefahaman itu ~ cinta buat Alif Idham; Melur cuba ~ senyuman;pembuahan perihal membuahi (penghamilan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
aggregate | adj 1. total, jumlah; (tech ) agregat: ~ wages, upah agregat; ~ output, keluaran agregat; 2. (biol ) agregat: ~ fruit, buah agregat; 3. (geol) batu baur; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
aggregate | n 1. sum total, jumlah; () agregat: the~ of these small errors may be so large that it will affect the outcome of the experiment, jumlah kesilapan-kesilapan kecil ini mungkin begitu besar hingga menjejaskan hasil uji kaji tersebut; the ~ of mans knowledge, jumlah keseluruhan pengetahuan manusia; in the ~, pd keseluruhannya: this years work in the ~ is an improvement on last years, pd keseluruhannya kerja tahun ini merupakan suatu kemajuan drpd kerja tahun lalu; 2. (geol) batu baur; 3. (used in making concrete, Tarmacadam) batu-batu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
aggregate | agregat | Ekonomi | Tiada | Jumlah pemboleh ubah mikroekonomi kepada unit yang lebih besar iaitu makroekonomi. Misalnya, pendapatan negara dan tingkat harga umum. Agregat memberi maklumat tentang kedudukan semasa dan perkembangan ekonomi secara umum, seperti pertambahan dalam keluaran negara yang menggambarkan peningkatan ekonomi secara keseluruhannya. Bidang ekonomi yang berkaitan dengan pengkajian agregat ialah makroekonomi. |
aggregate | agregat | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | - |
aggregate | agregat | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Gumpalan nanozarah yang terbentuk hasil daripada proses pelakuran mempunyai ikatan yang kuat. Luas permukaan yang terhasil lebih kecil daripada jumlah luas permukaan komponen individu rantai. |
social aggregation | agregat sosial | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kumpulan masyarakat yang terdiri daripada kumpulan sosial yang kurang berinteraksi disebabkan oleh perbezaan sosioekonomi, ras, dan sebagainya. |
aggregate limit | had agregat | insurans | Tiada | Amaun maksimum yang insurer akan bayar untuk suatu kerugian yang berlaku dalam tempoh kontrak tanpa mengambil kira bilangan kemalangan. |
aggregate indemnity | indemniti agregat | insurans | Tiada | Amaun maksimum yang boleh dituntut untuk sebarang hilang upaya, sebarang tempoh hilang upaya atau di bawah polisi. |
aggregate (rock; soil) | agregat (batuan; tanih) | Geografi | Tiada | Tiada |
aggregate value | nilai agregat | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
aggregate value | nilai agregat | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
weighted aggregate index | indeks agregat wajar | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
Kamus Sains.indb melakukan ujian peng- aglutinan. (BIO, UBAT) aggradation (agradasi) Pembentukan permukaan bumi terutamanya dasar sungai disebabkan long- gokan kelodak atau bahan organik yang telah reput. (HID, HUT) aggregate-cement ratio (nisbah agregat simen) Nisbah berat agregat, iaitu berat pasir dan batu dibandingkan dengan berat simen yang digunakan dalam campuran konkrit. Nisbah agregat simen juga merupakan satu ukuran yang dapat menggambarkan ketumpatan konkrit yang dapat dihasilkan. Nisbah
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
agregat | [a.gré.gat] | اݢريݢت |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata agregat |
|
|