Kata |
Takrif |
Sumber |
skor | (mata, gol, jaringan, dsb) jumlah angka kemenangan dlm perlawanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
birdi | (dlm permainan golf) skor yg kurang satu pukulan di bawah par: dia menyudahkan sembilan lubang pertama dgn lima ~; dia membuat ~ pd lima lubang pertama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
equalize, equalise | vi menyamakan kedudukan: the score remained at 1-0 until five minutes before the end, when Keegan ~d, skor kekal pd 1-0 sehingga lima minit sebelum perlawanan tamat, apabila Keegan menyamakan kedudukan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
arrange | 4. arrive at an agreement, settle, menyelesaikan; (regarding time, place) menentukan, menetapkan: let us ~ our differences, marilah kita menyelesaikan perselisihan kita; have you ~d a date for the party yet?, sudahkah kamu menetapkan tarikh bagi majlis itu?; we must ~ a place for the next meeting, kita hendaklah menentukan tempat utk mesyuarat yg akan datang; 5. (mus) menyusun: to ~ an orchestral score for the piano, menyusun skor orkestra utk piano; 6. adapt (play etc) for broadcasting, menyesuaikan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
error of measurement | ralat pengukuran | Pendidikan | Tiada | Anggaran statistik tentang perbezaan antara skor sebenar dengan skor purata yang dihasilkan melalui pentaksiran yang berulang-ulang. |
body condition score | skor keadaan badan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Satu kaedah pengurusan ternakan dalam menentukan kandungan relatif lemak badan pada haiwan ternakan hidup. Skor keadaan badan dapat membantu penternak pada peringkat pembiakan ternakan betina serta peringkat penggemukan. Contohnya, dalam ternakan lembu pedaging, skor 1 hingga 9 digunakan. Perubahan pada skor keadaan badan juga boleh digunakan sebagai petunjuk sama ada nutrien yang dibekalkan berpadanan dengan keperluan ternakan tersebut. |
aggregated score | skor gabungan | Pendidikan | Tiada | Gabungan skor yang berasaskan pentaksiran yang sama atau setara bagi satu populasi pelajar yang dinyatakan dalam bentuk purata. |
bandwidth feedback | maklum balas lingkungan | Sains Sukan | Biomekanik | Penyampaian maklum balas prestasi lakuan berdasarkan lingkungan kriteria prestasi yang telah ditetapkan. Contohnya, dalam sukan memanah, lingkungan kriteria prestasi yang ditetapkan adalah antara skor 30 hingga 40. Maklum balas akan diberikan kepada pemanah jika prestasi berada dalam lingkungan skor tersebut, tetapi sebaliknya jika prestasi pemanah tersasar daripada lingkungan ini, maklum balas tidak akan diberikan kepada pemanah tersebut. |
darts | dart | Sukan | Tiada | Sukan yang dimainkan oleh dua (2) atau lebih pemain dengan cara membaling damak ke papan skor. |
bridge | brij | Sukan | Tiada | Permainan kad yang dimainkan oleh empat orang, iaitu dua pasangan pemain yang saling bekerjasama dengan strategi tertentu untuk mencapai skor tertinggi dalam permainan tersebut. |
homology search | carian homologi | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah pencarian jujukan DNA, RNA atau protein yang serupa dan mirip dengan jujukan kajian daripada set data jujukan di dalam pangkalan data biologi. Carian homologi memberikan skor persamaan yang bererti kepada pasangan penskoran tinggi (HSPs). |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
skor | masok [maso]; sisik (gul, plik bul) [sisi] | Melanau Dalat | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
skor | [skor] | سکور |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
skor-z | z-score | Skor piawai bagi suatu lengkung normal piawai dengan minnya 0 dan sisihan piawainya 1. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| skor | Bahasa Asal :Inggeris | | Rujuk :markah |
|
|