Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Banyak-banyak telur merbuk, Tidaklah sama telur merpati; Banyak mabuk perkara mabuk, Mabuk yang mana sakit sekali.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayang berdua berjalan malam , Menyidai kain di bawah rumah; Mabuk arak dari semalam, Mabuk bermain apa yang sudah?

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jangan berdua berjalan malam, Menyidai kain di bawah rumah; Mabuk arak dari semalam, Mabuk bermain bila nak sudah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ikan terubuk dua sekawan, Sungguh sedap dimasak kari; Bukan saya mabuk sebarang, Saya mabuk menahan hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kita berdua berjalan malam, Menyidai kain di rumah Encik Dollah; Mabuk arak sehari semalam, Mabuk main apakah sudah?

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Putik kaduk Ulu Telemu, Singgah bertemu di Pantai Wali; Saya tak mabuk kerana ilmu, Mabuk saya kerana janji.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Berdua-dua berjalan malam, Kain disidai di rumah sebelah; Mabuk arak dari semalam, Main mabuk bila nak sudah?

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayang-sayang buah kepayang, Dimakan mabuk dibuang sayang; Tuan laksana kayu gerenang, Di sini tempat bergurau sayang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayang-sayang buah kepayang, Dimakan mabuk dibuang sayang; Tuan laksana kayu gerenang, Di sini tempat bergurau sayang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tidak dapat dikenang-kenang, Kalau dikenang mabuk kepayang; Jangan disangka airnya tenang, Tempat di situ buaya berenang.
Tesaurus
 
mabuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan pening: pusing kepala, berat kepala, sakit kepala, hilang ingatan, hilang fikiran, hilang akal, khayal,

2. Bersinonim dengan gian: asyik, berahi, tenggelam,

Kata Terbitan : memabukkan, pemabuk,

Puisi
 

Sayang berdua berjalan malam ,
     Menyidai kain di bawah rumah;
Mabuk arak dari semalam,
     Mabuk bermain apa yang sudah?



Lihat selanjutnya...