Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mabuk kerana beruk berayun.

Takrif

Gilakan wanita cantik yang tak mungkin didapat; asyik melihat sesuatu yang tidak berguna. (Bandingkan dengan: Dilengah [= dimabuk] beruk berayun).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mabuk di enggang lalu.

Takrif

Sangat tertarik hatinya kepada orang yang belum dikenal.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai ayam mabuk tahi.

Takrif

Pucat lesi dan tidak berdaya sebab sakit dan kurang darah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebagai orang mabuk gadung.

Takrif

Pucat lesi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai anak dara mabuk andam.

Takrif

Lemah dan lesu tanpa penyakit. andam = anak rambut di dahi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tahu gadung itu mabuk, mengapa diratah-ratah?

Takrif

Sengaja mencari perselisihan, kemudian menyesalkan diri sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Putik mendului bunga, buahnya mabuk dimakan.

Takrif

Perempuan yang hamil sebelum nikah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sayang buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang.

Takrif

Keadaan yang serba salah dalam menghadapi kekasih atau isteri yang curang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Umpama buah kepayang, dimakan mabuk di buang sayang.

Takrif

Sesuatu yang amat disayangi tetapi merosakkan. (Bandingkan dengan: Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang.

Takrif

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang seba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
mabuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan pening: pusing kepala, berat kepala, sakit kepala, hilang ingatan, hilang fikiran, hilang akal, khayal,

2. Bersinonim dengan gian: asyik, berahi, tenggelam,

Kata Terbitan : memabukkan, pemabuk,

Puisi
 

Sayang berdua berjalan malam ,
     Menyidai kain di bawah rumah;
Mabuk arak dari semalam,
     Mabuk bermain apa yang sudah?



Lihat selanjutnya...