Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Katan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Mabuk bukan sebarang mabuk, Mabuk termakan asam kelubi; Teruk bukan sebarang teruk, Teruk menahan dendam berahi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Mabuk bukan sebarang mabuk, Mabuk kerana termakan jering; Teruk bukan sebarang teruk, Teruk melihat adik menjeling.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Mabuk bukan sebarang mabuk, Mabuk termakan umbi beracun; Teruk bukan sebarang teruk, Teruk menanti bertahun-tahun.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Banyak rabuk perkara rabuk, Rabuk menyala dimakan api; Banyak mabuk perkara mabuk, Mabuk bercinta makan hati.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyak-banyak telur merbuk, Tidaklah sama telur merpati; Banyak mabuk perkara mabuk, Mabuk yang mana sakit sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rosak tiang kerana lapuk, Lapuk kerana dimakan dengat; Rosak orang kerana mabuk, Mabuk dunia gilakan pangkat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Yang singgah diajak duduk, Duduk merokok saling bertanya; Orang nikah awak yang mabuk, Mabuk menengok juling matanya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sungguh banyak orang menangguk, Tangguk tidak ada yang kena; Sungguh banyak orang yang mabuk, Mabuk itu tiada berguna.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sayang-sayang kepayang, buah kepayang, Dimakan mabuk sayang, dibuang sayang; Bukan mabuk kepayang, buah kepayang, Mabuk terpandang sayang, wajahmu sayang.Pantun Melayu SarawakBergendang
Mabuk di rumah Lelawangsa, Minum air tempayang tiga; Sepatah kata adik berkata, Itu membuat hatiku gila.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tesaurus
 
mabuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan pening: pusing kepala, berat kepala, sakit kepala, hilang ingatan, hilang fikiran, hilang akal, khayal,

2. Bersinonim dengan gian: asyik, berahi, tenggelam,

Kata Terbitan : memabukkan, pemabuk,

Puisi
 

Sayang berdua berjalan malam ,
     Menyidai kain di bawah rumah;
Mabuk arak dari semalam,
     Mabuk bermain apa yang sudah?



Lihat selanjutnya...