Kata |
Takrif |
Sumber |
berliar-liar | selalu berlaku liar: Daim budak peliharaannya itu sudah pun pandai ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jalang | 1 tidak mempunyai tempat kediaman yg tetap; liar: kucing ~ kucing yg liar. 2 jahat (bkn perempuan): perempuan ~. menjalang membuat perkara yg tidak baik (tidak bermoral dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
liar mata | selalu mengalihalih pandangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liar | 1 tidak dipelihara (bkn binatang); tidak dijaga (bkn tumbuh-tumbuhan); terbiar: anjing ~. 2 tidak teratur; tidak beradab: Perangai budak lelaki itu masih ~. 3 tidak tetap (pandangan dll): Matanya ~ memperhatikan gadis-gadis itu. meliar menjadi liar (bkn kelakuan, tumbuh-tumbuhan dll). keliaran keadaan atau sifat liar: ~ anak muda hari ini disebabkan oleh kurangnya didikan agama. berkeliaran bergerak (berjalan dsb) dgn tidak bertujuan atau menuju ke serata tempat: Murid-murid yg didapati ~ di pusat membeli-belah dsb pd waktu sekolah hendaklah dikenakan tindakan disiplin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
liar | 1. tidak dipelihara (binatang), tidak jinak, buas, tidak dijaga (tumbuh-tumbuhan), terbiar: binatang-binatang ~ di dlm hutannya termasuk gajah, harimau, beruk, mawas, dll; 2. tidak tetap, gelisah (pandangan dll), buas, ganas (perangai manusia): dgn ~ ia memandang ke sekelilingnya; ~ mata selalu mengalihalih pandangan; 3. tidak sopan-santun (perbualan, permainan, dll), tidak beradab: ia masih tertawa ~; peguam itu menyifatkan tuduhan tersebut sbg tuduhan yg ~; matanya merayap-rayap di atas ruangan siri cerita wanita ~ yg biasa menjadi siaran akhbar itu; orang ~ orang biadab; 4. tidak teratur, tidak mempunyai aturan; pasukan ~ Id pasukan yg tidak teratur (bukan tentera rasmi); rumah ~ Id rumah haram; sekolah ~ Id sekolah persendirian (tidak menurut syarat-syarat yg ditentukan oleh kerajaan); berliar-liar selalu berlaku liar: Daim budak peliharaannya itu sudah pun pandai ~; meliar menjadi liar (kelakuan, tumbuh-tumbuhan dll): misai dan janggutnya itu terbiar begitu tebal dan ~ sekali tumbuhnya; matanya ~ ke kiri dan ke kanan jalan; meliarkan menjadikan liar: falsafah pendidikan Barat yg semakin menjauhkan dan ~ generasi Islam drpd roh dan keperibadiannya sendiri; keliaran perihal (sifat, keadaan, dsb) liar: dia tidak pernah berfikir tentang ~ anak-anak kota dgn hidup yg tidak menentu; Alias Ali hanya memaparkan soal ~ hidup dan pendedahan seks anak-anak muda; berkeliaran berjalan (terbang dll) ke merata tempat, merayau; ®keliar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jalang | 1. tidak mempunyai tempat kediaman yg tetap; liar: kucing ~ kucing yg liar. 2. jahat (bkn perempuan): perempuan ~. menjalang membuat perkara yg tidak baik (tidak bermoral dsb). | Kamus Pelajar |
hutan | 1. kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar), rimba: mereka pergi ke ~ menahan perangkap; pengawas ~ pegawai yg ditugaskan oleh kerajaan utk mengawasi hutan; 2. ki tidak dipelihara orang, liar: anjing ~; ayam ~; 3. pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) yg tidak dipelihara di sesuatu kawasan; ~ asli hutan yg semula jadi (bukan belukar); ~ bakau kawasan yg ditumbuhi pokok bakau (di tepi laut); ~ banat hutan tebal, rimba raya; ~ belantara hutan besar; ~ belukar hutan yg ditumbuhi kayu-kayuan yg kecil-kecil; ~ dara hutan asli yg belum pernah diterokai; ~ larangan = ~ simpan = ~ tutupan hutan yg kayu-kayunya dll tidak boleh diambil (ditebang dll); ~ lepas = ~ rimba hutan yg luas dan besar, hutan belantara; ~ lipur hutan simpan yg dibuka utk kegunaan orang ramai sbg tempat riadah, perkelahan, dll; ~ muda hutan yg baru ditumbuhi pokok-pokok; ~ rekreasi hutan lipur; ~ tua hutan yg pokok-pokoknya sudah tua; ~ jauh diulangi, ~ dekat dikendana prb harta benda (baik jauh atau dekat) hendaklah selalu dijaga supaya jangan merugikan; apa gunanya merak mengigal di ~ prb tidak berfaedah memperlihatkan kepandaian kpd orang bodoh; apa gunanya bulan terang dlm ~, jikalau dlm negeri berapa baiknya prb lebih berfaedah pengetahuan itu ditunjukkan di dlm majlis supaya orang dapat mengambil manfaat daripadanya; menghutan menjadi hutan, ditumbuhi pokok-pokok dll: ladang yg ditinggalkan itu ~ lagi; menghutankan menjadikan (daerah, kawasan, dll) hutan: tanah bekas ditanam tembakau dihutankan selama tujuh tahun sebelum ditanami tembakau kembali; kehutanan (ilmu, pengusahaan, dll) berkenaan hutan; pegawai ~ pegawai yg menjalankan kerja yg berkaitan dgn hutan; perhutanan pemeliharaan dll hutan; penghutanan usaha (kegiatan dsb) menanami semula kawasan yg luas dgn pokok-pokok kayu supaya kembali (menjadi) spt hutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anjing | beberapa jenis binatang yg dipelihara utk menjaga rumah (berburu dll), Canis spp.. ~ geladak anjing liar yg tidak dipelihara orang. ~ gila nama sj penyakit yg disebabkan oleh virus yg dijangkiti melalui air liur haiwan terutama anjing yg terkena penyakit itu, Rabies canina. ~ hutan anjing liar yg hidup di hutan. ~ laut serigala laut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
musang | 1. sj binatang liar (yg gemar memakan ayam); ~ akar sj musang, Artogalidia trivir-gata; ~ belang, Hemigalus debyanus; ~ buah sj binatang spt musang, Prionodon sp.; ~ jebat = ~ kesturi sj musang, Viverra zibetha; ~ lamri, Paguma larvata; ~ pandan = ~ pulut, Paradoxurus hermaphroditus; ~ sebarau = ~ tebarau sj musang, Paradoxurus spp.; ~ tenggalung, Viverra tangalunga; ~ turun sj binatang spt musang, Arctictis binturong; 2. sj binatang liar spt anjing, Vulpes spp.; ~ berbulu ayam prb orang jahat yg menyamar sbg orang baik; ~ terjun lantai terjungkat prb a) ada tanda-tanda yg boleh jadi keterangan dlm sesuatu perkara; b) tempat yg dimasuki pencuri ada juga sesuatu alamatnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jinak | 1 tidak liar atau tidak buas (bkn binatang): Binatang yg ~ mudah ditangkap. 2 tidak malu-malu atau tidak takut-takut lagi; ramah: perempuan yg ~. ~-~ lalat tidak begitu rapat atau mesra (bkn pergaulan dsb). ~-~ merpati ramah dan mudah mesra tetapi sukar dipikat (bkn perempuan). berjinak-jinak mencuba-cuba merapatkan diri dgn seseorang dsb; beramah-tamah dgn mesra. menjinaki beramah-tamah dgn (seseorang): Dia pandai ~ orang. menjinakkan melatih sesuatu supaya tidak liar: Manusia sudah lama pandai ~ binatang-binatang spt kerbau, lembu. kejinakan sifat atau keadaan jinak: Kanak-kanak itu hairan melihat ~ haiwan tsb. penjinak orang yg menjinakkan binatang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
wild | adj 1. living in natural surroundings, not domesticated, liar, hutan: the tribe live on ~ animals, puak itu hidup dgn memakan binatang liar; they went hunting ~ duck, mereka pergi memburu itik liar; 2. growing naturally, not cultivated, liar, hutan: the children were picking ~ flowers, budak-budak itu sedang memetik bunga-bungaan liar; ~ berries, beri hutan; 3. fierce and dangerous, ganas: a ~ bull, lembu jantan yg ganas; 4. uncivilized, savage, liar: ~ tribes, puak-puak liar; 5. uninhabited, tdk dihuni manusia: they passed through miles of ~ parts of the country, mereka melewati berbatu-batu jauhnya bahagian negeri itu yg tdk dihuni manusia; the ~ hills, bukit-bukau yg tdk dihuni manusia; 6. violent, tempestuous, a. (of weather, storm) membadai: it was a ~ and windy day, suatu hari yg membadai dan angin bertiup kencang; b. (of sea) bergelora; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
wildlife | n hidupan liar: a ~ reserve, kawasan simpanan hidupan liar; a law to protect ~ in the area, undang-undang utk melindungi hidupan liar di kawasan itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
liar | n pembohong, penipu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
liar | n pembohong, penipu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
wild | 11. lacking any discipline or control esp involving sex or violence, liar: ~ parties, majlis liar; 12. unusual and rather silly, bukan-bukan, mengarut: their ~ suggestions were greeted with laughter, cadangan mereka yg bukan-bukan itu disambut dgn gelak ketawa; she has ~ fantasies, dia mempunyai khayalan yg bukan-bukan; ~ ideas, idea yg bukan-bukan; 13. (esp US), (colloq) wonderful, betul-betul seronok: I love water skiing its ~!, saya suka meluncur air betul-betul seronok!; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
confirmed | adj firmly established in a habit or condition, (of drunkard, liar, etc) kaki; (of bachelor) terlajak: a ~ liar, kaki bohong; a ~ bachelor, bujang terlajak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
wild | adv; run ~, a. grow unchecked, tumbuh liar: the vines are running ~ all over the place, pokok-pokok menjalar itu tumbuh liar di merata-rata tempat; b. stray, (terbiar) berkeliaran: the young horses run ~ on the range, anak-anak kuda itu berkeliaran di padang ragut; c. be undisciplined, tdk terkawal: since their parents death the children have been running ~, sejak kematian ibu bapa mereka, budak-budak itu tdk terkawal; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
untamed | 2. uncultivated, wild, diliputi tumbuh-tumbuhan liar: we walked for miles on the ~ moor, kami berjalan berbatu-batu di mur yg diliputi tumbuh-tumbuhan liar; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
saturnalia | n pesta /liar, gila-gila/, saturnalia, pesta pora. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
wild flower | n bunga /hutan, liar/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
wildcard | kartu liar | kad liar | kad liar | Teknologi Maklumat |
wildlife | kehidupan liar | hidupan liar | hidupan liar | Pertanian |
wildlife | satwa liar | hidupan liar | hidupan liar | Perhutanan |
feral population | populasi liar | populasi liar | populasi liar | Perikanan |
wild cell | sel liar | sel liar | sel liar | Matematik |
feral colony | koloni liar | koloni liar | koloni liar | Pertanian |
wild virus | virus liar | virus liar | virus liar | Perubatan |
wild garden | kebun liar | taman liar | taman liar | Pertanian |
wild stock | stok liar | stok liar | stok liar | Perikanan |
wild spawning | pemijahan liar | peneluran liar | peneluran liar | Perikanan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
wildcat | telaga liar; liar | Geologi | Tiada | Telaga yang digerudi di kawasan yang baru, iaitu kawasan yang belum lagi diketahui sama ada mengandungi minyak atau tidak. |
wildcat | telaga liar; liar | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
wildcat strike | mogok liar; penemuan liar | Ekonomi | Tiada | Tiada |
wildcat strike | mogok liar; penemuan liar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
wild cat | kucing liar | Veterinar | Tiada | Kucing yang tidak pernah mempunyai hubungan dengan manusia sepanjang hidupnya. Kucing liar masih dijumpai di sebahagian besar dunia tetapi jarang ditemui kerana mereka sangat berhati-hati terhadap manusia. Terdapat pelbagai populasi kucing liar di seluruh dunia termasuklah kucing liar Eropah dan kucing liar Afrika. |
wild relative | saudara liar | Herba | Botani dan Bioteknologi | Sesuatu spesies tumbuhan liar yang ada pertalian dengan spesies tanaman. Kadangkala tumbuhan liar ini menjadi punca kepada ciri-ciri yang tidak ditemui dalam takung gen tanaman berkenaan, misalnya rintangan kepada serangan serangga yang ganjil. |
wildlife management | pengurusan hidupan liar | Kejuruteraan | Tiada | Manipulasi terhadap populasi hidupan liar dan habitatnya untuk manfaat manusia, kebajikan dan memelihara spesies liar daripada terancam. |
wildlife strike | langgar hidupan liar | Aeroangkasa | Tiada | Perlanggaran antara pesawat dengan hidupan liar semasa pesawat berlepas, mendarat, atau ketika hidupan liar melintasi landasan. |
wildlife strike | langgar hidupan liar | Umum | Tiada | Perlanggaran antara pesawat dengan hidupan liar semasa pesawat berlepas, mendarat, atau ketika hidupan liar melintasi landasan. |
endangered animal species | spesies hidupan liar terancam | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Spesies hidupan liar yang hampir pupus disebabkan faktor utama seperti kehilangan habitat dan kehilangan variasi genetik. Menurut Dokumen Panduan Pendaftaran Dadah (DRGD), pemohon pendaftaran produk ubat bertanggungjawab untuk memastikan formulasi yang mengandungi suatu bahagian atau bahan terbitan daripada spesies hidupan liar perlu mematuhi Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan Akta Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam 2008 (Akta 686). Sekiranya bahan tersebut berasal dari sumber tempatan, permit atau lesen khas perlu diperoleh daripada pihak berkuasa yang berkaitan. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
nyoduo | menuduh secara liar, tuduhan liar | - | - | - | - | - | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
osiyau | liar | - | - | - | - | - | Flora dan Idea Berasosiasi | Kadazandusun -> Dusun Kimaragang |
aalis | liar | - | - | - | - | - | - | Murut |
masigo | liar | - | - | - | - | - | - | Murut |
rumput taun | rumput liar, rumput rampai | - | - | - | - | - | Peralatan Pertanian dan Idea Berasosiasi | Bajau -> Bajau Tuaran |
bohuang | sejenis binatang liar yang suka memakan ikan dan madu | - | - | - | - | - | Fauna | Murut |
utan | hutan. Kawasan yang ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar), rimba. | biutan | mempunyai hutan | - | - | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
torun | rimba, hutan, kawasan yang ditumbuhi pokok-pokok liar dan terbiar | - | - | - | - | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
payau | rusa | - | - | uru' | - | sejenis tumbuhan liar yang daun nya besar | Fauna | Kenyah -> Cebup |
laka | rotan | ngelaka | menjalar bkn tumbuhan dan kayu | ~ kelati' | - | akar liar dalam hutan | Flora dan Idea Berasosiasi | Kenyah -> Cebup |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
laleang II | liar: kerebau ~ kerbau liar. | Melanau Mukah | |
liar | metih [mtih]; gareng [gar] | Melanau Dalat | |
liar | keliaran kaliaan. | kedayan | |
liar | perempuan ~ binik-binik lia, sundal; | kedayan | |
liar | ayam ~ hayam lia; | kedayan | |
liar | lia; | kedayan | |
sena I, menyena | liar; 1 tidak dipelihara (bkn binatang), tidak jinak, buas, tidak dijaga tumbuh-tumbuhan, terbiar: benateang-benateang wak ~ binatang-binatang yg liar; 2 tidak tetap, gelisah, pandangan, dll, buas, ganas perangai manusia: jegem ~ siyen menaad jekeliliengs | Melanau Mukah | |
guwun | hutan, rimba, belantara; 1 kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar: menaen bubou lubeang ~ menahan bubu dlm hutan; a mejaga ~ pengawas hutan; 2 ki tiada dipelihara, liar: babui ~ babi hutan; 3 pokok-pokok, tumbuh-tumbuhan yg tidak dipelihara di suatu kawasa | Melanau Mukah | |
babas | hutan belukar; semak: rumah nya dikelilingi ~ rumah itu dikelilingi oleh belukar: nganti kijang dalam ~ menunggu kijang dlm hutan: ~ repa belukar yg tebal: buah ~ buah dr tumbuhan liar: bulu ~ daun dr tumbuhan liar: ~ udah bauh ki belukar sudah tinggi. | Iban | |
sigak | liar | TETAW | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
belingau Ib | sejenis keladi liar. | Menyedari bahawa ia tidak terdaya melepaskan diri Jabar lalu menukar dirinya menjadi tumbuhan keladi belingau. Keladi liar jenis ini berbau. tersebut dia akan mengatakan bau itu bau Jabar. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
suang talun Kd | binatang liar. | Masa eh... dia urang (orang) mau pi jalan sana hutan, ibunya berpesan kepada mereka di mana sekiranya dia urang makan dan terjumpa dengan suang talun (binatang liar) mereka disuruh jangan bunuh itu binatang. | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tolinting Kd | pokok paku menjalar. | Cara Membuat Sompoton. Untuk membuat Sompoton bahan-bahan berikut perlu disediakan. 1. Kurobu - labu liar. 2. Sopinit/sopilut - gam lebah jinak. 3. Sumbiling - buluh renik (Schizostachyum lima). 4. Polod - kulit sejenis pokok palma liar. 5.Tolinting - Pokok paku menjalar. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tuchok, *tuchuk* Ib | cicak liar. | Semasa berhuma, kalau ada mendengar bunyi tuchok pada waktu siang, petanda ini sungguh baik. Ia menunjukkan rezeki itu akan meningkat atau bertambah. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sengayan Ib | sejenis ayam liar; Rolluslus rouloul. | Burung sengayan, tekalau dan jeruit bercericau riang di ranting kayu sebelum masuk ke sarang. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sempidan Ib | sejenis ayam liar yang dipercayai membawa alamat buruk, contohnya, sekiranya ia memasuki rumah, rumah itu dipercayai akan terbakar dan orang Iban digalakkan meninggalkan rumah panjang tersebut bagi mengelakkan mala pataka. | Mereka terdengar Orang Kaya Janting dari Banting mengatakan mereka anak Balau tidak mahu mendahului bala kerana ada dua ekor biring sempidan sedang berbunyi rikut-rikut mencakar tanah rata di atas mereka. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ririk Ib | sejenis tumbuhan liar, daunnya besar dan lebar biasanya digunakan untuk membungkus nasi atau membuat atap. | Jabau membuka pelepah ririk kering yang menudung buluh-buluh di bawah pokok ensurai. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pola Bd | sejenis pokok liar; batangnya lurus dan tinggi dan kayunya berbau harum. | Dia bergegas menuruni tangga batang kayu pola sebesar paha dan setinggi kira-kira lapan kaki. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
imbuk Ib | sejenis burung liar seakan-akan merpati, bulunya berwarna biru kehitam-hitaman. | Hem, saudara. Kami hendak pergi menangkap burung imbuk yang tidur di atas pentas papan. Kami hendak memerangkap burung sengayan yang tidur berbantalkan bungkusan bunga-bungaan kering, jawab Laja menggunakan perumpamaan. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
batad MSb | sejenis tembikai liar, tembikai Acheh. | Oyong tentunya akan berasa gembira diajak ke tagad sekali lagi kerana sangop dan batad yang benihnya ditabur semasa mangasok dulu, kini sudah boleh dimakan. | Songgorib | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb tars, khowf( )vaḥshī( ىشحو )vaḥy, elhām( ماهلا ،ىحو banyak realis peristiwa, acara sedar, waspada bapa, ayah, abah ibu, emak bola tampar pinjaman taun, kolera, wabak keghairahan kewujudan ketakutan, taqwa terbiar, liar ilham, inspirasi plenty realist event aware father mother volleyball loan, debt cholera ecstasy being, existence fear, fright wild, savage inspiration ماهلا ،ىحو رايسب ،رفاو Kamus Parsi.indb 149 5/18
|
Kamus Sains.indb panjang akibat pemencilan geografi. (BIO) allophene (alofen) Fenotip tisu yang bukan disebabkan daripada bahagian sel mutan. Tisu seperti ini akan berkembang menjadi fenotip normal jika dipindahkan kepada pe- rumah jenis liar. (BIO) allopolyploidy (alopoliploidi) Organisma yang mempunyai bilangan set kromosom yang bertambah, yang disumbangkan oleh kedua-dua induk daripada spesies yang berbeza. (BIO) allosematic (alosematik) Berkaitan dengan kaedah perlindungan, apabila seekor Lihat Amylobarbitone. (UBAT) amoeboid motion (gerakan ameboid) Gerak alih menggunakan kaki palsu (pseudopodium) yang menyerupai ameba bergerak. (BIO) amorph (amorf) Gen mutan yang tidak mempunyai kesan berbanding dengan alel jenis liar. (BIO) ampere balance (neraca ampere) Lihat current balance. (FIZ) amniocytes ampere balance Kamus Sains.indb 54 7/8/08 11:45:59 AM 55 ampere hour (ampere jam) Unit ukuran
|
Kamus Thai 2.indb Orang tua-tua selalu membebel. 2 mengomel บ ่ นถึง [-t] ก bersungut tentang: พ ่ อ แม ่ กำลังบ ่ นถึงพฤติกรรมเถื่ อนของวัยรุ ่ นปัจจุบัน Ibu bapa bersungut tentang kelakuan liar remaja sekarang. บ ่ ม [bom] ก memeram: คุณยายบ ่ มกล ้ วยที่ ยัง ไม ่ สุกนั้ น Nenek memeram pisang yang belum masak itu. บรมธาตุ [brommata:t] น tulang Engkau tidak boleh bertin- dak sesuka hati. มิ ่ งขวัญ [mi kwan] น sanjungan มิจฉาชีพ [mitca:ci :p] น pekerjaan haram มิจฉาทิฐิ [mitca:titti] น pendapat salah, pendapat liar มิด [mit] ว litup: เขาปิดใบหน ้ าของเขาจนมิด มาฆบูชา มิด Kamus Thai 2.indb 289 4/15/2008 11:10:03 AM ม 290 Dia menutup litup mukanya. มิดชิด [-cit] ว
|
Kamus Thai 2.indb huahâ:m] น kawasan larangan เขตอนุร ั กษ์ป ่ าไม ้ [-anurakpa:ma:y] น kawasan hutan simpan เขตอนุร ั กษ์ส ั ตว์ป ่ า [-anuraksatpa:] น kawasan perlindungan hidupan liar เขตอบอุ ่ น [-opun] น zon iklim se derhana เข็น [ken] ก 1 menolak: ชาวบ ้ านช ่ วยก ั น เข็นรถที่ เสียไปที่ อู ่ Orang kampung meno- lak |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
berliar-liar | [ber.liar.liar] | برليار-ليار |
liar | [liar] | ليار |
meliarkan | [me.liar.kan] | مليارکن |
meliar | [me.liar] | مليار |
diliarkan | [di.liar.kan] | دليارکن |
keliar | [ke.liar] | کليار |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
terbiar , liar | wild , savage | وحشى | vaḥshī |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
kawanan haiwan | herd | Sekumpulan haiwan yang jinak atau liar, yang hidup bersama-sama. Contohnya, kawanan gajah. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
Entri |
Sinonim |
Takrif |
Contoh Ayat |
Terjemahan Bahasa Melayu |
Tema |
Bahasa |
kadut | | sejenis ubi liar/ubi karut/gadut | Kadut niarap bo ngembang diom bue kekuapan baru boleh ginuring. | Ubi karut dihiris dan direndam seharian baru digoreng. | makanan dan minuman | Bajau |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
wildcat strike | penemuan liar; mogok liar | EKO, EKOI, NIAGA |
wildlife | hidupan liar | EKO |
wildcat acreage | kawasan liar | EKO |
bucket-shop | broker liar | PERD |
wildlife sanctuary | perlindungan hidupan liar | EKO |
wildlife research | penyelidikan hidupan liar | EKO |
wildlife population | penduduk hidupan liar | EKO |
wildlife management | pengurusan hidupan liar | EKO |
wildlife damage | kemusnahan hidupan liar | EKO |
wildlife conservation | pemuliharaan hidupan liar | EKO |
|
Tesaurus |
---|
| liar (adjektif) | 1. Bersinonim dengan terbiar: buas, ganas, terbiar, hutan, culas, Berantonim dengan jinak
2. Bersinonim dengan tidak sopan: tidak santun, tidak beradab, biadab, balik adab, kasar, kurang ajar, tidak senonoh,
tambung, songong, Berantonim dengan sopan
| Kata Terbitan : meliar, meliarkan, keliaran, berkeliaran, |
|
Puisi |
---|
|
Ikan haruan ikan liar, Paya mana tuan tetakkan; Jikalau abang pergi belayar, Di mana saya hendak diletakkan?
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 316 Nobody believes a liar when he speaks the truth Orang yang sudah biasa berbohong akan disangsikan kebenaran katanya. Kayu bengkok, masakan lurus bayangannya? Please don't make up stories because nobody believes a liar when he speaks the truth. You have only yourself to blame if your genuine pleas for help go unheeded someday. Janganlah awak mereka-reka cerita kerana orang akan beranggapan kayu bengkok, masakan lurus bayangannya. Jangan awak menyalahkan orang lain pula jika rayuan minta tolong awak itu, meskipun betul, tidak diendahkan kelak. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|