Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Kurang bulat sembayan sakar, Akan membubur si kacang gadung; Tanah bersukat jangan diekar, Kalau diekar siapa yang tanggung?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kurang kapur tambah cendana, Burung punai atas keranji; Kami juga akan bertanya, Menunai akan segala janji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pandang-pandang kanan dan kiri, Melintas jalan berkira-kira; Kurang ringgit boleh dicari, Kurang akal habis bicara.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau cempaka kurang berbunga, Tanda uratnya sudah membusuk; Kalaulah derhaka ke orang tua, Dunia akhirat kan kena kutuk.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Elok tombak kerana disepuh, Kurang sepuh menjadi majal; Elok anak kerana diasuh, Kurang asuh pasti mendajal.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apabila bertanak nasinya mentah, Tanda menjerangnya kurang selidik; Apabila beranak budinya rendah, Tanda orang tuanya kurang mendidik.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Jika ada kuih bahulu, Kurang manis seri kaya; Jika saya mati dahulu, Tuan tinggal doakan saya.Pantun Melayu SarawakSetia Kasih
Bila mencelup kain pelekat, Kurang rata warna ditambah; Bila hidup mempermainkan adat, Orang menista saudara menyumpah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bila mencelup kain pelekat, Kurang elok diulang lagi; Bila hidup mempermainkan adat, Sebarang duduk orang mengeji.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bila meniup bara api, Kurang teliti kenalah muka; Bila hidup tiada berbudi, Orang benci Allah pun murka.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,

Puisi
 

Kurang bulat sembayan sakar,
     Akan membubur si kacang gadung;
Tanah bersukat jangan diekar,
     Kalau diekar siapa yang tanggung?



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
530

Six of one and half a dozen of the other

Dua pihak atau perkara yang dianggap sama sahaja buruknya, tidak lebih dan tidak pula kurang.

Seperti birah dengan keladi

My little brotherblamed his friend for starting the fight, but as far as I could tell, it's six of one and half a dozen of the other. Both are equally naughty.

Adikku menuduh kawannya yang memulakan pergaduhan, tetapi setahu aku, kedua-duanya sama sahaja nakalnya : seperti birah dengan keladi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...