Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu (= sudu yang lebih).

Takrif

Perkara kecil menjadi besar kerana banyak dipercakapkan orang; pengetahuan sedikit tetapi terlalu besar cakapnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kurang sisik, tinggal lidi di buku; selidik, tinggal kaji di guru.

Takrif

Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu, b. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang). sisik = menyisik, membuang sisik; di guru = pada guru.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan.

Takrif

Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kurang kerat, rengkuh yang lebih.

Takrif

Usaha tiada seberapa hanya cakap saja yang lebih.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hang tak kurang sanggul, aku tak kurang tengkolok.

Takrif

Hilang satu ada lagi ganti yang lain (tentang lelaki dan perempuan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidak berperut lipat.

Takrif

Kurang pertimbangan atau kurang fikiran.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan.

Takrif

Jika kurang fikir atau kurang hemat dalam sesuatu perbuatan, maka tangan dan kaki serta mulut dapat menimbulkan kesusahan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biar kurang garang asal lebih gaya.

Takrif

Menunjuk-nunjukkan diri sekalipun penakut.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Belanga kurang, periuk yang melebih-lebih.

Takrif

Orang yang berhak tidak mengambil berat, sebaliknya orang lain pula yang bersusah payah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada.

Takrif

Cukup mempunyai segala yang diperlukan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,

Puisi
 

Kurang bulat sembayan sakar,
     Akan membubur si kacang gadung;
Tanah bersukat jangan diekar,
     Kalau diekar siapa yang tanggung?



Lihat selanjutnya...