Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
nanobrickFilem berketebalan kurang daripada 100 nm yang diperbuat daripada campuran sekitar 70% tanah liat dengan polimer mempunyai struktur sama seperti bata. Filem ini digunakan untuk melapisi pembungkus makanan supaya tahan lama, melapisi pakaian untuk tahan api dan permukaan bahan untuk tahan gores.
Fraunhofer diffractionSejenis pembelauan yang berlaku apabila nombor Fresnel kurang daripada satu. Nombor Fresnel ialah parameter yang menentukan kawasan kesan pembelauan. Perbezaan antara belauan Fraunhofer dan Bragg seperti dalam rajah. Sudut sinar jatuhan Fraunhofer selari dengan kedudukan sampel, manakala belauan Bragg sudut sinar jatuhan tidak selari.
fluorocarbonSebatian kimia yang mengandungi ikatan karbon-fluorin. Ciri utamanya adalah kurang bertindak balas dan mempunyai kekutuban yang tinggi. Panjang ikatan karbon-fluorin ialah ~14 nm dan tenaga perguraian ikatannya ialah 552 kJ/mol.
microscopicSifat objek yang kuantiti fiziknya tidak dapat diukur atau dicerap secara terus disebabkan oleh saiznya yang kurang daripada 1 mikrometer. Dari segi statistik, objek ini merupakan komponen sistem makro. Banding makroskopik.
quantum wireSatu wayar pengalir arus elektrik yang sifat pengangkutan elektriknya dipengaruhi oleh kesan kuantum. Wayar ini mempunyai diameter kurang daripada 100 nm yang menyebabkan elektron konduksi dalam arah melintang wayar terkurung dan tenaganya terkuantum. Kerintangan elektrik dalam wayar ini juga terkuantum dan tidak dapat dikira menggunakan rumus kerintangan elektrik klasik. Kekonduksian elektrik wayar kuantum dapat mencapai 10 kali kekonduksian tembaga. Contoh wayar kuantum ialah nanotiub karbon.
photoluminescenceProses suatu bahan menyerap foton (gelombang elektromagnet) dan memancar semula foton. Masa yang diambil bagi proses penyerapan dan pemancaran ini kurang daripada 10 nanosaat. Keamatan dan spektrum cahaya yang dipancar bergantung pada sifat bahan dan digunakan untuk mengkaji sifat bahan seperti mengukur jurang tenaga, kepekatan benda asing dan kecacatan dalam bahan semikonduktor. Fenomena ini terjadi dalam kebanyakan bintik kuantum dan cahaya yang dipancarkan bergantung pada saiz bintik kuantum tersebut.
low-voltage scanning electron microscope (LVSEM)Mikroskop elektron yang beroperasi pada voltan pemecut 5 kiloelektronvolt (keV) atau kurang. Mikroskop elektron konvensional menggunakan voltan 10 1000 kilovolt.
laser evaporation synthesisTeknik sintesis nanozarah dengan menggunakan alur laser untuk menyejat bahan sasaran yang kemudiannya terkondensasi menghasilkan zarah bersaiz kurang daripada 100 nm.
nanocrystalSusunan atom atau ion dalam pepejal yang berstruktur nano dengan saiz 1 nm - 100 nm. Jika saiz hablur ini menyamai atau kurang daripada saiz jejari eksiton, hablur tersebut akan memberikan kesan kuantum, seperti tenaga yang dipancarkan menjadi diskret. Nanohablur yang diperbuat daripada bahan semikonduktor seperti kadmium selenida (CdSe) dikenali sebagai bintik kuantum. Contoh nanohablur yang lain ialah emas, grafit dan nikel.
atomic packing factor (APF)Faktor bahagian isipadu dalam struktur hablur yang menempati atom kandungannya. Suatu kuantiti tanpa unit (dimensi) yang kurang daripada 1. dengan Natom = bilangan atom, Vatom = Isipadu atom dan unit Vsel = isipadu sel unit, r = jejari sfera dan a = panjang kubus.
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,

Puisi
 

Kurang bulat sembayan sakar,
     Akan membubur si kacang gadung;
Tanah bersukat jangan diekar,
     Kalau diekar siapa yang tanggung?



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
530

Six of one and half a dozen of the other

Dua pihak atau perkara yang dianggap sama sahaja buruknya, tidak lebih dan tidak pula kurang.

Seperti birah dengan keladi

My little brotherblamed his friend for starting the fight, but as far as I could tell, it's six of one and half a dozen of the other. Both are equally naughty.

Adikku menuduh kawannya yang memulakan pergaduhan, tetapi setahu aku, kedua-duanya sama sahaja nakalnya : seperti birah dengan keladi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...