PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
self-cleaning window | | | Keadaan tingkap kaca yang disaluti filem tipis nanozarah titanium dioksida yang tidak memerlukan bahan pencuci untuk membersihkannya. Salutan zarah titanium dioksida mempunyai dua sifat. Pertama, zarah ini menyerap sinaran ultralembayung daripada cahaya matahari yang memberi kesan fotomangkinan untuk memecahkan kotoran bahan organik. Kedua, salutan tersebut menjadikan permukaan kaca bersifat hidrofilik. Titisan curahan air yang jatuh ke atas permukaan tersebut akan bergabung sambil menarik kotoran jatuh ke bawah. Tingkap seperti ini menjimatkan kos pencucian tingkap bangunan tinggi, di samping mengurangkan pencemaran alam sekitar akibat penggunaan bahan pencuci. |
hydrophobic | | | Sifat bahan atau molekul yang menolak kehadiran molekul air. Bahan hidrofobik tidak menyerap dan larut di dalam air dan biasanya tidak bercas dan tidak mempunyai kumpulan berkutub. Contohnya, bahan berminyak, berlemak dan bergris yang digunakan untuk mencuci kotoran minyak dan cucian kering. Banding hidrofilik. |
|
Tesaurus |
---|
| kotor (adjektif) | 1. Bersinonim dengan cemar Berantonim dengan bersih
2. Bersinonim dengan lucah: keji, tidak senonoh, cabul, jijik, durjana, Berantonim dengan halus
| Kata Terbitan : mengotorkan, kotoran, kekotoran, pengotoran, pengotor, |
|
|