Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
"Aduhai, kotor sungguh sungai itu!" kata Ali kepada Yasir. pilih perkataan seerti bagi kotor. A. Jijik B. Cemar apakah jawapan bagi soalan ini? Apakah perbezaan antara kedua-dua pilihan ini?Mengikut Kamus Dewan, kotor bermaksud tidak bersih, tidak jernih, cemar; manakala jijik pula adalah mendatangkan rasa tidak suka (mual) akan sesuatu kerana kotor atau keji. Daripada makna yang diberikan dala Kamus Dewan, perkataan seerti dengan kotor ialah cemar.Tatabahasa18.08.2014
Ahmad mengelap cermin tingkap kerana sudah kotor.adakah ayat ini betul?Ahmad mengelap cermin tingkap kerana sudah kotor - ayat ini tidak gramatis kerana sudah bermaksud selesai, oleh itu tidak sesuai digunakan dalam ayat ini.Tatabahasa12.05.2011
1.Sisa makanan yang tertumpah itu itu.................meja makan. a.mengotori b.mengotorkan mana satu jawapan yang betul? dan apakah alasannya?Mengotori bermaksud menjadi kotor pada dan mengotorkan bermaksud menyebabkan menjadi kotor. Berdasar makna yang tersebut mengotori dan mengotorkan boleh digunakan dalam konteks ayat yang tersebut.Tatabahasa20.06.2013
selamat sejahtera, 1. Kakak memerah kain itu. Kakak menyidai kain itu di ampaian. ayat majmuk: 1.Kakak memerah kain itu lalu menyidai kain itu di ampaian atau 2.Kakak memerah kain itu lalu menyidai di ampaian. 2. Adam merendam bajunya. Bajunya sangat kotor. ayat majmuk 1. Adam merendam bajunya kerana bajunya sangat kotor. atau 2. Adam merendam bajunya kerana sangat kotor. soalan saya, adakah kedua-dua ayat majmuk itu boleh diterima? 3. perkataan 'dua' , 'daun' -adakah dikategorikan dalam golongan dua suku kata atau satu suku kata? 'buaya' - dua atau tiga suku kata? 4. bersoal jawab dijarakkan atau bergabung? sekian, terima kasih.1. Ayat majmuk yang gramatis ialah Kakak memerah kain itu lalu menyidainya di ampaian.
2. Ayat majmuk yang gramatis ialah Adam merendam bajunya kerana sangat kotor.
3. Perkataan 'dua' dan 'daun' - satu suku kata, perkataan  'buaya' - dua suku kata. 
4. Ejaan yang betul ialah bersoal jawab.
Tatabahasa16.02.2012
Saya ingin meminta pandangan yang jelas tentang perbezaan di antara perbendaharaan "baru" dan "baharu". Selain itu juga, saya ingin meminta khidmat nasihat tentang perbezaan "kotor" dan "comot". Situasi berikut lebih menjelaskan : 4. Muka adik sangat ________ kerana makan coklat. a. comot b. cantik c. kacak d. kotor Bagi soalan di atas, apakah jawapan yang paling sesuai? Ada guru lain yang mempersoalkan jawapan yang saya berikan iaitu jawapan : A. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah, dll). Bagi menjawab pertanyaan saudara, "baru" kebiasaannya merujuk kepada masa, bagi membantu, dalam bahasa Inggeris, kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contoh ayatnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa inggerisnya, "new" , termasuk digunakan untuk barang-barang. Contoh , Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Jawapan yang paling sesuai ialah A. comotTatabahasa24.08.2008
Adakah perenggan di bawah terdapat sebarang kesalahan? Antara punca berlakunya keracunan makanan ialah makanan yang kotor. Makanan yang telah dihinggapi lalat akan tercemar. Apabila seseorang individu menjamah makanan yang tercemar, keracunan makanan akan berlaku. Misalnya, seorang pelajar yang termakan makanan yang dicemari akan mengalami cirit-birit dan muntah-muntah.Ayat tersebut diperbetulkan menjadi - Antara punca berlakunya keracunan makanan termasuklah makanan yang kotor. Makanan yang telah dihinggapi lalat akan tercemar. Apabila seseorang individu menjamah makanan yang tercemar, keracunan makanan akan berlaku. Misalnya, seorang pelajar yang termakan makanan yang dicemari akan mengalami cirit-birit dan muntah-muntah. Saudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.dbp.gov.my. Tatabahasa02.01.2011
Sarah mencuci pinggan yang kotor di singki. Ayat ini betul atau salah dari segi tatabahasanya. Jika salah, mengapa?Ayat ini juga betul.Tatabahasa21.05.2014
Maksud 'berlemuih'.Maksud berlemuih ialah sangat kotor.Makna06.10.2018
Apakah kesalahan istilah dan tatabahasa dalam ayat di bawah? 1. Kejayaan seseorang pelajar banyak bergantung kepada kemajuannya melakukan daya usaha dalam pembelajarannya. 2. Pra-siswazah di luar negara diingatkan tidak terikut-ikut oleh dakyah kotor aktivis anti Malaysia yang memburuk-burukkan nama negara. 3. Satu jawatankuasa perlu dibentuk segera bagi memudahkan kertas kerja ditulis bagi mendapatkan bantuan kewangan dengan segera.Salam Sejahtera,

1. Kejayaan seseorang pelajar banyak bergantung kepada kemajuannya melakukan daya usaha dalam pembelajarannya.
 
Jawapan: Ayat yang betul ialah "Kejayaan seseorang pelajar dalam pelajaran banyak bergantung pada daya usahanya".

2. Pra-siswazah di luar negara diingatkan tidak terikut-ikut oleh dakyah kotor aktivis anti Malaysia yang memburuk-burukkan nama negara.

 Jawapan: Ayat yang betul ialah "Prasiswazah di luar negara diingatkan supaya tidak terikut-ikut dengan dakyah kotor anti-Malaysia yang memburuk-burukkan nama negara".

3. Satu jawatankuasa perlu dibentuk segera bagi memudahkan kertas kerja ditulis bagi mendapatkan bantuan kewangan dengan segera.
Jawapan: Ayat yang betul ialah "Satu jawatankuasa perlu dibentuk bagi memudahkan penulisan kertas kerja untuk mendapatkan bantuan kewangan dengan segera".

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa28.02.2013
Dia jarang memakai pakaian yang berwarna cerah kerana cepat kotor (tuan, cerah wajar digantikan dengan apa perkataan? TK)Penggunaan perkataan cerah adalah betul.Tatabahasa20.02.2013
Tesaurus
 
kotor (adjektif)
1. Bersinonim dengan cemar
Berantonim dengan bersih

2. Bersinonim dengan lucah: keji, tidak senonoh, cabul, jijik, durjana,
Berantonim dengan halus

Kata Terbitan : mengotorkan, kotoran, kekotoran, pengotoran, pengotor,