Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KOMUNIKASI

Komunikasi ialah perkongsian maklumat atau

penyediaan hiburan melalui pertuturan, penulisan

atau kaedah-kaedah lain. Jenis komunikasi yang

terpenting kemungkinannya ialah komunikasi

peribadi, yang berlaku apabila seseorang

menyampaikan fikiran dan keinginan mereka

kepada orang lain. Manusia berkomunikasi melalui

banyak cara, termasuk melalui pertuturan, dengan

mengerakkan tangan, malah dengan membuat

mimik muka. Manusia juga menggunakan telefon

dan surat untuk berkomunikasi. Tanpa komunikasi

peribadi, ibu bapa tidak akan tahu keperluan anak-anak

mereka. Guru tidak dapat membantu murid

mereka belajar. Kawan tidak dapat merancang

bersama-sama. Manusia tidak dapat berkongsi

ilmu pengetahuan. Setiap orang perlu belajar

sendiri segala-galanya. Sebenarnya, manusia

berkemungkinan tidak dapat bertahan lebih lama.

UMUM
KAEDAH PENULISAN SEJARAH ISLAMUMUM
KAEDAH SUZUKI

Kaedah Suzuki ialah cara mengajar kanak-kanak

bagaimana bermain alat muzik tertentu pada

peringkat umur yang masih muda. Kaedah ini

digunakan dengan meluas untuk biola dan juga

alat-alat lain seperti celo, flut dan piano.

UMUM
STATISTIK

Statistik ialah satu kaedah mengumpul dan

menganalisis maklumat. Kaedah statistik membantu

manusia mengenal pasti, mengkaji, dan

menyelesaikan banyak masalah. Kaedah ini

membolehkan manusia membuat keputusan yang

baik apabila berdepan dengan situasi yang tidak

menentu.

UMUM
KAEDAH MONTESSORI

Kaedah Montessori ialah satu sistem

pendidikan yang dicipta untuk membantu kanak-kanak

membangunkan kecerdasan berfikir dan

keupayaan berdikari. Sistem ini dicipta oleh Maria

Montessori, pendidik dan doktor Itali pada awal

tahun 1900-an.

UMUM
KAEDAH INDUKTIF

Kaedah induktif ialah proses berfikir iaitu

apabila seseorang itu bermula dengan pengalaman

tertentu dan kemudiannya membuat kesimpulan

secara umum.

UMUM
KAEDAH DEDUKTIF

Kaedah deduktif ialah satu proses taakulan

untuk kita membuat kesimpulan dengan logik

daripada premis yang diberikan.

UMUM
KAEDAH CUISENAIRE

Kaedah Cuisenaire ialah sistem pendidikan

yang dibuat untuk membantu pelajar meneroka

sendiri prinsip matematik asas.

UMUM
PENJELAJAHAN BULANKaedahFIZIKKaedah
PENGGANDAKaedah ekonomiEKONOMI DAN PENGURUSANKaedah
Tesaurus
 
kaedah (kata nama)
Bersinonim dengan cara, aturan, hukum, prinsip, sistem, susunan, metode, teori, tata, ragam, norma, cara, laku, adat, kebiasaan, adat kebiasaan, lagam, lagu.,