Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Tuan/Puan, Saya ada dua soalan. Pertama, saya ingin bertanya tentang ejaan kata berganda pada permulaan ayat. Contohnya: Kaedah-kaedah atau Kaedah-Kaedah? Kedua, apabila kita menyenaraikan syarat-syarat lantikan/penyertaan/pendaftaran/etc. . Adakah ianya lebih tepat untuk menamakan tajuk dokumen tersebut sebagai "Syarat Lantikan/Pendaftaran" atau "Syarat-syarat Lantikan"? Terima kasihJawapan yang betul ialah Kaedah-kaedah dan Syarat Lantikan/Pendaftaran/Penyertaan.Tatabahasa01.12.2021
Jabatan ini ingin mendapatkan perkhidmatan menterjemah Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (KKPP) 2009 yang disediakan dalam versi Bahasa Melayu untuk diterjemah kepada Bahasa Inggeris. KKPP mengandungi 100 muka surat (9 teks dan 82 berbentuk borang) Samaada pihak Dewan menyediakan perkhidmatan terjemahan tersebut dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi.Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan bagi teks berjumlah seperti yang dinyatakan. Untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut saudara boleh menghubungi Institut Terjemahan Negara,no. telefon 03-41497210  atau Persatuan Penterjemah Malaysia,no. telefon 012-2067076.Lain-lain22.05.2009
Saya perlu pengesahan DBP sama ada penggunaan 'di bawah' dan 'dalam' dalam ayat ini betul /tidak- "Keputusan tersebut telah diwartakan di bawah Kaedah 21 dalam subbutiran 21 (22) (b) Kaedah-Kaedah Tanah Selangor (Pindaan) 2011"

Dalam bentuk kata umum, frasa 'di bawah' digunakan apabila merujuk: i. di kawasan sekeliling rumah dan sebagainya yang bertangga; ii. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dan sebagainya);  iii. yang terletak pada baris (ruang dan sebagainya); iv. kurang daripada;  v. berada dalam atau tertakluk pada (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dan sebagainya). Kata sendi 'dalam' pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata sendi nama 'dalam' adalah tepat, manakala penggunaan frasa 'di bawah' tidak berkaitan dalam mana-mana panduan penggunaan frasa 'di dalam' yang tersenarai. Walau bagaimanapun hal ini perlu merujuk pakar yang arif dalam hal undang-undang kerana pemakaian bahasa dalam bidang undang-undang kadangkala tidak persis dalam penulisan umum. Bahasa dalam undang-undang mempunyai larasnya tersendiri dan penggunaannya terhad dalam bidang tersebut.

Tatabahasa17.02.2011
Bahasa Inggeris: Payment Method Bahasa Melayu: Kaedah Bayaran atau Kaedah Pembayaran? Mohon nasihat apakah perbezaan antara Kaedah Bayaran dan Kaedah Pembayaran? Apakah kedua-duanya merujuk kepada erti yang sama ataupun kedua-duanya mengandungi erti yang lain? Saya rujuk laman web kerajaan mengenai penggunaan tersebut tetapi ianya tidak selaras kerana saya terdapat versi untuk kedua-duanya. Terima kasih.Kedua-dua istilah, iaitu "kaedah bayaran" dan "kaedah pembayaran" adalah sama dan boleh digunakan untuk "payment method".Istilah19.05.2016
Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk "soil vapor screening" , "dekontamination" Adakah pihak DBP punya sebarang sumber berkaitan untuk mengetahu glosari yang sahih bagi merujuk terjemahan kaedah-kaedah atau istilah kejuruteraan awam/alam sekitarPenggunaan yang betul dalam bidang kejuruteraan ialah dekontaminasi (bahasa Inggeris - decontamination). Tidak ada padanan khusus untuk soil vapour screening. Dalam bidang kejuruteraan screening diterjemahkan kepada penskrinan atau penapisan, vapour diterjemahkan kepada wap dan soil ialah tanah.Penyemakan dan penterjemahan12.08.2015
Assalamualaikum. Saya Taneem Binti Ramlee. Belajar bahasa Melayu dasar,Ingin bertanya tentang tatabahasa. Terimakasih.Sedikit maklumat yang dapat diberikan tatabahasa ialah bidang ilmu yang mempelajari kaedah-kaedah yang mengatur penggunaan bahasa. Ilmu ini merupakan sebahagian dari bidang ilmu yang mempelajari bahasa, iaitu linguistilk. Tatabahasa moden mencakupi bidang fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku tentang lingusitik seperti Asas Linguistik dan Linguistik Moden.Tatabahasa10.09.2015
Assalamualaikum , Saya Sakeeroh Binti Abdullah. Belajar bahasa Melayu dasar ingin bertanya tentang linguistik. Terimakasih,WasalamSedikit maklumat yang dapat diberikan tatabahasa ialah bidang ilmu yang mempelajari kaedah-kaedah yang mengatur penggunaan bahasa. Ilmu ini merupakan sebahagian dari bidang ilmu yang mempelajari bahasa, iaitu linguistilk. Tatabahasa moden mencakupi bidang fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku tentang lingusitik seperti Asas Linguistik dan Linguistik Moden.Tatabahasa10.09.2015
1. Bolehkah "saling " digunakan dengan "antara satu sama lain"? 2.Apakah perbezaan antara "titah" dan "sabda"? 3."Kaedah peN- " atau "kaedah beR/meN" (contoh :"kaedah belajar" atau "kaedah pembelajaran") 4.Apakah perbezaan antara "kepimpinan" dengan "lepemimpinan"? Terima kasih1. Soalan pertama tidak jelas. Contoh penggunaan "saling" yang betul seperti saling membantu (bukan saling bantu-membantu).
2. Titah ialah bahasa diraja yang bermaksud kata, manakala sabda ialah kata yang dikaitkan dengan nabi. Boleh rujuk PRPM untuk maklumat selanjutnya.
3. Apitan peN-...-an menerbitkan kata pembelajaran daripada kata dasar belajar.
4. Kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin dan kepemipinan bermaksud hal-hal yang berkaitan dengan pemimpin.
Tatabahasa02.04.2020
Assalamualaikum..saya Kholiyoh Daramae, beljar bahasa Melayu Dasar ingin bertanya tentang tatabahasa.Apakah maksud linguistik Am?````terimakasih.Sedikit maklumat yang dapat diberikan tatabahasa ialah bidang ilmu yang mempelajari kaedah-kaedah yang mengatur penggunaan bahasa. Ilmu ini merupakan sebahagian dari bidang ilmu yang mempelajari bahasa, iaitu linguistilk. Tatabahasa moden mencakupi bidang fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik. Ilmu linguistik sering juga disebut linguistik umum (general linguistics). Ertinya, ilmu linguistik tidak hanya mengkaji sesuatu bahasa saja, melainkan mengkaji seluk-beluk bahasa pada umumnya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku tentang lingusitik seperti Asas Linguistik dan Linguistik Moden.Tatabahasa10.09.2015
apakah definasi pengusahawananKata terbitan pengusahawanan tidak ada, yang ada ialah keusahawanan bermaksud segala-gala yang berkaitan dengan usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan: contoh ayat - kita perlu mencari kaedah-kaedah baru guna membantu mempercepat pembangunan pengurusan dan pembangunan keusahawanan di negara ini.Makna06.06.2009
Tesaurus
 
kaedah (kata nama)
Bersinonim dengan cara, aturan, hukum, prinsip, sistem, susunan, metode, teori, tata, ragam, norma, cara, laku, adat, kebiasaan, adat kebiasaan, lagam, lagu.,