Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KÁDÁR, JÁNOSUMUM
KADAR KEMATIAN

Kadar kematian lihat Kadar Kelahiran dan

kematian.

UMUM
KADAR PERTUKARAN

Kadar pertukaran ialah mata wang sesebuah

negara yang dinyatakan dalam sebutan mata wang

negara lain.

UMUM
KADAR KELAHIRAN DAN KEMATIAN

Kadar kelahiran dan kematian merupakan

ukuran penting untuk mengetahui perubahan

jumlah penduduk. Ia memberikan cara untuk

membandingkan trend kesihatan dan maklumat

jumlah penduduk dari tahun ke setahun atau dari

satu tempat ke satu tempat.

UMUM
FAKTOR KESERENTAKANNisbah kadar penggunaan gas maksimum terhadap kadar beban maksimum yang telah ditetapkan secara teori.KEJURUTERAANKonsep
KADAR PENGGANTIAN SUT

Kadar penggantian sut ialah jumlah kuantiti sesuatu barang yang harus dilepaskan untuk memperoleh tambahan satu unit barang lain tanpa mengubah tahap kepuasan yang diperoleh pengguna.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
RIBA

Riba ialah caj faedah pada kadar yang tinggi,

yang dikenakan ke atas wang yang dipinjam. Di

sesetengah negara, riba ditafsirkan sebagai caj

faedah yang dikenakan melebihi daripada kadar

maksimum yang sah di sisi undang-undang.

Orang perseorangan atau institusi yang

mengenakan kadar yang lebih daripada yang

dibenarkan di sisi undang-undang dikenali

sebagai pemakan riba .

UMUM
KEMATIAN BAYI

Kematian bayi ialah ukuran bagi menunjukkan

bilangan bayi yang meninggal dunia sebelum

mencapai setahun usia kelahiran mereka. Kadar

kematian bayi ini menunjukkan jumlah bayi yang

meninggal dunia setiap tahun bagi setiap seribu

bayi yang lahir. Oleh sebab kadar ini

mencerminkan keadaan kesejahteraan anggota

masyarakat yang paling bergantung kepada orang

lain, maka, kadar ini sering ditafsirkan sebagai

ukuran sejauh mana satu-satu masyarakat itu

menjaga anggota mereka. Atas alasan itu, maka,

membandingan kadar kematian bayi antara

negara atau komuniti yang berlainan ialah satu

cara untuk menilai taraf hidup masyarakat itu.

UMUM
SISTEM KEWANGAN EROPAH (EMS)

Sistem Kewangan Eropah (EMS) ialah

organisasi yang ditubuhkan oleh 10 negara

Eropah untuk menstabilkan kadar pertukaran mata

wang mereka. Kadar pertukaran ini adalah harga

mata wang satu negara dalam istilah negara-negara

lain. Sistem ini bermula pada tahun 1979 dengan

penyertaan sepenuhnya oleh Belgium, Denmark,

Perancis, Ireland, Itali, Luxembourg, Belanda dan

Jerman Barat (kini Jerman). Sepanyol memulakan

penyertaan sepenuhnya pada tahun 1989 dan

United Kingdom pada tahun 1990. Portugal dan

Greece menandatangani perjanjian sistem ini

tetapi tidak mengambil bahagian dalam semua

operasinya. Kesemua ahli sistem ini adalah negara

Kesatuan Eropah, yang berusaha menyatukan

ekonomi negara ahlinya. Pada tahun 1992, United

Kingdom dan Itali mengumumkan untuk

menggantung sementara penyertaan mereka

dalam sistem ini. Kedua-dua negara ini tidak dapat

mengelakkan kejatuhan nilai mata wang mereka di

bawah julat yang diperlukan oleh sistem ini.

UMUM
AMPERE

Ampere ialah unit yang digunakan untuk

mengukur kadar aliran arus elektrik. Ia adalah salah

satu daripada tujuh unit asas dalam sistem metrik,

dan simbolnya ialah A. Ampere digunakan untuk

mengukur elektrik sebagaimana unit gelen per

minit digunakan untuk mengukur air. Arus elektrik

mengalir pada kadar 1 ampere apabila 1 coulomb

(unit caj elektrik) mengalir melepasi satu bahagian

litar elektrik dalam masa 1 saat (lihat Coulomb ).

Oleh itu, 1 ampere bersamaan dengan 1 coulomb

per saat. Ahli fizik mentakrif ampere dari segi daya

magnetik, yang diukur dalam newton, yang

dihasilkan oleh arus.

UMUM
Tesaurus
 
kadar (kata nama)
1. Bersinonim dengan daya: kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan,

2. Bersinonim dengan nilai: harga, taraf, pangkat, kualiti, status,

3. Bersinonim dengan kira-kira: rata-rata, lebih kurang, hitung panjang,

4. Bersinonim dengan nisbah: perbandingan berat, perbandingan darjah, perbandingan kuantiti, perbandingan saiz,

Kata Terbitan : sekadar,