Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
catalystBahan yang dapat meningkatkan kadar tindak balas kimia, namun bahan ini tidak digunakan dalam tindak balas tersebut. Pemangkin meningkatkan kadar tindak balas kimia dengan mengurangkan tenaga pengaktifan tindak balas. Kadar tindak balas berlaku dengan cepat apabila permukaan tindak balas kimia diperluas, terutama pemangkin berstruktur nano. Contoh pemangkin semula jadi ialah enzim.
thermoparticulate analysis (TPA)Kaedah untuk mengukur kadar pelepasan zarahan daripada bahan sebagai fungsi suhu.
cardioMEMSPeranti untuk memantau jantung seperti tekanan darah dan kadar denyutan yang terdiri daripada dua bahagian. Pertama, sensor berasaskan teknologi mikroelektromekanik (MEMS) yang diimplan pada jantung. Kedua, sistem elektronik luar. Kedua-dua bahagian ini berkomunikasi tanpa wayar.
nanoparticle tracking analysisKaedah untuk penggambaran dan penganalisisan nanozarah dalam cecair yang berkaitan dengan kadar gerakan Brownan dengan saiz zarah.
Arrhenius plotSatu plot garis lurus ln y melawan 1/T (atau 1/kT) bagi persamaan Arrhenius: dengan y= kadar tindak balas suatu proses, Ea= tenaga pengaktifan proses (atau entalpi), k= pemalar Boltzmann, T= suhu. Persamaan Arrhenius berlaku untuk kebanyakan proses terma seperti pemancaran elektron dari suatu dawai panas dan pertumbuhan kultur bakteria. Plot Arrhenius sangat berguna untuk menentukan tenaga pengaktifan sesuatu proses.
goldcoatedProses penyaduran/endapan lapisan tipis emas pada permukaan sampel dengan menggunakan kaedah penyaduran kimia atau penyaduran elektrokimia bagi meningkatkan kadar kekonduksian sampel. Sampel akan diletakkan diatas logam seperti tembaga atau perak sebelum proses penyaduran dilakukan.
hysteresis loopGraf yang menunjukkan ketumpatan medan magnet pada perubahan daya pemagnetan yang sama melalui satu litar bekalan arus ulang-alik. Gelung histerisis membolehkan kadar magnet baki dan tahap ketepuan magnet diketahui. Graf ini diwakili oleh paksi ketumpatan fluks (B) lawan paksi daya pemagnetan (H).
Arrhenius processProses yang memerlukan tenaga haba tambahan bagi mengatasi sawar tenaga, iaitu tenaga keaktifan sebelum sesuatu tindak balas dapat berlaku. Proses ini memenuhi persamaan Arrhenius: dengan y= kadar tindak balas suatu proses, Ea = tenaga pengaktifan proses (atau entalpi), k= pemalar Boltzmann, T= suhu. Contohnya, tindak balas ion dalam larutan dan tindak balas yang berlaku dalam organisma hidup.
1
Tesaurus
 
kadar (kata nama)
1. Bersinonim dengan daya: kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan,

2. Bersinonim dengan nilai: harga, taraf, pangkat, kualiti, status,

3. Bersinonim dengan kira-kira: rata-rata, lebih kurang, hitung panjang,

4. Bersinonim dengan nisbah: perbandingan berat, perbandingan darjah, perbandingan kuantiti, perbandingan saiz,

Kata Terbitan : sekadar,