Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah istilah yang sesuai untuk accessibility rate dlam bidang Geografi? darjah ketersampaian atau kadar ketersampaian? | Kami mencadangkan istilah "accessibility rate" dalam bidang Geografi diterjemahkan sebagai "kadar ketersampaian, kadar ketercapaian atau kadar kemudahan". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.
| Istilah | 05.03.2021 |
yang mana betul, kadar baru gaji atau kadar gaji baru | KADAR GAJI BARU | Tatabahasa | 04.02.2013 |
Pohon pengesahan penggunaan frasa berikut: Pada kadar segera atau dalam kadar segera? Merujuk perkara di atas atau merujuk perkara tersebut di atas? | 1) Pada kadar segera kerana ayat tersebut menunjukkan keterangan waktu. 2) Merujuk perkara di atas lebih tepat dan gramtis. | Lain-lain | 29.06.2015 |
berapakah kadar bayaran yang dkenakan untuk menterjemah nota atau kertas ilmiah teknikal dari bahasa inggeris ke bahas malaysia? berapapula kadar bayaran untuk 'proofreading' yang dikenakan oleh pihak tuan secara piawainya? | Kadar yang diguna pakai di DBP : bayaran terjemahan teks teknikal daripada bahasa Inggerius kepada bahasa Melayu ialah 0.15 sen/kata. Kadar bayaran penyemakan pruf teks teknikal ialah 0.015 sen/kata. | Lain-lain | 15.11.2007 |
makna atau maksud serta huraian tekanan dan kadar alir | Kadar alir merujuk kepada perihal mengeluarkan sesuatu, seperti air atau kekotoran dari tangki. Tekanan merujuk kepada keamatan daya yang bertindak pada sesuatu kawasan, dan merupakan hasil bahagi daya dengan luas kawasan tindakannya. | Istilah | 23.03.2007 |
Apakah terjemahan yang tepat bagi "published rate" (istilah harga bilik hotel) dalam bahasa Melayu? | kadar tersiar atau kadar sewa penuh. | Tatabahasa | 30.07.2007 |
Antara kesannya (ialah/adalah) meningkatkan kadar pengangguran. Yang manakah kata pemeri yg sesuai digunakan? (meningkatkan kadar pengangguran ialah frasa kerja?) | Ayat yang gramatis, antara kesannya ialah peningkatan kadar pengangguran. | Tatabahasa | 25.09.2018 |
Mana satukah frasa yang tepat? 1) Membuat semakan ke atas kadar cukai 2) Membuat semakan terhadap kadar cukai | Jawapan yang betul ialah Membuat semakan kadar cukai. | Tatabahasa | 23.05.2023 |
Memohon kadar bayaran yang boleh digunapakai untuk pembayaran khidmat penterjemahan dari bahasa English ke Bahasa Malaysia untuk penyediaan kertas soalan peperiksaan perkhidmatan Awam. Pegawai yang terlibat adalah penjawat awam dan pembayaran adalah melalui Pejabat Perbendaharaan Negeri Sarawak. Sehubungan itu, kadar bayaran yang rasmi/standard adalah perlu untuk menyokong pembayaran khidmat penterjermahan. Sekian terima kasih. | Mengikut kadar bayaran DBP, kadarnya antara 3 hingga 5 sen setiap perkataan bergantung pada teks tersebut. Walau bagaimanapun kadar ini mungkin berbeza dengan kadar bayaran yang diguna pakai di jabatan atau organisasi lain.
| Lain-lain | 09.11.2015 |
Bagi memaklumkan kepada pelanggan mengenai penetapan kadar harga bayaran pasport yang dikenakan, apakah maksud yang tepat atau sepatutnya. 'Kadar bayaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) bagi warga emas iaitu orang dewasa yang berumur 60 tahun ke atas dan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun'. Apakah memadai dengan ayat tersebut yang membawa maksud, bagi orang dewasa yang mencapai umur 60 tahun dikira pada hari jadinya atau selepas sehari tarikh lahirnya dan begitu juga pada kanak-kanak yang belum mencapai umur 12 tahun pada hari tarikh lahirnya ? Apakah kategori tersebut termasuk yang telah mencapai umur pada hari jadi seseorang itu ? Mohon bantuan dan nasihat pihak Tuan dalam kadar segera, terima kasih. | Salam sejahtera, 'Kadar bayaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) bagi warga emas iaitu orang dewasa yang berumur 60 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun'. Ayat ini memadai untuk menunjukkan maksud bagi orang dewasa yang mencapai umur 60 tahun dikira pada hari jadinya atau selepas sehari tarikh lahirnya dan begitu juga pada kanak-kanak yang belum mencapai umur 12 tahun. | Lain-lain | 03.01.2013 |