Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ikan kukus tulangnya lembut, Tulang lembut jarang-jarang; Kami belayar jangan disebut, Takut dilanggar batu karang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Telur pipit dalam sarang, Tetaskan anak sehari sebiji; Gunung berhimpit jarang-jarang, Bukit terlepas seorang diri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak ikan dimakan ikan, Tanam serai Padang Semu; Pandai makan pandai simpan, Jarang-jarang boleh bertemu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak kucing dalam raga, Ibunya pula terlalu garang; Songket di gedung ada harga, Jarang-jarang dipakai orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rumah besar dinding pelupuh, Hulu jarang hilir jarang; Mana hati tidakkan rusuh, Di hulu sayang di hilir sayang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jaranglah jarang makan tebu, Anak sembilang menggigit jari; Jaranglah jarang kita bertemu, Dalam sebulan dua kali.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pagar buluh anggitnya jarang, Akan pemagar sapi jerasa; Dalam sepuluh jarang seorang, Hanya yang tahu menimbang rasa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tokai jagung biar jarang, Biar senang puyuh berlari; Tanya bulan kepada bintang, Mana terbit matahari?

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sagalah buluh anggitnya jarang, Akan pemagar kijang rusa; Dalam sepuluh ada seorang, Yang tak tahu bertimbang rasa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Gunting saya gunting kecil, Jarang sekali guntingkan daun; Anak saya lagi kecil, Minta tangguh barang setahun.
Tesaurus
 
jarang (adjektif)
1. Bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang,
Berantonim dengan rapat

2. Dalam konteks rambut
bersinonim dengan nipis, tidak lebat, tidak padat, sedikit,
Berantonim dengan lebat

Kata Terbitan : jarang-jarang, menjarangkan,

Puisi
 

Telur pipit dalam sarang,
     Tetaskan anak sehari sebiji;
Gunung berhimpit jarang-jarang,
     Bukit terlepas seorang diri.



Lihat selanjutnya...