Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
merujuk kepada soalan PMR 2012, ayat di bawah ini yang salah penggunaan perkataa 'jarang-jarang'. 1. Budak itu jarang-jarang datang ke rumah saya 2. Kain yang jarang-jarang tidak sesuai untuk dibuat seluar. 3. Jarang-jarang sekali berlaku kejadian banjir di kampung itu. 4. Buah durian di dusun Pak Atan amat jarang-jarang kerana kurang menjadi.Dalam Kamus Dewan jarang-jarang bermaksud tidak sering, tidak kerap, tidak selalu dan tidak lazim. Berdasarkan makna tersebut penggunaan jarang-jarang dalam ayat pertama dan ketiga betul, manakala ayat kedua dan keempat salah.Tatabahasa16.10.2012
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, di bawah entri jarang 3. = jarang-jarang. 1. Adakah hal ini bermaksud jarang seerti dengan jarang-jarang? 2. Jikalau benar, ayat contoh Dia jarang-jarang datang dapat ditukar menjadi Dia jarang datang tanpa mengubah maknanya. Benarkah? Terima kasih diucapkan atas jawapan soalan yang lalu dan soalan ini.Berdasarkan makna jarang dan jarang-jarang dalam kamus kedua-dua contoh ayat yang diberi membawa maksud yang sama. Walau bagaimanpun untuk membawa maksud tidak kerap kita menggunakan perkataan jarang-jarang dan untuk maksud tidak kedap perkataan jarang yang digunakan.Tatabahasa13.05.2012
Tuan, Ayat berikut adalah benar atau salah: 1. Dia jarang lewat pergi ke sekolahnya. 2. Dia jarang-jarang lewat ke sekolahnya. Apakah perbezaan antara jarang dengan jarang-jarang? Terima kasih. Ms OngSalam sejahtera,

Berdasarkan makna jarang dan jarang-jarang dalam kamus kedua-dua contoh ayat yang diberi membawa maksud yang sama. Walau bagaimanpun untuk membawa maksud tidak kerap kita menggunakan perkataan jarang-jarang dan untuk maksud tidak kedap perkataan jarang yang digunakan.

Berdasarkan maksud tersebut, ayat 2. Dia jarang-jarang lewat ke sekolah.
Lain-lain26.09.2016
Merujuk kepada jawapan tuan 'Dalam Kamus Dewan jarang-jarang bermaksud tidak sering, tidak kerap, tidak selalu dan tidak lazim. Berdasarkan makna tersebut penggunaan jarang-jarang dalam ayat pertama dan ketiga betul, manakala ayat kedua dan keempat salah'. Pada pemahaman saya, perkataan jarang sama erti dengan jarang-jarang dan bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang. contoh yang diberikan oleh pihak DBP: baju kaus - baju drpd kain yg jarang-jarang tenunannya. Jadi jawapan no.2 sepatutnya diterima. Bagaimana pendapat tuan? sekian terima kasih.Merujuk Kamus Dewan, membawa beberapa maksud, iaitu: 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dan lain-lain seperti gigi jarang dan kain yang jarang; 2. tidak lebat, tidak padat seperti rambut yang jarang; dan 3. jarang = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim seperti jarang berlaku dan jarang terdapat. Berdasarkan huraian tersebut, perkataan jarang tidak selalu sama maknanya dengan jarang-jarang kecuali dalam makna ketiga. Berdasarkan ayat contoh yang diberikan, ayat yang betul ialah baju daripada kain yang jarang tenunannya.Tatabahasa20.10.2012
Menurut Kamus Dewan, "jarang" atau "jarang-jarang" boleh membawa maksud "tidak selalu". Oleh itu, mengapa ayat ini salah? Dia jarang pergi ke masjid. Jawapan yang diberi dalam buku latihan ialah jarang-jarang.

Salam sejahtera,

Berdasarkan makna jarang dan jarang-jarang dalam kamus kedua-dua contoh ayat yang diberi membawa maksud yang sama. Walau bagaimanpun untuk membawa maksud tidak kerap kita menggunakan perkataan jarang-jarang dan untuk maksud tidak kedap perkataan jarang yang digunakan.

Jadi jawapan yang betul ialah 'Dia jarang-jarang pergi ke masjid'

Tatabahasa09.11.2012
Soalan 1 Merujuk kepada jawapan yang diberikan pada 24/12, bukankah dalam Kamus Dewan Edisi keempat, jarang=jarang-jarang, justeru, mengapakah ayat:Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang ponteng sekolah, salah? Soalan 2 Merujuk kepada jawapan yang diberikan pada 24/12, imbuhan ter- dan sekali merupakan dua darjah penghabisan, justeru, mengapakah "terkenal sekali" adalah betul?Berikan penjelasan selanjutnya Soalan 3 Apakah perbezaan antara menasihati dan menasihatkan? Kemukakan beberapa contoh ayat yang menunjukkan penggunaannya. Soalan 4 Yang mana betul? a)Kita sepatutnya mendengar arahan guru kita b)Sepatutnya kita dengar arahan guru kita c)Kita sepatutnya mendengar arahan daripada guru kita d)Sepatutnya kita dengar arahan daripada guru kita Soalan 5 Yang mana betul?Berikan penjelasan a)Ikatan kain itu hampir terlucut daripada pinggangnya b)Ikatan kain itu hampir terlucut dari pinggangnya Soalan 6 Yang mana betul? Berikan penjelasan a)Memahami dengan lebih mendalam lagi tentang kebaikan melabur dalam saham amanah b)Memahami kebaikan melabur dalam saham amanah dengan lebih mendalam lagi Soalan 7 Apakah perbezaan antara pembelajaran dan pemelajaran?Berikan beberapa contoh ayat yang menunjukkan penggunaan kedua-dua istilah tersebut.Selain itu, ayat manakah yang betul? a)Sekolah seharusnya menyediakan suasana pembelajaran yang baik b)Sekolah seharusnya menyediakan suasana pemelajaran yang baik1. Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang ponteng sekolah. - ayat ini betul  2. Yang betul ialah terkenal - kami mohon maaf atas kekeliruanyangtimbul.  3. Tidak ada perbezaan yang jelas antara menasihati dan menasihatkan, kedua-duanya bermaksud memberi nasihat atau tunjuk ajar.  4. Kita sepatutnya mendengar arahan daripada guru kita. ayat yang betul  5. Ikatan kain itu hampir terlucut daripada pinggangnya. - ayat yang betul  6. kedua-dua ayat ini betul.  7. Pembelajaran bermaksud proses belajar, untuk memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian dll), manakala Pemelajaran bermaksud proses belajar untuk mengetahui sesuatu dengan mendalam. Berdasarkan makna tersebut pemelajaran memerlukan usaha yang lebih yang biasanya merujuk mereka yang terlibat dalam kerja penyelidikan. Oleh itu ayat yang tepat ialah - Sekolah seharusnya menyediakan suasana pembelajaran yang baik.Tatabahasa24.12.2008
1. Adakah perkataan 'jarang' boleh digunakan untuk maksud kadang-kadang sedangkan dlm kamus dewan edisi keempat diletakkan tanda,' 3. = jarang-jarang' dan diberi maksud tidak sering, tidak kerap dsb. Saya berpegang bahawa jarang-jarang saja boleh membawa maksud kadang-kadang, betulkah tanggapan saya?Jarang-jarang bermaksud tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, atau tidak lazim. Dalam konteks tertentu, jarang-jarang juga boleh membawa maksud kadang-kadang.Makna10.06.2010
Orang yang jarang-jarang membaca biasanya cetek pengetahuan mereka. (munsyi, adakah adat di atas salah? TK)Ayat betul- Orang yang jarang-jarang membaca, biasanya cetek pengetahuan.Tatabahasa05.09.2012
adakah frasa ini betul"...jarang-jarang sekali"Penggunaan perkataan itu betul mengikut konteks ayat, contohnya Jarang-jarang sekali kita dapat bertemu dengan pokok kelapa yang bercabang.Tatabahasa28.07.2010
1) Adakah penggunaan perkataan jarang di bawah betul? -Ali risau kerana rambutnya sudah jarang. -Abu jarang pulang ke kampungnya semenjak dia muflis.(Mana satu penggunaan yang betul?jarang atau jarang-jarang?) 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan tatabahasa? Jika ada mengapa? - Ali makan nasi itu bersama ulam. - Josep memakai kasut itu ketat-ketat. - Kita mestilah sentiasa hormat akan orang tua-tua. - Kejadian banjir itu menyebabkan banyak harta bendanya musnah dan mengalami kerugian ribuan ringgit.Penggunaan perkataan "jarang" dalam ayat tersebut betul kerana jarang juga boleh membawa maksud jarang-jarang. Ayat tersebut diperbetulkan menjadi Ali makan nasi itu dengan ulam dan Kita mestilah sentiasa menghormati orang-orang tua.Tatabahasa25.07.2012
Tesaurus
 
jarang (adjektif)
1. Bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang,
Berantonim dengan rapat

2. Dalam konteks rambut
bersinonim dengan nipis, tidak lebat, tidak padat, sedikit,
Berantonim dengan lebat

Kata Terbitan : jarang-jarang, menjarangkan,

Puisi
 

Telur pipit dalam sarang,
     Tetaskan anak sehari sebiji;
Gunung berhimpit jarang-jarang,
     Bukit terlepas seorang diri.



Lihat selanjutnya...