Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Majalah ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dang empat berjalan-jalan, Jalan-jalan ke rumah; Air mataku tumpah di jalan, Mengenang badanku terlalu murah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jalan-jalan di kaki lima, Bawalah pulang ikan gelama; Budi tuan sudahlah diterima, Jadikan hutang selama-lamanya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Satu Cina satulah Melayu, Jalan-jalan tengah halaman; Jangan disangka bunga dah layu, Kalaulah kembang peruntuh iman.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak Cina pandai labangis, Jalan-jalan atas keranda; Adinda tuan jangan menangis, Ambil geguling ganti kakanda.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Malam ini malam Ahad, Malam besok malam Isnin; Inilah jalan-jalan makrifat, Tuntutlah ilmu sampai berkenan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Malam ini malam Sabtu, Malam besok malam Ahad; Rupa yang tujuh menjadi satu, Inilah jalan jalan makrifat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kiri jalan kanan jalan, Sama tengah pohon mengkudu; Kirim jangan pesan pun jangan, Sama-sama menanggung rindu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kiri jalan kanan jalan, Batang pauh dibuat titi; Kirim jangan pesan jangan, Biar sama berjauh hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak raja jalan berpimpin, Jalan mari tepi pantai; Sudah sampai buah bermusim, Paksa kelompang dengan tupai.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nasi kunyit gulai ayam, Mari makan di Batu Melintang; Topi senget jalan malam, Jalan mencari sanggul melintang.
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Puisi
 

Jalan-jalan di kaki lima,
     Bawalah pulang ikan gelama;
Budi tuan sudahlah diterima,
     Jadikan hutang selama-lamanya.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
639

Where there's a will there's a way

Jika ada azam dan kemahuan untuk mencapai sesuatu maksud, tentu kita akan sedaya upaya mencari jalannya.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

My determination did not waver. I know it's not easy task but where there's a will there's a way. Nothing can stop me and I will find the way by hook or by crook.

Aku teguh dengan tekadku. Aku tahu kerja ini tidaklah mudah namun di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Tiada apa yang mampu menahanku dan aku akan mencari jalan dengan apa cara sekalipun.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...