Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Antara petang hingga malam, Di sana orang berebut mandi; Bila kukenang ke masa silam, Kita bertunang tak patut lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak musang disalak anjing, Hingga malam lari menyosok; Hendak meminang tidak sebanding, Dibawa diam hatiku remuk.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan mudah berladang darat, Hingga menuai padi dijaga; Bukan mudah memegang adat, Bila lalai diri tercela.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sayangnya bulan tiada terbit, Hingga pagi terasa kelam; Sayangnya tuan suka menggigit, Bila beristeri kan lari malam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sayang ombak terlalu besar, Hingga segan orang memukat; Abang tidak mahu bersabar, Hampa pun segan datang mendekatKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sayang keladi rasanya gatal, Hingga tak jadi dibuat gulai; Abang pegi adinda tinggal, Jagalah janji yang kita simpai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Induk burung terbang tinggi, Hingga di dahan kayu arah; Duduk termenung sepanjang hari, Mengharapkan puan mahu menyapa. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Cukup sudah orang beramu, Hingga petang barulah sudah; Hidup susah dagang piatu, Di manakan abang mahu menikah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Duduk termenung mengusap kaki, Lama duduk hingga ke senja; Kalau gunung hendak didaki, Teguhkan tekad bersemangat waja.Pantun Melayu SarawakNasihat
Anak gagak terbang meninggi, Bila penat hingga di dahan; Awak hendak orang tak sudi, Bila diingat binasa badan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
 
hingga
1. Bersinonim dengan batas
( had, takat, sempadan, )
(kata nama:)

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan sampai, lajak, takat,
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan menyebabkan
( membawa ke, mengakibatkan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sehingga, hinggakan, sehinggakan, berhingga, menghinggakan, terhingga, perhinggaan,

Puisi
 

Kalau menangkap ikan kurau,
     Rentang jaring hingga ke seberang;
Adat hidup sahabat bergurau,
     Sudah mati terbaring seorang.



Lihat selanjutnya...