SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiZaman dahulu cermin cina, Hingga sekarang patah kakinya; Zaman dahulu saya punya, Hingga sekarang ada gantinya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau menangkap ikan kurau, Rentang jaring hingga ke seberang; Adat hidup sahabat bergurau, Sudah mati terbaring seorang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiManis sungguh tebu sebatang, Dari akar hingga ke pucuk; Manis sungguh mulut orang, Terkena tipu dalam pujuk. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEncik Embong pergi ke Jeddah, Terus bertahun hingga raya; Teluk tanjung lagikan berubah, Inikan pula hati manusia. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDi tengah padang sambil berlari, Kita bermain hingga ke petang; Dengan tidak aku sedari, Rupa-rupanya dibenci orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKusangka nanas dari permatang, Rupanya pandan tiada berduri; Kusangka panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKusangka nanas atas permatang, Rupanya durian tajam duri; Disangka panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDipetik nanas dengan pedang, Dimakan orang Kuala Teri; Kusangka panas hingga ke petang, Rupalah hujan di tengah hari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah beluru buah belerang, Buah pala atas bukit; Dari dahulu hingga sekarang, Jauh berbeza bukan sedikit. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKapal kecil kapal besar, Kapal tak pernah naik haji; Dari kecil hingga besar, Saya tak pernah mungkir janji. |
|
Tesaurus |
---|
| hingga | 1. Bersinonim dengan batas ( had, takat, sempadan, ) (kata nama:)
2. Dalam konteks waktu bersinonim dengan sampai, lajak, takat, (kata nama:)
3. Bersinonim dengan menyebabkan ( membawa ke, mengakibatkan, ) (kata kerja:)
| Kata Terbitan : sehingga, hinggakan, sehinggakan, berhingga, menghinggakan, terhingga, perhinggaan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau menangkap ikan kurau, Rentang jaring hingga ke seberang; Adat hidup sahabat bergurau, Sudah mati terbaring seorang.
Lihat selanjutnya... |
|