Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Saudara / Saudari: 1. Para pekerja syarikat itu tidak mendapat kata putus daripada majikan mereka tentang gaji mereka yang tertunggak (hingga ke hari ini / hingga hari ini)? 2. Puan Ramlah mendoakan perkahwinan antara Rashid dengan Balkis akan berkekalan (hingga ke akhir hayat / hingga akhir hayat)? 3. Dia tidak lupakan peristiwa pahit itu (hingga ke hari ini / hingga hari ini)? Saya kurang pasti sama ada (hingga ke) boleh digunakan bersama? Ada sebarang pengecualian? Ribuan terima kasih atas bantuan Saudara/Saudari. Sekian. Yang benar, Juian1. hingga hari in 2. hingga akhir hayat. 3. hingga hari ini.Tatabahasa04.03.2008
Selamat pagi, adakah wujudnya kata sendi pada ......hingga? biasanya kita guna dari......hingga, cthnya:dari dulu hingga sekarang tapi dengan apa syaratnya kita harus guna pada......hingga (sekiranya kata sendi ini wujud)? terima kasih.Kata sendi berpasangan yang lazim digunakan ialah dari ... hingga, seperti dari Isnin hingga Jumaat. Kata sendi nama pada menunjukkan keterangan waktu atau tempat dan lazimnya tidak digunakan berpasangan.Tatabahasa18.05.2013
1. hinnga saat ini atau hingga ke saat ini yang betul 2. hingga anak cucu atau hingga ke anak cucu yang betulFrasa yang gramatis ialah "hingga saat ini" dan "hingga anak cucu".Tatabahasa23.06.2012
Bolehkah kata sendi dan kata sendi berdampingan? Misalnya: hingga ke / hingga kepada. Sepanjang pengetahuan saya, kata sendi perlu disertakan kata nama atau frasa nama untuk membentuk frasa sendi.Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anaknya belajar hingga peringkat universiti. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama tidak berdampingan dengan kata sendi nama yang lain. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Keempat.Tatabahasa19.07.2008
Minta penjelasan terhadap ayat berikut: 1. Bau masakan Siti boleh dihidu hingga ke rumah saya ATAU hingga rumah saya 2. Kami mengekori pencuri itu hingga ke hujung lorong ATAU hingga hujung lorong. 3. Saya mencintai dia hingga ke akhir hayat ATAU hingga akhir hayat Terima kasihJawapan yang betul ialah:
1. Bau masakan Siti boleh dihidu hingga rumah saya
2. Kami mengekori pencuri itu hingga hujung lorong.
3. Saya mencintai dia hingga akhir hayat.
 
Bagi kata sendi nama hingga dan ke, kedua-duanya tidak digunakan secara berturutan. Bagi contoh ayat di atas kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa.
Tatabahasa26.04.2012
Minta jelaskan perbezaan penggunaan i) hingga dan sehingga ii) sejak dan semenjak'Hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik.Makna29.03.2008
Apakah perbezaan antara hingga dan sehingga? Adalah hingga hanya digunakan untuk masa dan waktu?Mengikut Kamus Dewan hingga boleh membawa beberapa maksud, pertama sampai ke (tempat atau waktu) dan kedua hingga sama makna dengan, iaitu sampai pada masa keadaan dan sebagainya.Tatabahasa16.12.2011
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat terdapat banyak ungkapan dan ayat contoh hingga ke. Antara ungkapan itu ialah panjangnya hingga ke pinggang (di bawah masukan blaus, hlm. 195), dari selatan hingga ke utara (di bawah masukan daksina, hlm. 305) dan dari pinggang hingga ke paras lulut (di bawah masukan samping II, hlm. 1382). Antara ayat contoh yang mengandungi hingga ke terdapat pada halaman 617 (di bawah masukan jejak, menjejaki), 1418 (di bawah masukan selak, menyelak) dan 1392 (di bawah masukan sara, menyara). Susunan berturutan hingga ke dalam ungkapan dan ayat contoh itu gramatis atau tidak?Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anaknya belajar hingga peringkat universiti. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama tidak berdampingan dengan kata sendi nama (ke) yang lain. Oleh itu, penggunaan hingga ke berdampingan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis.Tatabahasa06.12.2009
Pilihan mana yang betul dalam kurungan? 1. Perlawanan bola sepak itu berterusan (hingga ke/hingga) masa tambahan. 2. Kampung itu diselubungi air (oleh sebab/kerana) hujan lebat. 3. (Kempen mencegah jenayah/kempen pencegahan jenayah) itu akan berlangsung selama dua bulan.1. Perlawanan bola sepak itu berterusan hingga/ke masa tambahan.
2. Kampung itu diselubungi air oleh sebab/kerana hujan lebat.
3. Kempen mencegah jenayah itu akan berlangsung selama dua bulan.
Tatabahasa08.10.2012
Selamat petang, saya nak tanya hingga ke betul tak? atau hingga sahaja? Contoh: 'dari pukul 3.00 petang hingga ke pukul 5.00 petang' betul atau 'dari pukul 3.00 petang hingga pukul 5.00 petang' betul?Ayat yang betul penggunaan kata sendi namanya ialah 'dari pukul 3.00 petang hingga pukul 5.00 petang'. Kata sendi nama 'ke' tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Kata sendi nama 'ke' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah.Tatabahasa25.04.2007
Tesaurus
 
hingga
1. Bersinonim dengan batas
( had, takat, sempadan, )
(kata nama:)

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan sampai, lajak, takat,
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan menyebabkan
( membawa ke, mengakibatkan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sehingga, hinggakan, sehinggakan, berhingga, menghinggakan, terhingga, perhinggaan,

Puisi
 

Kalau menangkap ikan kurau,
     Rentang jaring hingga ke seberang;
Adat hidup sahabat bergurau,
     Sudah mati terbaring seorang.



Lihat selanjutnya...