Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau begini rupanya padi, Harus juga condong ke barat; Kalau begini rasanya hati, Harus juga akan melarat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila bertiup angin badai, Ombak datang harus berjaga; Apabila hidup ingin terpakai, Kepercayaan orang harus dijaga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bukan mudah orang berhelat, Kaum kerabat harus dijemput; Bukan mudah memegang adat, Hukum muafakat harus diikut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukan mudah berladang darat, Pagi-pagi harus ke tanah; Bukan mudah memegang adat, Budi pekerti harus semenggah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bila lancang patah tiang, Tentu segera harus diganti; Apabila abang sudah pulang, Pasti segera hamba menanti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan mudah orang berhelat, Apa yang kurang harus dicari; Bukan mudah memegang adat, Dada lapang bertulus hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Andainya tegak di bawah tiang, Mana yang patah harus diganti; Andainya awak dituakan orang, Sempurnakan lidah luruskan hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Turun tangga naik tangga, Jangan lekas berputus asa; Pengorbanan penulis harus dibangga, Jasanya mulia memertabatkan bangsa. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Tua-tua pergi memukat, Dapat dipukat ikan kilat; Semua kerja harus muafakat, Udara bersih rakyat sihat. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Carta dibuat bersilang-silang. Mudah dibaca tanpa kanta; Harta bukan milik seorang, Harus dikongsi sesama kita. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| harus (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan mesti: patut, wajar, perlu, tidak boleh tidak, tidak dapat tidak,
2. Dalam konteks hukum Islam bersinonim dengan jaiz, mubah,
| Kata Terbitan : seharusnya, mengharuskan, keharusan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau begini rupanya padi, Harus juga condong ke barat; Kalau begini rasanya hati, Harus juga akan melarat.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 557 There’’s no accounting for tastes Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh. Lain orang lain pendapat. I don’’t understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes. Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan lain orang lain pendapat. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|