Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Direktori Karyawan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Daftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
jaizboleh dikerjakan (menurut agama Islam) dan boleh juga tidak dikerjakan; harus.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jaizAr apa yg diharuskan (menurut agama Islam) tetapi boleh juga tidak dikerjakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
jaizboleh dikerjakan (menurut agama Islam) dan boleh juga tidak dikerjakan; harus.Kamus Pelajar
harus1 boleh dilakukan dan boleh juga ditinggalkan (kedua-duanya tidak berdosa); jaiz. 2 boleh jadi; mungkin: Dia ~ tidak datang, kerana hari hujan. 3 berkemungkinan besar; patut: Kita ~ menjaga nama baik keluarga kita. mengharuskan 1 menjadikan boleh dilakukan atau ditinggalkan; membolehkan; membenarkan: Allah mengharamkan riba dan ~ jual beli. 2 menjadikan patut atau elok: Kita diharuskan berpakaian kemas dan bersih. keharusan 1 keadaan atau sifat harus: ~ berkhatan lewat (dlm syariat Nabi Noh) telah dibatalkan dan diharamkan (dlm syariat Nabi Musa). 2 keadaan mungkin; kemungkinan: ~ berlakunya rusuhan di negara itu adalah besar. 3 sesuatu yg harus atau patut dibuat (dilakukan): Menjaga ketertiban tingkah laku ialah satu ~ bagi kita. seharus­nya sepatutnya; selayaknya: Dia tidak ~ bertindak terburu-buru begitu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
harus1. boleh dilakukan dan boleh juga ditinggalkan (kedua-duanya tidak berdosa); jaiz. 2. boleh jadi; mungkin: Dia ~ tidak datang, kerana hari hujan. 3. berkemungkinan besar; patut: Kita ~ menjaga nama baik keluarga kita. mengharuskan 1. menjadikan boleh dilakukan atau ditinggalkan; membolehkan; membenarkan: Allah mengharamkan riba dan ~ jual beli. 2. menjadikan patut atau elok: Kita diharuskan berpakaian kemas dan bersih. keharusan 1. keadaan atau sifat harus: ~ berkhatan lewat (dlm syariat Nabi Noh) telah dibatalkan dan diharamkan (dlm syariat Nabi Musa). 2. keadaan mungkin; kemungkinan:~ berlakunya rusuhan di negara itu adalah besar. 3. sesuatu yg harus atau patut dibuat (dilakukan): Menjaga ketertiban tingkah laku ialah satu ~ bagi kita. seharusnya sepatutnya; selayaknya: Dia tidak ~ bertindak terburu-buru begitu.Kamus Pelajar
harus1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib: kita mempunyai kepen­tingan sendiri yg ~ dijaga; engkau ~ berlaku adil dan saksama; 2. boleh jadi, mungkin: padinya ~ tidak menjadi disebabkan ke­kurangan air; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb), mungkin: ~ seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan; 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan, jaiz, mubah: mandi tiga kali sehari adalah ~ hukumnya di sisi agama Islam; seharusnya sepatutnya, semestinya: sudah ~lah kita memelihara diri drpd kekejian; mengharuskan 1. memandang mustahak, (perlu, patut), memestikan, mewajibkan: penuntut-penuntut sekolah diharuskan me­ma­kai pakaian seragam; 2. membolehkan, membenarkan, mengizinkan: pd bait ketiga ulangan suara itu kurang sesuai, tah di­haruskan bersajak dgn ta; agama Islam ~ perceraian; keharusan 1. sesuatu yg harus (patut dll) dilakukan atau sesuatu yg mesti terjadi, ke­mestian, kewajiban: membela maruah orang tuanya memang suatu ~; 2. sesuatu yg boleh berlaku atau mungkin berlaku (ter­jadi), ke­mung­kinan.Kamus Dewan Edisi Keempat
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jaiz