Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Adat diisi, janji dilabuh.

Takrif

Adat harus dijalankan, persetujuan harus ditepati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kaki tertarung inai padahannya, mulut terdorong emas padahannya.

Takrif

Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya.

Takrif

Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Siapa yang berkata harus berkota.

Takrif

Janji hendaklah ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Barang yang dikata, itulah kota).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengail berumpan, berkata bertipuan.

Takrif

Harus pandai mempersenangkan hati orang, kalau kita menghendaki sesuatu daripada orang itu. bertipuan = bermuslihat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menggenggam erat, membuhul mati.

Takrif

Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Si bongsu pengindang antah.

Takrif

Semuanya harus bekerja kerana kemiskinan; tidak dapat dimanjakan. pengindang = penampi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Emas berpeti, kerbau berkandang.

Takrif

Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau berkandung, emas berpura).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kerbau kandang, emas berpura.

Takrif

Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Emas berpeti, kerbau berkandang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ternak bergembala, parak berpagar.

Takrif

Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
harus (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: patut, wajar, perlu, tidak boleh tidak, tidak dapat tidak,

2. Dalam konteks hukum Islam
bersinonim dengan jaiz, mubah,

Kata Terbitan : seharusnya, mengharuskan, keharusan,

Puisi
 

Kalau begini rupanya padi,
     Harus juga condong ke barat;
Kalau begini rasanya hati,
     Harus juga akan melarat.



Lihat selanjutnya...