Kata |
Takrif |
Sumber |
pakihi | Ar kitab yg mengandungi hukum-hukum Islam; ilmu ~ ilmu tentang hukum-hukum Islam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syariah | sesuatu yg berkaitan dgn hukum-hukum Islam: mahkamah ~ mahkamah yg mengurus hal-hal yg berkaitan dgn hukum-hukum agama Islam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
syariah | sesuatu yg berkaitan dgn hukum-hukum Islam: mahkamah ~ mahkamah yg mengurus hal-hal yg berkaitan dgn hukum-hukum agama Islam. | Kamus Pelajar |
ilmu pakihi | ilmu tentang hukum-hukum Islam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mukalaf | orang yg telah akil baligh dan diwajibkan mematuhi hukum-hukum Islam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mukalaf | orang yg telah akil baligh dan diwajibkan mematuhi hukum-hukum Islam. | Kamus Pelajar |
syariah | Ar hukum Islam; mahkamah ~ mahkamah yg mengurus perkara-perkara yg bersangkutan dgn hukum Islam; ®syariat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketetapan | 1. perihal tetap, kepastian, ketentuan: apa yg sedang berlaku dlm masyarakat kita bukanlah drpd ajaran Islam, malah jauh menyimpang drpd ~ hukum-hukum Islam; 2. keputusan, ketentuan, pertimbangan: Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengambil satu ~ menyeru supaya semua pihak tidak berkeras dlm krisis Timur Tengah; 3. surat pengangkatan (perlantikan); 4. keteguhan (hati, kemahuan, dll), kekukuhan, kecekalan: kemahuan dan ~ hati akan mencapai suatu cita-cita yg mulia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syarak | hukum yg bersandarkan ajaran agama Islam; hukum Islam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
syarak | hukum yg bersandarkan ajaran agama Islam; hukum Islam. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
Islamic | adj Islam: the ~ civilization, tamadun Islam; ~ laws, hukum syariah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
ahkam Islam | hukum Islam | Perniagaan Islam | Tiada | Perintah, suruhan atau larangan yang ditujukan kepada manusia. Hukum Islam ialah syariat Allah yang meliputi hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Sumber hukum Islam yang disepakati ialah al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan qias. |
Islamic banking system | sistem perbankan Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Perbankan yang selaras dengan sistem nilai dan hukum Islam. Semua urus niaga adalah berdasarkan syariah dan menggunakan kaedah fiqh. Sistem perbankan Islam di Malaysia pada awalnya kenali sebagai sistem perbankan tanpa faedah (SPTF). Sistem ini bermula dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad pada 1983. Pada 1993, bank konvensional juga dibenarkan menawarkan produk dan kewangan Islam melalui jendela Islam. Bermula pada 2005, bank konvensional dibenarkan menubuhkan subsidiari perbankan Islamnya sendiri. Terdapat tiga fungsi utama penubuhan perbankan Islam iaitu pertama, menerima simpanan daripada pelanggan seperti akaun semasa dan akaun simpanan yang berasaskan akad al-Wadiah Yad al-Damanah. Kedua, mengeluarkan kemudahan pembiayaan seperti pembiayaan pembelian rumah atau kereta yang menggunakan akad Bai Bithaman Ajil. Ketiga, menyediakan perkhidmatan kewangan seperti pertukaran mata wang asing (al-Sarf), kiriman wang dan kemudahan pembayaran gaji. Perbankan Islam juga menawarkan pelbagai produk lai |
Islamic Fiqh Academy | Akademi Fikah Islam | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Organisasi subsidiari yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), bertujuan untuk melakukan penyelidikan dan mengeluarkan hukum tentang isu-isu kontemporari berdasarkan prinsip perundangan Islam sebagai panduan umat Islam sedunia. Keputusan yang dibuat oleh akademi ini merupakan satu ijtihad yang melibatkan ulama dan pakar dalam bidang-bidang yang berkaitan dari seluruh dunia, termasuk Malaysia. Contohnya, dalam Persidangan Akademi Fikah Islam ke-4 di Jeddah, Arab Saudi pada 11 Februari 1988, satu fatwa telah dikeluarkan yang menyatakan bahawa diharuskan organ si mati dipindahkan kepada yang hidup apabila kehidupan penerima organ itu bergantung pada penerimaan organ tersebut atau keselamatan fungsi asas dalam diri penerima bergantung pada penerimaan organ tersebut, dengan syarat mendapat keizinan daripada penderma sebelum dia meninggal dunia atau keizinan daripada waris selepas dia meninggal dunia, atau daripada pemimpin masyarakat Islam jika si mati tidak dikenali atau tidak mempunyai waris |
ithbat hukm | penetapan hukum | Perniagaan Islam | Tiada | Penentuan hukum terhadap perbuatan atau perbualan individu, yang berkaitan dengan urusan sesama manusia atau Allah s.w.t. Penetapan hukum adalah wajib, haram, harus, sunat atau makruh berdasarkan dalil syarak, sama ada disepakati atau sebaliknya. |
| pensabitan hukum | Agama Islam | Fiqh | Pensabitan hukum ke atas seseorang berasaskan dalil-dalil syarak dan qarina. |
ahkam mal | hukum harta | Perniagaan Islam | Tiada | Perintah atau suruhan yang ditujukan kepada manusia yang berkaitan harta berbentuk fizikal atau perkhidmatan. Pemilikan dan penggunaan harta tertakluk kepada hukum yang lazim seperti jual beli, sewa dan pinjaman. |
Islamic law | Hukum Syarak; Undang-Undang Islam | Undang-undang | Tiada | Tiada |
| pelaksanaan hukum had | Agama Islam | Fiqh | Melaksanakan hukuman keseksaan yang telah ditentukan oleh Allah pada kesalahan jenayah iaitu zina, tuduhan kepada perempuan mukmin melakukan zina, meminum arak, mencuri, merompak, menderhaka dan murtad. |
aqd musamm | akad bernama | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang telah ditetapkan hukum oleh syarak berdasarkan nama akad. Contohnya, akad jual beli yang terangkum di dalamnya hukum jual beli atau akad sewa yang terangkum di dalamnya hukum sewaan. |
law capital merger | percampuran modal hukum | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pencampuran modal yang berlaku secara fizikal sehingga tidak boleh ditentukan pemilik asalnya. Keadaan ini berlaku apabila semua rakan kongsi menyumbangkan modal dalam bentuk yang sama. Contohnya, semua memberikan modal dalam bentuk emas atau kambing sahaja. Percampuran modal hukum mestilah juga merupakan percampuran modal fizikal. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
harem | haram; 1 hukum tegahan dlm Islam, yg dijanjikan ganjaran pahala bagi orang yg mematuhinya dan dosa bagi orang yg mengingkarinya: kak keman bareng wak ~ jangan makan barang yg haram; 2 ditegah atau dilarang oleh undang-undang; 3 suci, tidak boleh dikerjaka | Melanau Mukah | |
halel | halal; 1 hukum membenarkan sst perbuatan dilakukan dlm Islam, tidak ditegah oleh syarak, dibolehkan, diizinkan, dibenarkan: kan jegem tengenlah wak ~ makan dan minumlah benda yg halal: dagieng sapek ~ kinan amun senebeleh daging lembu halal dimakan kalau | Melanau Mukah | |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
takaful | takaful | Sejenis insurans yang mengikut asas-asas dan hukum-hukum Islam. | Sekolah Rendah |
|
|