Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
NEGERI PAUS

Negeri Paus. Nama yang diberikan kepada

daerah yang pada satu ketika dahulu diperintah

oleh paus Gereja Roman Katolik. Paus menguasai

bidang ekonomi, tentera, dan politik. Kebanyakan

daerah berada di bahagian tengah Itali, dengan

beberapa tanah yang berada di Perancis untuk

beberapa ketika. Kini, Paus hanya mengawal

bidang temporal bagi 44 hektar Vatican City,

sebuah negeri bebas dalam daerah Rom.

UMUM
ANJING PIT BULL

Anjing pit bull ialah nama am bagi mana-mana

hasil kacukan lintang anjing yang biasanya

mempunyai beberapa ciri anjing bulldog dan terrier.

Satu ketika dahulu anjing pit bull ini digunakan untuk

menyerang lembu dan beruang. Ada kalanya anjing

ini juga menyerang dan membunuh manusia.

UMUM
SPEKE, JOHN HANNING

Speke, John Hanning (18271864) ialah

penjelajah British yang menjelajah ke beberapa

tempat di bahagian timur Afrika. Pada tahun 1858,

Speke bersama-sama Sir Robert Burton menjadi

orang Eropah pertama sampai ke Tasik Tanganyika.

Ketika Burton terbaring sakit, Speke menemui

Tasik Victoria dan mengagak bahawa ia Punca

Sungai Nil. Speke mengesahkan teorinya semasa

ekspedisi terakhirnya pada tahun 1864.

UMUM
ASUHAN SIANG HARI

Asuhan siang hari ialah khidmat penjagaan

kanak-kanak atau orang dewasa yang uzur, ketika

orang yang bertanggungjawab terhadap mereka

tidak dapat berbuat demikian. Di kebanyakan

negara maju, mengikut tradisi, wanita menjaga

anak di rumah. Walau bagaimanapun, semenjak

beberapa tahun kebelakangan ini, wanita yang

bekerja di luar rumah semakin bertambah.

UMUM
SEOW YIT KIN

Seow Yit Kin (1955 ), ahli muzik Singapura yang

menjadi pesaing paling muda memenangi

pertandingan piano anjuran British Broadcasting

Corporation ketika berumur 19 tahun. Dia

meneruskan persembahan solonya yang hebat

dengan beberapa orkestra yang terkenal di peringkat

antarabangsa. Pada tahun 1980, dia bermain dalam

konsert bersama dengan Sir Yehudi Menuhin di

Festival Grand Teton di Amerika Syarikat.

UMUM
ABU HAMID AL-GHAZZALIY

Abu Hamid al-Ghazzaliy ialah pemidato Islam.

Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn

Muhammad ibn Muhammad, Abu Hamid al-

Ghazzaliy. Dia lahir di Tus. Bapanya meninggal

dunia ketika dia masih kanak-kanak. Dia dipelihara

beberapa lama oleh seorang sufi yang telah

diwasiatkan oleh bapanya. Selepas itu, dia

diletakkan di institusi kebajikan untuk tinggal dan

belajar di situ. Kemudian, dia pergi ke Naysabur

untuk mempelajari ilmu tasawuf dengan Imam al-

Faramidi. Di samping itu, dia  belajar ilmu fikah

dan ilmu kalam dengan Imam al-Haramayn.

Kemudian dia menyertai Majlis Diraja di bawah

pemerintahan menteri Saljuk tahun 478 H. (1085

M.), dan kekal di situ selama enam tahun. Kemudian

dia dipilih oleh menteri menjadi ustaz di Baghdad.

Dia mengajar di situ selama empat tahun (484 H.488

H.). Ketika tempoh tersebut dia mengalami keraguan

tentang ilmu falsafah dan telah mengarang dua

buah buku yang berjudul: Maqasid al-Falasifah ,

yang mengemukakan falsafah al-Farabiy dan Ibn

Sina. Buku kedua berjudul Tahafut al-Falasifah , yang

mengkritik tentang falsafah al-Farabiy dan Ibn Sina.

Dia telah meninggalkan Baghdad, dan menjalani

kehidupan zuhud selama 10 tahun. Kemudian, dia

mengajar semula di Naysabur. Selepas tahun 500 H./

1106 M., dia berhenti mengajar sehinggalah hari

kematiannya.

UMUM
QABUS IBN SAID

Qabus ibn Said (1359 H. /1940 M. ) ialah

sultan kerajaan Oman. Sultan Qabus ibn Said lahir

di bandar Salalah yang terletak di selatan Oman.

Ketika berusia 6 tahun, Sultan Qabus telah mula

belajar di beberapa sekolah dan pusat pengajian di Oman

hinggalah baginda mendapat pendidikan asas yang sempurna.

Seterusnya Sultan Qabus menyambung pengajian

di United Kingdom dan memasuki Fakulti Ketenteraan Saint Herst

dan kembali ke negara sendiri setelah mendapat

keputusan yang cemerlang untuk menyumbang

jasa kepada pembangunan negara.

UMUM
PALSI SEREBRUM

Palsi serebrum ialah istilah umum bagi

pelbagai gangguan yang disebabkan kecederaan

pada otak. Kecederaan berlaku sebelum atau

ketika lahir atau dalam masa beberapa tahun

pertama hidup.

UMUM
PIAF, EDITH

Piaf, Edith (19151963), penyanyi dan penari

kabaret Perancis, yang terkenal dengan lagu cinta

kecewa seperti La Vie En Rose dan Non, Je Ne

Regrette Rien.

Dia lahir di Paris dengan nama asal Edith

Gassion, anak perempuan seorang ahli akrobat

yang terkemuka. Setelah ditinggalkan oleh ibunya

ketika masih kecil, dia menjadi penyanyi jalanan

ketika berusia 15 tahun. Pada tahun 1935, wanita

muda tersebut mendapat nama baru iaitu Piaf

(yang bermaksud burung ciak), yang diberikan

oleh seorang pemilik kelab malam. Pada lewat

tahun 1930-an, dia muncul di pentas dalam filem

arahan Jean Cocteau berjudul Le Bel Indifferent

dan beberapa filem lain, termasuklah French-

Cancan yang diterbitkan oleh Jean Renoir.

UMUM
SMYTHE, PAT

Smythe, Pat (19281996) membuktikan dirinya

sebagai salah seorang ahli menunggang kuda

wanita dan penunggang pertandingan lompat kuda

yang terbaik di United Kingdom (UK). Pada tahun

1949, dia meraih gelaran penunggang

pertandingan lompat kuda tahun tersebut. Pada

tahun 1962, dia memenangi Saddle of Honour

di Pertandingan Lompat Kuda Diraja Antarabangsa.

Pat Smythe lahir di East Sheen, Surrey. Dia mula

menunggang kuda ketika berusia empat tahun. Dia

memenangi beberapa roset dengan menunggang

Finality dalam Pertandingan Lompat Kuda

Antarabangsa di Stadium White City; London pada

tahun 1947. Ketika itu dia berusia 18 tahun. Kudanya

yang lain termasuklah Tosca, Prince Hal dan

Flanagan. Pada tahun 1963, dia berkahwin dan

menggunakan nama Patricia Rosemary Koechlin.

UMUM
Tesaurus
 
ketika (kata nama)
Bersinonim dengan waktu, masa, jam, saat, tatkala, zaman, abad, kurun, kala, dewasa, tempoh;,
Kata Terbitan : seketika, berketika,