Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Dialek ; Katan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SENDAT UDARA

Sendat udara ialah alat yang membolehkan

manusia atau bahan, masuk ke dalam atau keluar

dari sesuatu struktur yang dikenali sebagai kaison

pneumatik. Kaison mengandungi udara mampat.

Sendat udara digunakan untuk menggali

terowong dalam air atau projek-projek lain yang

memerlukan kaison.

UMUM
DISPEPSIA

Dispepsia ialah istilah yang digunakan secara

longgar untuk merujuk kepada gangguan

penghadaman. Dispepsia melibatkan gejala

seperti sakit pada abdomen atas, pedih hulu hati,

sendawa, bahagian perut berasa sendat dan sebu,

dan memuntahkan makanan atau cecair berasa

masam.

UMUM
CEONGSAM

Ceongsam, pakaian tradisional wanita Cina. Pakaian ini merupakan baju labuh sendat berkolar tegak, berkancing di bahagian kanan hadapan baju, berlengan panjang, pendek atau tanpa lengan, dan berbelah di kedua-dua hujung baju.

KESENIANArtifak/Mentifak
1
Tesaurus
 
sendat (adjektif)
1. Bersinonim dengan ketat: sempit, sama padan, terik, sepan, kiat, serat,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan penuh: tumpat, penuh sesak, padat, sebu, sebak,
Berantonim dengan lengang

Kata Terbitan : menyendat, tersendat, tersendat-sendat, kesendatan,