Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Puisi ; Khidmat Nasihat ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah MABBIMIstilah Bahasa MelayuKamus SainsKamus Thai Melayu Dewan
Kata Takrif Sumber
enggang Isj burung dlm famili Bucerotidae (yg ada cula di atas paruhnya yg besar), burung jawa; ~ belantara sj burung, Rhyticeros plicatus; ~ belukar = ~ buluh sj burung, Anorrhinus galeritus;~ bulu = ~ jambul putih sj burung, Berenicornis comatus; ~ papan sj burung, Buceros bicornis; ~ lilin = ~ kenyalang sj burung, Buceros rhinoceros; ~ apa kpd ~, orang apa kpd orang prb susah senang kita, kita yg merasakannya, susah senang orang tinggallah pd orang (masing­masing menjaga sendiri); ~ lalu atal jatuh, anak raja mati ditimpanya prb menerima akibat (kemalangan) kerana kebetulan berada di tempat dll kejadian itu; burung pipit sama ~, (mana boleh sama terbang) prb perhubungan atau perjodohan yg tidak sama padan, manakan boleh selamat; makanan ~ hendak dimakan oleh pipit prb hendak melakukan sesuatu yg bukan padan dgn taraf (kesanggupan dll); (men)dengar(kan) cakap ~ prb mendengarkan cakap orang atau musuh binasa sudahnya; pipit meminang anak ~ prb orang yg miskin (kecil-kecil dll) meminang anak orang kaya (besar-besar dll) tentu tidak munasabah; selama ~ mengeram prb lama benar; yg ~ sama ~ juga, yg pipit sama pipit juga prb berkaum (berkahwin dll) elok dgn yg sama pangkat (kedudukan, taraf, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
cincin I1. sj perhiasan jari spt gelang yg biasanya dibuat drpd logam yg berharga (berpermata atau tidak); 2. benda berlingkar yg rupanya spt gelang kecil; ~ belah rotan cincin tidak berpermata yg bulat di luar dan datar di dalamnya; ~ berapi cincin yg permata besarnya diapit oleh dua permata kecil; ~ bindu cincin yg dibentuk di atas bindu; ~ bunga nyiur cincin yg berupa simpai; ~ cap cincin yg memakai cap (utk mengecap); ~ garam sebuku cincin satu permata; ~ ikat balai cincin yg memakai satu permata segi empat bujur; ~ kahwin cincin yg diberikan oleh suami kpd isteri pd hari perkahwinan; ~ kerajaan cincin diraja; ~ ketering cincin yg boleh dikeluarkan permatanya; ~ limas(an) cincin satu permata yg berbentuk piramid; ~ mata tiga cincin yg dihiasi tiga biji permata; ~ mohor cincin utk mengecap; ~ pelir itik = ~ pelitik = ~ pintal tiga cincin yg berbentuk rantai berlingkar; ~ pertunangan = ~ tanda cincin yg diberikan sbg tanda pertunangan; ~ tahui = ~ tanya cincin yg diberikan kpd ibu bapa gadis sewaktu hendak melamar; ~ tanam cincin yg tidak timbul permatanya; ~ tapak gajah cincin yg atasnya datar dan berbentuk segi lapan; ~ emas takkan tampan bermata kaca prb gadis yg elok dan hartawan takkan sejodoh dgn orang miskin dan hodoh; bagai si kudung mendapat ~ prb berasa terlalu gembira mendapat sesuatu yg tidak pernah diperoleh; spt ~ dgn permata prb sama padan, cocok benar.Kamus Dewan Edisi Keempat
padan1 lawan yg sepatutnya atau yg sama besarnya dll; banding; tara: Orang itu bukan ~nya bergusti. 2 = sepadan sesuai benar; sudah seharusnya; patut: Hukuman itu memang ~ dgn kesalahannya. 3 dpt dipakai kerana sesuai ukurannya atau besarnya; muat: Kasut ini terlalu besar, tidak ~ dgn saya. berpadanan tidak bersalahan; memang patut atau memang padan; bersesuaian: Upah yg diterimanya tidak ~ dgn tenaganya. memadankan 1 menjadikan padan; menyesuaikan: Dia ~ dirinya dgn segala perubahan. 2 mencuba-cuba supaya diketahui padan tidaknya; membandingkan utk mengetahui padan tidaknya: Dia ~ sepatu itu dgn kakinya. padanan sesuatu yg padan; bandingan; imbangan. kepadanan hal padan; kesesuaian: ~ pakaian yg dipakai dgn majlis yg dihadiri adalah penting bagi kebanyakan wanita.Kamus Pelajar
mencuba1. melakukan sesuatu utk mengetahui keadaannya (spt buruk baiknya dll): Sebelum membelinya, ia telah ~ kereta itu. 2. memakai (baju dll) utk mengetahui sama ada padan atau tidak: ~ baju; ~ sepatu. 3. berusaha utk mencapai sesuatu maksud dll: Mereka ~ melarikan diri tetapi gagal. 4. mengecap sesuatu utk mengetahui rasanya; merasa: Aku disuruh ~ masakannya. 5. menguji (kepandaian dll): Pihak majikan telah lebih dahulu ~ tiap-tiap pemohon sebelum diterima bekerja.Kamus Pelajar
cuba1. kata yg dituturkan utk mengajak atau utk menyuruh secara halus; silalah; haraplah: ~ saudara fikirkan perkara ini dalam-dalam sebelum bertindak. 2. = ~ kata sekiranya; seandainya: ~ tidak ada orang di situ tadi, mati engkau dikerjakannya. cuba-cuba sbg ujian saja; menguji-uji saja: Hanya ~, barangkali dpt sembuh penyakitnya. bercuba dpt atau sudah dicuba (ttg kekuatan, ketahanan dsb sesuatu). mencuba 1. melakukan sesuatu utk mengetahui keadaannya (spt buruk baiknya dll): Sebelum membelinya, ia telah ~ kereta itu. 2. memakai (baju dll) utk mengetahui sama ada padan atau tidak:~ baju; ~ sepatu. 3. berusaha utk mencapai sesuatu maksud dll: Mereka ~ melarikan diri tetapi gagal. 4. mengecap sesuatu utk mengetahui rasanya; merasa: Aku disuruh ~ masakannya. 5. menguji (kepandaian dll):Pihak majikan telah lebih dahulu ~ tiap-tiap pemohon sebelum diterima bekerja. mencubakan menggunakan sesuatu utk menguji: Ubat ini sudah dicubakan kpd beribu-ribu orang. cubaan sesuatu yg dilakukan (dialami) utk mencuba; ujian; dugaan: Sabarlah menerima ~ Tuhan. percubaan 1. usaha utk mencuba atau menguji sesuatu:~ menanam padi Malinja sangat berjaya. Pelajar-pelajar telah mengadakan ~ sains di bilik makmal. 2. belum ditetapkan lagi (ttg seseorang pekerja dlm jawatannya) kerana belum lulus peperiksaan dsb: Si anu itu sudah tiga tahun bekerja, tetapi masih dlm ~. pencubaan perbuatan (hal, cara dll) mencuba atau mencubakan.Kamus Pelajar
dapat1. boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu: dia sedang mencari orang yg ~ me­nyelesaikan kerja itu dgn sempurna; ubat yg ~ menghilangkan rasa gatal-gatal pd kulit; 2. bp beroleh, menerima (wang, hadiah, keuntungan, surat, dll), menanggung, ditimpa (sesuatu yg tidak baik spt malu dll); 3. bertemu, bersua, menemui: cari dia sampai ~; tidak juga dia ~ barang yg hilang itu; anak ~ anak yg diambil (dipungut) di jalan; 4. berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki): dgn kemenangan ini dia ~ memasuki pertan­dingan akhir; 5. faham (sesuatu yg diajarkan, dipelajari, dsb): Nadiah rajin mengaji, lekas ~, dan pandai pula mengambil hati; ~ angin mendengar risik-risik (desas-desus); ~ durian runtuh = ~ harta karun = ~ harta timbul prb mendapat keuntungan dgn tidak bersusah payah atau dgn tidak disangka-sangka; lepas putih hitam tak ~ prb apa yg diharapkan tidak dapat, sedangkan yg ada pula hilang; ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha;sedapat sesudah dapat (menerima): ~ sahaja telegram itu dia pun segera pulang; ~ mung­kin seboleh-bolehnya, seboleh mungkin, se­berapa dapat (boleh);sedapat-dapatnya seberapa dapat, sedapat mungkin, seboleh-bolehnya: ~ rumah itu di­atur dgn sebaik-baiknya; semua pihak telah berusaha ~ utk mengelakkan berlakunya pertumpahan darah; berdapat 1. Mn padan, patut, sesuai; 2. = berdapatan bersua (dgn), berjumpa (dgn): kami ~ dgn dia di bandar;mendapat 1. beroleh, memperoleh: ~ ke­untungan yg besar; ~ faedah drpd membaca buku-buku ilmu pengetahuan; 2. memper­oleh, menerima, diberi: mereka masing-masing ~ hadiah; pekerja-pekerja itu ~ ber­bagai-bagai elaun selain gaji pokok; 3. me­nikmati (kemewahan, kesenangan, keba­hagia­an, dll), mengalami (kesusahan, kece­lakaan, dll), memperoleh: ~ rahmat drpd Allah; ~ kesenangan hidup; ~ penyakit; ~ nama buruk; 4. menerima (surat, berita, dll): dia kelihatan bermenung setelah ~ telegram drpd ayahnya; 5. menemui, menjumpai, memperoleh: ~ barang yg dicari; ~ penye­lesaian yg sebaik-baiknya; ~ hati ki menerima atau memperoleh cinta (drpd seseorang); ~ khabar menerima (men­dengar) khabar; ~ malu menanggung malu, diaibkan (oleh sesuatu kejadian dsb); ~ tempat diberikan perhatian (layanan, pengiktirafan, dsb), diterima (sbg berhak dsb); ~ sama ber­laba, kehilangan sama merugi prb hidup yg seia sekata;memperdapat, perdapat mendapat dgn usaha, memperoleh: kalau perempuan itu diperdapat dgn mudah, saya takut kalau-kalau dilepaskannya dgn mudah pula;mendapati, dapati 1. memperoleh: elaun itu menjadi tambahan kpd gaji yg mereka dapati; pejabat-pejabat yg menerima hasil, harus menaksir berapa banyak hasil yg boleh mereka dapati pd tahun hadapan; 2. mene­mui, menjumpai, melihat (secara kebetulan): apabila saya sampai di rumah itu saya ~ dua orang pemuda sedang memanjat pintu pagarnya; dia ~ ibunya sedang berbual-bual di luar; 3. mengetahui (hasil drpd pe­nyiasatan, penyelidikan, pengkajian dsb), membuat kesimpulan (berdasarkan kajian, penelitian, dsb): dia didapati menghidap penyakit malaria; mahkamah ~ yg dituduh bersalah;mendapatkan 1. pergi bertemu atau ber­jumpa dgn, pergi atau datang kpd (seseorang): Wan Intan berlari ~ suaminya; 2. mendapat, memperoleh (menerusi usaha): kepentingan Pulau Pinang baru diinsafi manakala tidak berhasil percubaan Inggeris hendak ~ satu pangkalan lain; 3. sl mengunjungi, men­ziarahi: maka Sultan Malikul-Mansor pun singgah di darat ~ kubur Sidi Ali Hisamud-Din; 4. mengunjungi (sbg permulaan dlm surat), menjelang, menemui: ~ kekanda yg diingati;terdapat ada (kelihatan), didapati, diketemui, diperoleh: sesudah diperiksa kebunnya ternyata masih ~ rumput-rumput tumbuh di beberapa tempat;dapatan 1. ark sesuatu yg didapati (diper­oleh), perolehan; ~ tinggal harta yg didapati semasa kahwin dan menjadi hak isteri apabila bercerai; 2. sesuatu yg didapati atau diketemui (hasil drpd kajian, penyelidikan, dsb), pene­muan: menyediakan laporan tentang be­­- be­ra­pa ~ drpd kajian yg telah dijalankan; kedapatan didapati, dijumpai, diketahui: manakala ia balik, ~ rumahnya sunyi; apa­bila kerjanya itu hendak dipangku oleh orang lain, ~ kira-kira wangnya terkurang sebanyak dua puluh ringgit; muka berpan­dangan, budi ~, kasih bagai lama juga prb anggapan (perasaan) yg tidak berubah kpd seseorang walaupun ia berlaku serong;pendapatan 1. jumlah wang yg diperoleh dlm jangka waktu tertentu (sbg hasil drpd mata pencarian, kerja yg dilakukan, dsb), hasil yg terdiri drpd gaji dll yg diperoleh: ~nya tidak sampai lima ratus ringgit sebulan; ~ kasar pendapatan sebelum ditolak potongan-potongan drpd gaji dsb (kerana bayaran tertentu); 2. (hasil) penemuan buat pertama kalinya (tidak ada atau diketahui sebelum­nya), dapatan: ~ Baird dlm lapangan televisyen memberi banyak faedah kpd semua orang;berpendapatan mempunyai atau beroleh pen­dapatan: golongan yg ~ rendah;pendapat 1. kesimpulan yg dibuat atau diper­oleh drpd berfikir (dan membayangkan sikap atau pendirian seseorang tentang sesuatu), pandangan, fikiran: ~ Hussain dlm hal ter­sebut bertentangan dgn pendirian ayahnya; ~ umum pendapat orang ramai; 2. orang yg mula-mula memikirkan (mendapatkan, men­cipta­kan) sesuatu yg baru (belum ada, belum diketahui sesiapa), penemu: ~ utama dlm hal televisyen ialah Mr. Baird dr Scotland;berpendapat mempunyai pendapat (pan­dang­an);bersependapat sama-sama berpendapat.Kamus Dewan Edisi Keempat
1
Tesaurus
 
padan (adjektif)
1. Bersinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena, tanjak, ngam, laik, labut, pantas, surup, yogia, klop, ukur,

2. Bersinonim dengan muat: sesuai, cocok, kena, ngam,

Kata Terbitan : sepadan, berpadanan, memadankan, padanan, pemadanan,

Puisi
 

Jelatik burung jeladan,
     Tekukur terbang tinggi;
Sudah cantik sama padan,
     Sudah diukur sama tinggi.



Lihat selanjutnya...