| Kata | 
    Takrif | 
    Sumber | 
  
  | kiat | 1 cara atau kaedah melakukan sesuatu. 2 kecekapan atau kepintaran melakukan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua | 
  | kiat V | Kd menjadi herot (kayu). | Kamus Dewan Edisi Keempat | 
  | kiat IV | ark; mengiat 1. membentangkan atau mengembangkan (kad atau daun pakau) supaya kelihatan; 2. mengocok (membancuh) kad atau daun pakau. | Kamus Dewan Edisi Keempat | 
  | kiat III | Mn cara (jalan, selok-belok) mengerjakan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat | 
  | kiat II | Kl 1. ketat atau sendat (bkn tutup tin dll); 2. tidak licin perjalanannya kerana terlalu buruk dll (bkn basikal dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat | 
  | kiat I | 1. = berkiat keras dan tidak boleh dikelokkan (dilentokkan), kejur, kaku, kejang (anggota); 2. = terkiat tergeliat, terkehel, salah urat (menyebabkan kaki atau tangan tidak dapat dilentokkan). | Kamus Dewan Edisi Keempat | 
  | kiat | 1. cara atau kaedah melakukan sesuatu. 2. kecekapan atau kepintaran melakukan sesuatu. | Kamus Pelajar | 
  | keriang-keriut | bunyi spt bunyi pintu buruk (atau yg ketat engselnya) dibuka dan ditutup, berbunyi kiat-kiut. | Kamus Dewan Edisi Keempat | 
  | keriang I | ; ~-keriut bunyi spt bunyi pintu buruk (atau yg ketat engselnya) dibuka dan ditutup, berbunyi kiat-kiut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |