Kata |
Takrif |
Sumber |
seksyen /séksyen/ | 3 pasukan tentera yg merupakan sebahagian drpd platun. | Kamus Pelajar |
seksyen /séksyen/ | 2 bahagian drpd sesuatu undang-undang dll; fasal. | Kamus Pelajar |
seksyen /séksyen/ | 1 bahagian kecil drpd sesuatu (pejabat, kawasan dll) yg lebih besar. | Kamus Pelajar |
seksyen | /séksyen/ 1 bahagian kecil drpd sesuatu (pejabat, kawasan dll) yg lebih besar. 2 bahagian drpd sesuatu undang-undang dll; fasal. 3 pasukan tentera yg merupakan sebahagian drpd platun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seksyen | (séksyen) 1. bahagian kecil drpd badan yg lebih besar (jabatan, kawasan, dll); 2. bahagian drpd karangan (undang-undang dll), fasal, ceraian; 3. bahagian drpd platun (tentera); 4. bahagian tertentu dlm sesuatu kawasan (bandar dsb): beliau tinggal di S~ 3, Bandar Baru Bangi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ter II | (tér) IB tambahan kpd sesuatu fasal selepas seksyen (dlm undang-undang dll), seksyen kecil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seksi I | (séksi) 1. seksyen, bahagian: ~ penerbitan majalah; 2. Id pembedahan mayat (utk me-nyiasat sebab-sebab kematian dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
subseksyen | (subséksyen) bahagian kecil drpd seksyen (dlm undang-undang dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fasal | Ar 1. bahagian drpd bab seksyen tertentu dlm dokumen undang-undang: bab yg pertama terdiri drpd lima belas ~; pd ~ 18 perkara (9), tiada ditentukan bahawa setiap ahli boleh dipilih menjadi ketua; 2. pokok percakapan, tajuk perbincangan, hal, perkara: yg dibincangkan itu ~ yg tidak penting; apalah kakanda gaduhkan ~ itu; 3. bkn hal, mengenai, perihal: ~ itu, serahkan saja pd aku; 4. kerana, sebab: terkenalnya nama Raden Awang bukan ~ kuat;~ timbang tara (Udg) fasal yg dibuat dlm perjanjian utk membolehkan pihak yg terlibat merujuk kpd penyelesaian timbang tara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
relevan | (rélevan) ada kaitan atau hubungannya dgn apa yg dibicarakan, apa yg berlaku dsb: seksyen 96(1) hanya ~ dlm kedudukan insurans wajib; merelevankan menjadikan relevan: ada cubaan utk ~ perkara-perkara yg tidak ada kena-mengena dgn kes itu; kerelevanan perihal atau keadaan relevan, pertalian, hubungan, relevansi: hakim mempersoalkan ~ soalan itu dlm kes yg sedang dibicarakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
code | n 1. body of laws, kanun: section 45 of the penal ~, seksyen 45 kanun jenayah; 2. system of principles, tata: ~ of behaviour, tatalaku; ~ of ethics, tataetika; moral ~, tatamoral; 3. system of secret words, letters, etc, kod: Morse ~, kod Morse; a message typed in ~, mesej yg ditaip dlm bentuk kod; 4. system of letters or numbers used for identification, kod: ~ number, nombor kod; post ~, poskod; dialling ~, kod mendail; exchange ~, kod ibu sawat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
section | seksyen | - | Tiada | Lihat signature. |
subsidiary company | anak syarikat | Ekonomi | Tiada | Syarikat yang dikawal secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat lain yang dikenali sebagai syarikat induk. Mengikut Seksyen 5 Akta Syarikat 1965, sebuah syarikat menjadi anak syarikat apabila keahlian lembaga pengarah anak syarikat itu dikuasai oleh syarikat induk, atau lebih daripada sesetengah hak mengundi pada anak syarikat dikuasai oleh syarikat induk, atau syarikat tersebut merupakan anak syarikat kepada anak syarikat lain bagi syarikat induk itu. |
polling district | daerah pengundian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kawasan atau pusat pengundian dalam satu kawasan pilihan raya. Suruhanjaya pilihan raya akan membahagikan kawasan pllihan raya kepada beberapa daerah pengundian bagi memudahkan proses pembuangan undi. Di kawasan ini juga terdapat pusat mengundi untuk orang ramai seperti sekolah atau balai raya. Setelah pembuangan undi selesai, semua kotak undi dari semua daerah pengundian akan dikumpulkan di tempat pengiraan undi. Dalam sesebuah daerah pengundian, mungkin terdapat dua atau lebih kotak undi, bergantung kepada bilangan pengundi di kawasan tersebut. Contohnya, Seksyen 2 Shah Alam merupakan satu daerah pengundian bagi kawasan Parlimen Shah Alam. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
seksyen | [sék.syen] | سيکشن |
|
Tesaurus |
---|
| seksyen (kata nama,) | Bahasa Asal :Inggeris | 1. Bersinonim dengan kawasan: zon, blok, daerah, cawangan,
2. Bersinonim dengan fasal: ceraian, bahagian,
3. Dalam konteks tentera bersinonim dengan platun, unit, pihak, kumpulan, kelompok, puak, marga, sayap.,
|
|
|