Kata |
Takrif |
Sumber |
jenuh I | 1. puas, kenyang sekali (sehingga menjadi jemu); 2. jemu, bosan: ~ mencari tidak berjumpa; menjenuhkan menjadikan jenuh, menjemukan, membosankan; kejenuhan perihal jenuh, kekenyangan, kejemuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jenuh | puas sekali; jemu: ~ saya mencari benda itu tetapi tidak juga berjumpa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jenuh II | Kl banyak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jenuh | puas sekali; jemu:~ saya mencari benda itu tetapi tidak juga berjumpa. | Kamus Pelajar |
lewat jenuh | Id terlampau kenyang, muak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejenuhan | perihal jenuh, kekenyangan, kejemuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjenuhkan | menjadikan jenuh, menjemukan, membosankan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lewat | (léwat) 1. lalu, berjalan (di samping, di hadapan, dekat): ketika aku ~, malim itu memperkenalkan aku kpd seluruh jururawat itu; 2. lampau, habis, selesai: musim menuai sudah ~; 3. lanjut, lebih (drpd yg patut dll), larut: di balik meja itu duduk seorang Cina yg sudah agak ~ umurnya; 4. sesudah waktunya, melampaui waktunya, lambat: ia telah lama menunggu Mak Dalek yg ~ pulang itu; 5. melalui, menerusi: Marian ~ tarian ciptaannya menggabungkan unsur tradisi dan moden; ~ jenuh Id terlampau kenyang, muak; ~ lemboyang Id terlalu ungu (warna ungu dlm cahaya matahari); selewat-lewatnya sehabis lewat (lambat), selambat-lambatnya: semua permintaan hendaklah sampai ~ pd hari Sabtu; melewati 1. lalu (di), melalui, melintasi, menempuh: dia berjalan ~ mereka; 2. melebihi had (batas), melampaui: berjalanlah imperialisme ke timur dr selatan Gibraltar ~ Lautan Tengah; ~ batas; 3. melangkahi, melangkaui: soalan-soalan yg susah-susah dilewati sahaja; 4. (bkn umur) melebihi: usiaku sekarang sudah ~ lima puluhan; melewatkan menjadikan lewat (lambat), melambatkan, melangkaukan: Bidin tetap juga mengharapkan biarlah anak bulan itu tidak kelihatan dan puasa akan dilewatkan sehari; melewat-lewatkan menjadikan lewat dgn sengaja, melambat-lambatkan: janganlah ~ sembahyang setelah masuk waktunya; terlewat 1. melebihi waktu, terlambat: kemalangan datang menimpa tidak ~ atau terdahulu sesaat pun; 2. = kelewat tersangat (banyak dll), terlalu, terlampau; 3. dapat atau telah dilewati (dilalui, ditempuh, dll); kelewatan 1. perihal lewat (lambat, berlebih-lebih, dll), kelambatan; 2. terlewat, terlambat: engkau boleh sewa sebuah kereta pergi ke mana-mana suka tetapi jangan ~ balik ke perahu; 3. terlampau, tersangat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
jenuh | magak [maga] | Melanau Dalat | |
ta'uhat, lepat | jenuh | TETAW | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
berasik Bj, Bs, Mr, Tb | upacara memulih semangat. | Bapa saudaraku sakit. Sakit tua, jelas Eunice, "Dah jenuh kami bawa ke hospital, tapi tak juga baik. Tiada jalan lain, kecuali mengadakan upacara Berasik, untuk memulihkan semangatnya untuk hidup." | Setulus Sarina | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
jenuh | [je.nuh] | جنوه |
|
Tesaurus |
---|
| jenuh (adjektif) | 1. Bersinonim dengan puas: kenyang, penuh, sengkak, segah, sebu, senuh, sangih,
2. Bersinonim dengan muak: jelak, bosan, jemu, kenyang, puas, cemus, lugu,
| Kata Terbitan : menjenuhkan, kejenuhan, |
|
|