Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SUMATERA | Sumatera ialah pulau yang kedua terbesar di Indonesia selepas Kalimantan. Ia adalah pulau yang keenam terbesar di dunia. Sumatera, berserta pulau-pulau kecil yang berdekatan dengannya, terdiri daripada lapan wilayah atau provinsi. Wilayah-wilayah ini ialah Aceh, Bengkulu, Jambi, Lampung, Riau, Sumatera Utara, Sumatera Selatan, dan Sumatera Barat. | UMUM | |
PERJANJIAN GUADALUPE HIDALGO | Perjanjian Guadalupe Hidalgo. Amerika Syarikat dan Mexico menandatangani perjanjian pada 2 Februari 1948 yang secara rasminya menamatkan Perang Mexico (18461848) yang berlaku kerana pertikaian terhadap status Mexico dan wilayah-wilayah lain. Perundingan perjanjian ini berlangsung di Villa de Guadalupe Hidalgo, pekan kecil yang kini sebahagian daripada Mexico City. | UMUM | |
WILAYAH PERSEKUTUAN | Pusat pentadbiran kerajaan. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
PERANG TIGA PULUH TAHUN | Perang Tiga Puluh Tahun (16181648) ialah satu siri perang agama dan politik yang akhirnya melibatkan kebanyakan negara Eropah. Konflik bermula sebagai perang saudara antara Roman Katolik dengan Protestan di Empayar Rom Holy dan wilayah-wilayah lain di bawah pentadbiran Habsburg, keluarga diraja Austria. Tetapi akhirnya, peperangan ini menjadi perjuangan umum terhadap kuasa politik dan wilayah. | UMUM | |
MELAYU | MELAYU, nama khas bagi satu kelompok suku bangsa di sekitar Kepulauan Melayu ataupun nama am bagi pelbagai kelompok serumpun bahasa di kalangan kelompok Bahasa Melayu-Polinesia (Austronesia). Sebagai nama khas, kelompok suku bangsa ini mendiami wilayah-wilayah Semenanjung Tahan Melayu, Singapura, selatan Thailand, pesisir timur Pulau Sumatera, pesisir Pulau Borneo dan wilayah-wilayah lain di Kepulauan Melayu (Nusantara) serta kawasan penghijrahan mereka di seluruh dunia. Mereka adalah penutur teras bahasa Melayu. Sebagai kelompok am, bangsa Melayu terdiri daripada pelbagai suku bangsa yang juga menjadi penutur bahasa Melayu dan penutur bahasa-bahasa rumpun Melayu. Mereka terdiri daripada semua suku bangsa di seluruh Alam Melayu-dari Filipina hingga ke Irian, Sumatera dan Kemboja. Dalam pengertian yang lebih luas, Melayu merangkumi semua penutur bahasa Melayu dalam kelompok Bahasa Melayu-Polinesia | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
POLINESIA PERANCIS | Polinesia Perancis ialah wilayah seberang laut kepunyaan Perancis. Wilayah ini terletak di Lautan Pasifik, kira-kira 4500 kilometer ke selatan Hawaii. Untuk lokasi, lihat Kepulauan Pasifik (peta). Wilayah ini terdiri daripada kira-kira 120 buah pulau yang berselerak merentangi kawasan seluas kira-kira sebesar barat Eropah. Pulau ini terdiri kebanyakannya daripada gugusan kepulauan Austral, Gambier, Marquesas, Society, dan Tuamotu. Papeete, di Tahiti salah sebuah pulau dalam Kepulauan Society ialah ibu wilayah ini. | UMUM | |
MACAO | Macao, juga dieja Macau, ialah wilayah Portugis yang terletak di bahagian tenggara pantai negara China. Wilayah ini terdiri daripada bandar raya Macao yang terletak di bahagian semenanjung, dan tiga buah pulau kecil. Wilayah ini mempunyai penduduk seramai 436 000 orang dan meliputi 15 kilometer persegi. Wilayah ini terletak di muara Sungai Zhu Jiang (Sungai Mutiara), lebih kurang 65 kilometer di barat Hong Kong. Untuk lokasi, lihat Asia (peta politik). | UMUM | |
LUAR WILAYAH | | UMUM | |
IBU NEGARA WILAYAH PERSEKUTUAN AUSTRALIA | | UMUM | |
LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG | Pertubuhan peladangan. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
|
Tesaurus |
---|
| wilayah (kata nama,) | Bahasa Asal :Arab | Bersinonim dengan jajahan, daerah, mukim, kawasan, tanah, zon, lingkungan, negeri, dar, alam, mandala, luak, luruh, provinsi., | |
|
|