Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PHILEMON DAN BAUCIS | Philemon dan Baucis ialah watak-watak utama dalam satu legenda kecil Yunani purba. Philemon, petani yang warak, hidup dengan isterinya yang setia, Baucis di negeri Phrygia. Pada suatu hari, dua orang pengembara datang ke rumah mereka meminta untuk bermalam. | UMUM | |
ASCH, SHOLEM | Asch, Sholem (18801957), pengarang kelahiran Poland, orang pertama yang mendapat pengakuan dunia kerana menulis dalam bahasa Yiddish. Watak-watak dalam karya Asch mencari iman dan merindukan sesuatu yang ideal. Suatu tema utama dalam karyanya ialah bahawa individu, biar betapa berdosa sekalipun dia, namun dia akan berusaha mencari kesucian. | UMUM | |
PINTER, HAROLD | Pinter, Harold (1930 ) ialah penulis drama Inggeris. Dramanya menekankan situasi ketegangan yang tidak terucap dan kadangkala sukar diterangkan antara watak-watak yang terlibat. | UMUM | |
PENGLIPUR LARA | PENGLIPUR LARA, nama umum untuk tukang cerita dalam tradisi lisan Melayu. Penglipur lara mendapat panggilan ini kerana cerita rakyat yang disampaikannya menghiburkan hati pendengar dan menghilangkan duka lara bukan sahaja bercerita tetapi melakonkan aksi watak-watak dalam ceritanya, mengajuk ucapan dialog dan bangun menari, bersilat, berjalan dan bergerak di pentas untuk menghidupkan ceritanya. Dia juga menggunakan topeng-topeng untuk menggambarkan lebih jelas rupa sesuatu watak, terutama watak utama dan watak jahat. Kadang-kadang penglipur lara menyarungkan pakaian seperti baju layang atau sesuatu jubah yang longgar dengan cepat di atas pentas bagi mengindahkan lagi penceritaannya. | SASTERA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
DOSTOEVSKY, FYODOR | Dostoevsky, Fyodor (18211881) merupakan salah seorang penulis paling terkemuka dalam kesusasteraan Rusia. Hasil karya Dostoevsky yang terbaik ialah novel tentang idea yang mengandungi watak hebat. Watak yang bersifat individu dan kompleks biasanya menghasilkan plot yang dramatik. Tema novelnya ialah persaingan hebat antara watak baik dengan jahat yang mencuba mempengaruhi jiwa manusia. | UMUM | |
SENNECTT, MACK | Sennectt, Mack (18841960) ialah perintis dan penerbit filem yang terkenal kerana komedi bisu slapstiknya. Ramai bintang komedi bisunya yang terkenal muncul dalam filem-filem Keystone Filemnya yang ganas dan kasar itu telah mencabar kewibawaan sosial. Keystone Kops, terbitannya yang terkenal telah menambahkan kekacauan di sebalik menguatkuasakan peraturan. Sennett memilih watak lucu seperti Rosco Arbuckle yang gedempol untuk menggambarkan gadis jelita yang jatuh cinta kepada penyangak. Watak ini dan watak-watak lain sering terlibat dalam adegan kejar-mengejar yang berakhir dengan pertarungan, suatu bentuk adegan yang terkenal dalam banyak filem terbitannya. | UMUM | |
PAK BELALANG | PAK BELALANG, nama watak dalam cerita jenaka Melayu, sastera rakyat. Dalam kumpulan cerita jenaka Melayu, Pak Belalang ialah suatu watak yang paling pintar dan paling bernasib baik. Berbanding dengan watak-watak lain, apa yang dilakukannya member dia ganjaran yang baik dan menyelamatkannya. Di pihak yang lain, Pak Belalang juga mendapat keuntungan kerana unsur kebetulan. Pak Belalang memperlihatkan tanda sedia berusaha untuk memperbaiki kesusahan hidup yang dihadapinya. Dia menipu orang kampung sebagai nujum pada hal dia yang menyuruh anaknya menyembunyikan kerbau mereka. | SASTERA | Karya |
BIERCE, AMBROSE GWINETT | Bierce, Ambrose Gwinett (18421914?) ialah penulis dan wartawan Amerika. Dia terkenal dengan cerita perang yang realistik di samping cerita-cerita ngeri dan alam ghaib. Dia mempunyai gaya penulisan yang ringkas dan tepat. Watak-watak dalam ceritanya didorong oleh naluri yang paling rendah. Banyak wataknya bertindak seperti haiwan dengan sedikit hati nurani. Cerita-ceritanya ini menunjukkan betapa tertariknya Bierce terhadap kekejaman dan kematian. | UMUM | |
MORAVIA, ALBERTO | Moravia, Alberto (19071990), penulis Itali. Dia mungkin penulis novel dan penulis cerpen Itali yang paling ulung pada tahun 1900-an. Karyanya mempunyai gambaran dan dialog yang realistik, gaya penulisan yang bebas dan jelas serta memberikan pandangan yang tajam mengenai gelagat manusia. Dalam penulisannya, Moravia mengkritik keruntuhan moral di Itali dan menggambarkan watak-watak yang terasing dari masyarakat dan ketandusan emosi. Dia juga menggambarkan seks tanpa cinta yang sia-sia dan perkahwinan sebagai jalan keluar dari penyakit sosial. | UMUM | |
SLESSOR, KENNETH | Slessor, Kenneth (19011971) ialah salah seorang daripada pemuisi moden Australia yang terpenting. Dia terkenal kerana membawa kemodenan ke dalam puisi Australia selepas tempoh semangat kenegaraan yang kuat. Dia tidak mengambil peduli tentang subjek tradisi awal Australia yang terdiri daripada pengiring, pengembara di darat, dan watak-watak lain. Dia tidak mengambil berat tentang landskap Australia. Tema yang kerap dipilih oleh Slessor ialah laut dan puisi laut yang ditulisnya memperkenalkan aliran baru dalam puisi Australia. Falsafahnya lebih moden dan bersifat universal berbanding pemuisi Australia yang lebih awal. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| watak (kata nama) | 1. Bersinonim dengan sifat: perangai, kelakuan, tingkah laku, budi pekerti, moral, akhlak, tabiat, khalikah, pembawaan, tanjak,
2. Bersinonim dengan tokoh: pelaku
| Kata Terbitan : perwatakan, |
|
|