Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PEMBUNUHAN (ORANG TERNAMA) | | UMUM | |
TATA | Tata ialah nama sebuah keluarga ternama dalam industri dan perdagangan di India. Jeejibhoy Jamshedji Tata (17831859) ialah usahawan utama. Dia lahir daripada keluarga Parsee yang miskin di negeri Baroda yang beraja. Dia mendapat kekayaan dalam bidang perniagaan eksport kerana wawasan komersial dan kerja keras. Dia juga yang memulakan tradisi keluarganya sebagai penderma kerja amal. | UMUM | |
ARGONAUTS | Argonauts, dalam mitologi Yunani, ialah temanteman Jason, seorang wira yang ternama. Mereka belayar bersama-sama Jason dalam pelayaran untuk mencari Bulu Biri-biri Keemasan, seekor biri-biri jantan terbang. Kira-kira 50 orang wira Yunani yang terbilang mengambil bahagian dalam pelayaran itu, termasuk Castor dan Pollux, Hercules, Orpheus, Peleus, dan Telamon. | UMUM | |
DICKENS, CHARLES | Dickens, Charles (18121870), penulis novel Inggeris yang ternama dan penulis yang popular sepanjang masa. Novelnya yang terkenal termasuklah A Christmas Carol, David Copperfield, Great Expectations, Oliver Twist, The Pickwick Papers, dan A Tale of Two Cities. | UMUM | |
AEROPAGUS | Areopagus ialah majlis tertua dan paling dihormati pada zaman Athens purba. Warganegara ternama yang memegang jawatan sebagai archon, salah satu jawatan tertinggi di negara kota Athens, ialah anggota Aeropagus seumur hidup. Pada sejarah awal Athens, Areopagus mempunyai kuasa pentadbiran dan kuasa perlembagaan. Kira-kira pada tahun 600 S.M., sebuah kumpulan baru, Majlis Empat Ratus mengambil alih banyak tugas Areopagus. Kira-kira tahun 450 S.M., kebanyakan tugas dan keistimewaan Areopagus dipindahkan ke mahkamah awam. Tetapi Areopagus masih mengadili kes bunuh dan masih berkuasa untuk mendenda rakyat yang didapati bersalah kerana boros, biadab atau melampau. Majlis archon dinamai sempena nama Aeropagus atau Hill of Ares, iaitu tempat majlis itu bermesyuarat. Lihat juga Solon . | UMUM | |
TAWNEY, RICHARD HENRY | Tawney, Richard Henry (18801962) ialah ahli sejarah dan ahli falsafah sosial British yang ternama. Karyanya yang paling masyhur, Religion and the Rise of Capitalisme (1926) yang mengaitkan pertumbuhan ekonomi pada tahun 1500-an dan tahun 1600-an hingga penyebaran Protestanisme. | UMUM | |
ANTHONY OF PADUA, SAINT | Anthony of Padua, Saint (11951231), pemimpin agama Kristian dan pengkhutbah ternama pada zamannya. Banyak kejadian ajaib dikatakan berlaku kepada Anthony, sama ada semasa hayatnya atau selepas kematiannya. Jasad Anthony disemadikan di sebuah gereja yang dibina di Padua, Itali sebagai penghormatan kepadanya. Gereja tersebut kemudiannya menjadi tempat suci yang menjadi tarikan ramai penziarah yang ingin memohon pertolongannya sebagai santo. | UMUM | |
ABU AL-ALIYAH RUFAY | Abu al-Aliyah Rufay (? 93 H./? 711 M.), imam yang hebat bacaan al-Qur'annya (qari), hafiz dan ahli tafsir yang ternama. Nama penuhnya ialah Abu al-Aliyah Rufay ibn Mahran al-Riyahiy al- Basriy. Sewaktu zaman Nabi Muhammad SAW, usianya masih muda dan dia memeluk Islam pada zaman Abu Bakar al-Siddiq dan mula tekun mempelajari Islam. Dia sering mendengar pengajaran daripada Umar, Ali, Ibn Masud, Aisyah dan para sahabat besar yang lain. Dia hafaz al-Qur'an dan membacanya di hadapan Ubay ibn Kab. Dia amat bersemangat menyebarkan ilmunya lantaran suaranya yang lunak. Ramai yang telah belajar qiraat dengannya. Antara mereka ialah Suayb ibn al-Habhab, dan Abu Amru ibn al-Aka. Dia mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan mengamalkan sunnah. Dia terkenal dengan sifatnya yang zuhud, warak dan mengelakkan diri daripada fitnah. | UMUM | |
SEKOLAH KANO | Sekolah kano ialah kumpulan pelukis Jepun yang ahlinya datang daripada satu keluarga. Generasi sekolah kano seterusnya menubuhkan satu dinasti yang bertahan dari tahun 1400-an hingga tahun 1800-an dan melahirkan ramai pelukis ternama Jepun pada masa tersebut. Pada tahun 1600-an ahli sekolah kano menetapkan standard bagi lukisan Jepun yang berterusan melebihi 200 tahun. | UMUM | |
STRACHEY, LYTTON | Strachey, Lytton (18801932) ialah penulis biografi, penulis esei, dan pengkritik sastera. Karyanya yang sangat terkenal ialah biografi Eminent Victorians (1918) dan Queen Victoria (1921). Eminent Victorians ialah sekumpulan lakaran tentang empat orang ternama England pada zaman Victoria pendidik Thomas Arnold, Jeneral Charles Gordon, Henry Cardinal Manning, dan jururawat Florence Nightingale. Gambaran Strachey yang ringkas tetapi teliti mengadunkan campuran fakta, imaginasi, dan analisis psikologi. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| nama (kata nama) | 1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,
2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,
| Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama, |
|
|