Nawawiy, Abu Zakariyya al- (631676 H./ 12341278 M.), imam terkemuka, hafiz dan sangat tegas dalam menegakkan perkara makruf dan mencegah perkara mungkar. Nama sebenarnya ialah Muhy al-Din Abu Zakariyya Yahya ibn Sharaf al-Hawaraniy al-Syafiiyy. Dia meninggalkan keseronokan hidup dan tidak berkahwin. Dia mahir dalam pelbagai ilmu dan menjawat jawatan Syeikh di Dar al-Hadith al-Ashrafiyyah. Al-Nawawiy sangat terkenal dalam penterjemahan rencana dalam pelbagai disiplin ilmu. Ibn Atar adalah salah seorang muridnya yang telah membilang karya-karyanya secara menyeluruh. Antara karya- karyanya ialah Tahdhib al-Asma wa Lughat wa al- Minhaj fi Sharh Muslim; al-Taqrib wal al-Taysir fi al-Mustalah al-Hadith ; al-Adhkar; Riyad al-Salihin, sebuah kitab hadith yang besar dan terkenal; al- Majmu Sharh Muhadhdhab; al-Arbaun al- Nawawiyyah dan Mukhtasar Asad al-Ghabah fi Marifat al-Sahabat dan lain-lain. |