Tabtabaiy, Muhammad ibn Husayn al- (13211404 H./19031983 M.), pengikut Syiah Imamiyyah, ahli tafsir, penulis dan guru. Dia lahir di bandar Tibriz, Iran. Dia menamatkan pengajian peringkat awalnya di Iran. Kemudian dia berhijrah ke bandar Najaf di Iraq untuk melanjutkan pengajiannya. Dia terus menetap di Najaf sehinggalah memperoleh taraf ijtihad yang melayakkan dia memberikan fatwa dan mengajar. Taraf ini menyamai doktor falsafah. Al-Tabtabaiy akhirnya kembali ke Iran dan menetap di bandar Qum. Di sana, dia mula mengajar dan menulis. Dia menghasilkan pelbagai karya ilmiah dan antara karyanya yang termasyhur ialah kitab tafsirnya yang berjudul al-Mizan fi Tafsir al-Quran . Ia merupakan ensiklopedia yang besar, mengandungi 20 jilid. Karya ilmiahnya juga mencakupi pelbagai bidang lain seperti kebudayaan, falsafah, sastera dan sejarah. Dalam mentafsirkan al-Quran, al-Tabtabaiy berpandukan kaedah pentafsiran yang tersendiri yang dipegang oleh Mazhab Syiah Imamiyyah. |