Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TAPAK-TAPAK PRASEJARAH MALAYSIA | TAPAK-TAPAK PRASEJARAH MALAYSIA, bukti kebudayaan dan cara hidup masyarakat bermula semenjak zaman prasejarah. Hal tersebut dibuktikan melalui penemuan kebudayaan material di tapak-tapak zaman prasejarah. Di Malaysia, bukti terawal zaman prasejarah bermula sebelum 50 000 tahun dahulu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
TAPAK KAKI RATA | Tapak kaki rata ialah keadaan lengkung panjang tapak kaki yang diwarisi kelihatan rata dari jatuh. Keadaan ini akibat daripada ligamen yang lemah yang menyebabkan ketidakmampuan untuk menampung lengkung tapak kaki. Ramai yang percaya bahawa tapak kaki yang rata boleh menyebabkan rasa sakit. Pada dasarnya, anggapan ini tidak benar, kerana ketinggian lengkung tapak kaki tidak memberikan kesan kepada bagaimana tapak kaki berfungsi. Walau bagaimanapun, keadaan ini mungkin boleh menyebabkan rasa kurang selesa, yang mungkin dapat dikurangkan dengan reka bentuk kasut yang dapat menampung lengkung tapak kaki. | UMUM | |
ILMU TILIK TAPAK TANGAN | Ilmu tilik tapak tangan ialah amalan meramalkan nasib dengan menilik garisan dan tanda-tanda pada tapak tangan manusia. Ilmu tilik tapak tangan, yang kadang-kadang dikenali sebagai chiromancy dalam bahasa Inggeris, mungkin bermula di India purba. | UMUM | Umum |
TAPAK SEMAIAN | Tapak semaian menghasilkan anak tumbuhan untuk dipindahkan ke ladang, taman, dusun, dan kawasan landskap. Di tapak semaian ditanam pokok buah dan pokok hutan. Di tapak ini juga di tanam pokok renek hiasan, bunga, tumbuhan daun, dan sayur-sayuran. | UMUM | |
TAPAK SULAIMAN | Tapak sulaiman, juga dikenali sebagai bintang laut, ialah haiwan laut yang berduri kulitnya yang mempunyai unjuran yang tebal bak lengan pada badannya. Kebanyakan spesies tapak sulaiman mempunyai lima lengan dan kelihatan seperti bintang lima bucu. Sesetengah spesies mempunyai 40 lengan atau lebih. Tapak sulaiman hidup dalam semua lautan di dunia. | UMUM | |
TAPAK KAKI KANGGARU | Tapak kaki kanggaru ialah tumbuhan berbunga yang tumbuh hanya di Australia Barat. Terdapat kira-kira 10 spesies tapak kaki kanggaru. Tumbuhan ini mempunyai daun yang sempit, yang tumbuh terus dari tanah, dan tangkainya yang panjang, kurus mengeluarkan kuntuman bunga. | UMUM | |
CAP TAPAK KAKI | | UMUM | |
SILINDER | Silinder, dalam geometri, ialah bentuk pejal dengan dua tapak secam yang terletak pada satah selari. Setiap tapak dihubung oleh bucu melengkung yang dikenali sebagai direktriks. Permukaan sisi (tepi) silinder terdiri daripada garisan selari yang kedua-duanya bertemu dengan setiap tapak. Sekiranya direktriks silinder itu bulatan, bentuk tersebut dikenali sebagai silinder membulat. Silinder membulat tegak ialah silinder bulat dengan permukaan sisi silinder tegak yang tepat pada tapak-tapaknya. Silinder yang permukaan sisinya tidak bersudut tepat dikenali sebagai silinder membulat oblik. | UMUM | |
EKINODERMA | Ekinoderma ialah nama umum haiwan laut tertentu yang berkulit tajam. Terdapat lebih kurang 5000 jenis ekinoderma. Tapak sulaiman, tapak sulaiman rapuh, bulu babi, landak laut dan timun laut adalah antara jenis yang paling biasa. | UMUM | |
KESAN TAPAK HAIWAN | Kesan tapak haiwan lihat Beaver; Beruang; Harimau; Rubah; Tupai; Zirafah. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Hilang baju kerana tapak, Hilang berjalan di pohon pauh; Hilang malu kerana takut, Melangsung adat hajat saudara jauh.
Lihat selanjutnya... |
|