Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
RABAUL | Rabaul (pend. 14 937) yang terletak di New Britain merupakan pelabuhan yang paling sibuk di Papua New Guinea. Rabaul mengendalikan lebih banyak kopra dan koko daripada pelabuhan lain di negara itu. | UMUM | |
MISKOLC | Miskolc (pend. 211 660) ialah bandar di Hungary. Miskolc merupakan pusat perdagangan yang sibuk terletak di Sungai Sajó di timur laut kawasan industri Hungary. Untuk lokasi, lihat Hungary (peta politik). | UMUM | |
NEW ORLEANS | New Orleans (pend. 496 938) ialah bandar terbesar di Louisiana dan salah sebuah pelabuhan yang paling sibuk di dunia. New Orleans juga merupakan sebuah pusat perniagaan, kebudayaan, dan perindustrian yang utama di selatan Amerika Syarikat. New Orleans terletak di sepanjang Sungai Mississippi , kira-kira 160 kilometer ke utara di mana sungai tersebut mengalir ke Teluk Mexico. Kedudukan ini menjadikan bandar ini sebagai pusat perkapalan terbesar. | UMUM | |
MOMBASA | Mombasa (pend. 442 369) ialah bandar kedua terbesar di Kenya selepas Nairobi. Mombasa ialah bandar pelabuhan yang sibuk di pantai timur Afrika (lihat Kenya [peta]). Pelabuhan ini mengendalikan hampir keseluruhan urusan perkapalan antarabangsa Kenya, Uganda, Rwanda, Burundi, dan timur Zaire yang terletak di pedalaman. Bandar ini mempunyai kilang penapis minyak, lapangan terbang antarabangsa, dan banyak bahagian yang moden dengan bangunan kerajaan yang besar dan mempunyai banyak hotel. | UMUM | |
MOTEL | Motel ialah tempat yang menyediakan kemudahan penginapan terutamanya kepada pemandu kereta. Kebanyakan motel terletak di persimpangan jalan besar yang sibuk, di kawasan pinggir bandar atau berhampiran lapangan terbang. Semua motel menyediakan kemudahan letak kereta secara percuma dan tetamu boleh sampai ke bilik secara terus. Sesetengah motel mempunyai restoran dan kolam renang. | UMUM | |
ABIDJAN | Abidjan (pend.1 850 000 ) ialah ibu negara dan bandar terbesar Ivory Coast. Ia juga salah sebuah pelabuhan yang paling sibuk di bahagian barat Afrika. Bandar ini terletak di pinggir sebuah lagun di bahagian selatan negara itu. Sebatang terusan menghubungi lagun dengan Teluk Guinea, yang merupakan sebahagian Lautan Atlantik (lihat Ivory Coast [peta]). | UMUM | |
ROTTERDAM | Rotterdam (pend. 558 832; pend. kaw. met. 1 025 580) ialah bandar kedua terbesar di Belanda selepas Amsterdam. Rotterdam adalah satu daripada pelabuhan laut yang paling sibuk di dunia. Bandar ini terletak di kedua-dua tebing Sungai Nieuwe Maas, kira-kira 31 kilometer dari timur Laut Utara (lihat Belanda [peta]). | UMUM | |
MISSISSIPPI | Mississippi ialah sebuah negeri di selatan Amerika Syarikat. Kawasan ini dahulunya merupakan kawasan pertanian dan pekan kecil. Mississippi kini menjadi negeri perindustrian dan bandar yang sibuk. Jackson adalah ibu negeri Mississippi dan bandar terbesar. | UMUM | |
SUNGAI OHIO | Sungai Ohio ialah sungai yang kedua paling banyak digunakan untuk tujuan komersial di Amerika Syarikat. Hanya Sungai Mississippi mempunyai lebih banyak kapal kargo yang melayarinya. Sungai Ohio mengalir sejauh 1579 kilometer melalui beberapa kawasan industri yang paling sibuk dan tanah ladang yang paling subur di negeri itu. Ia memberi perkhidmatan kepada lombong batu arang dan kawasan pengeluar keluli yang utama. | UMUM | |
NEW JERSEY | New Jersey (pend. 7 748 634) ialah negeri industri yang penting di timur laut Amerika Syarikat. Ia terletak di wilayah Atlantik Tengah negara tersebut, di antara Sungai Delaware dengan Sungai Hudson. Trenton ialah ibu negerinya. Bandar New Jersey yang kecil dan tidak sibuk ini berbeza sama sekali daripada bandar raya industrinya yang besar. New Jersey mempunyai penduduk yang lebih padat berbanding dengan negeri-negeri lain. Tempat peranginan di sepanjang kawasan pinggir laut menarik berjuta-juta pelancong ke negeri tersebut setiap tahun. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| sibuk (adjektif) | 1. Bersinonim dengan banyak kerja: giat, aktif, rajin, kocah-kacih, lagut, kalut, gelut, gelabut, legak, hibuk, repot, ripuh,
2. Bersinonim dengan ramai: riuh, abuh, pergi balik, keluar masuk, lalu-lalang, Berantonim dengan lengang
| Kata Terbitan : bersibuk, menyibukkan, kesibukan, |
|
|