Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
DATO' KELANA SENDENG | DATO KELANA SENDENG (? -1872), Penghulu (bertaraf Dato Undang) Sungai Ujong yang ke-11 dan yang kelima memakai gelaran Dato Kelana. Dia adalah daripada perut hulu daripada dua pecahan waris di darat yang berhak memegang jawatan sebagai Dato Kelana. Dia dilantik pada tahun 1850 untuk menggantikan Dato Kelana Kawal (m. 1849). Dia memerintah luak Sungai Ujong selama 22 tahun (1850-1872). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SYED ABDUL RAHMAN, DATO' KELANA | SYED ABDUL RAHMAN, Dato Kelana ( ? 1889), Undang Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Beliau menggantikan bapa saudaranya, Dato Kelana Sendeng, yang meninggal dunia pada tahun 1872. Ketika menjadi Dato Kelana, Syed Abdul Rahman menerima cabaran daripada Dato Syahbandar Abdullah Tunggal tentang pungutan cukai di Kuala Linggi. Pada 21 April 1874, Dato Kelana Syed Abdul Rahman menandatangani perjanjian dengan pihak British. Dengan termeterainya perjanjian ini, beliau bersetuju berlindung di bawah kerajaan British. Beliau juga bersetuju meletakkan kawasan dari Sempang hingga Permatang Pasir di bawah pentadbiran dan kawalan British. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| sendeng (adjektif) | 1. Bersinonim dengan senget: miring, sadak, condong, tinggi sebelah, rendah sebelah, ruyung, tuding, tubing, serong, mendoyong, jeneng, merunduk, berat sebelah, herot, kencong, pencong, gendeng, sondai, landai, sinting, teleng, serendeng, reyok, menghereng, sayung, Berantonim dengan tegak
2. Bersinonim dengan kurang siuman: kurang ingatan, sasar, setengah gila, agak gila, gung, sinting, otak miring, Berantonim dengan waras
| Kata Terbitan : bersendeng, menyendeng, menyendengkan, tersendeng-sendeng, |
|
|