Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
QUAKER | Quaker ialah nama yang diberikan kepada ahli Persatuan Sahabat-sahabat Agama ( Religious Society of Friends ). Quakerisme ini bermula di England pada tahun 1600-an. Kini, kebanyakan anggotanya tinggal di Amerika Syarikat. England dan Kenya juga mempunyai penganut Quaker yang ramai. Kumpulan Quaker yang lebih kecil terdapat di kebanyakan tempat lain di dunia. | UMUM | |
NUFAYR IBN MALIK | Nufayr ibn Malik (?80 H./?699 M.) ulama hadith. Nama sebenarnya ialah al-Imam al-Kabir Nufayr ibn Malik ibn Amir Abu Abd al-Rahman al- Hadramiy al-Himsiy. Dia sempat mengenali Rasulullah s.a.w. dan mengunjungi Baginda seperti yang disebut oleh Ibn al-Athir. Dia meriwayatkan hadith daripada Abu Bakar (dipercayai kemungkinan dia pernah berjumpa dengan Abu Bakar), Umar, al-Miqdad, Abu Dhar, Abu Darda, Aishah dan sahabat-sahabat lain. Hadith-hadith Nufayr ibn Malik diriwayatkan pula oleh anaknya Abd al-Rahman, Makhul, Khalid ibn Mi dan beberapa orang lagi. Dia tergolong dalam kalangan ulama hadith yang pakar. Hadithnya terdapat dalam semua kitab hadith kecuali kitab Sahih al-Bukhariy . Ini adalah kerana Nufayr ibn Malik meriwayatkan hadith daripada sahabat-sahabat tanpa berjumpa dengan mereka, sedangkan al-Bukhariy tidak menerima sesuatu hadith kecuali guru yang meriwayatkan hadith berjumpa sendiri dengan perawinya. Nufayar ibn Malik dikatakan meninggal dunia pada tahun 75 H. | UMUM | |
PERSAUDARAAN SAHABAT PENA MALAYA | Persatuan penulis. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
SAHABAT | SAHABAT, akhbar bertulisan jawi sebelum Perang Dunia Kedua. Sahabat mula diterbitkan pada 15 Februari 1939 oleh Mohd. Tamim bin Deman dan dicetak oleh Al-Huda Press di Pulau Pinang. Akhbar yang mengandungi 44 halaman ini diterbitkan tiga kali seminggu, iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Pengarang yang menjayakan penerbitan Sahabat ialah Syed Ahmad bin Syekh, Haji Abdul Aziz bin Syekh Rahmat, Ahmad Boestamam, Ahmad Noor Abdul Shukor (Adnan al-Fikri) dan Mohd. Samin Taib. | SASTERA | Penerbitan |
SAMURAH IBN JUNDAB AL-FAZARIY | Samurah ibn Jundab al-Fazariy ( ? 58 H./? 677 M.) merupakan salah seorang sahabat nabi yang masyhur. Dia juga adalah ayah kepada Jabir, salah seorang sahabat nabi. Ketika masih kecil dia menyeru kaum muslimin supaya berjihad dalam Perang Uhud bahkan turut menyertai perang tersebut termasuk juga perang-perang yang lain. Dia meriwayatkan 130 hadith dengan menulisnya dalam buku untuk lebih mengingatinya. Selain itu, dia pernah menulis sepucuk surat untuk anak-anak lelakinya. Ibn Sirin mengulas tentang surat tersebut. Surat itu mengandungi ilmu yang banyak. Samurah pernah menjadi gabenor Basrah dan Kufah pada zaman pemerintahan Muawiyah. Dia meninggal dunia di Basrah. | UMUM | |
TIMOTHY | Timothy ialah salah seorang daripada sahabat Saint Paul . Dia berkemungkinan lahir di Lystra, di Asia Kecil. Bapanya berbangsa Yunani dan ibunya Yahudi (Acts 16:1, II Timothy 1:5). Dia dipercayai memeluk agama Kristian apabila Paul bermusafir untuk mengembangkan agama buat pertama kali dan telah bercakap dengannya. Walau bagaimanapun, Paul tidak pernah berbincang tentang pertemuan pertama mereka dan Timothy hanya dikenali sebagai pengikut apabila dia bertemu Paul di Lystra (Acts 16:13). Timothy mengikut Paul dalam perjalanannya yang kedua dan dia dikenali sebagai sahabat dan teman seperjalanan Paul yang dipercayai sehingga kematiannya. Timothy kemudian mengambil alih tempat Paul sebagai biskop Gereja Ephesus. Dia dipercayai mati kerana agama lebih kurang pada tahun 100 M. | UMUM | |
MISWAR IBN MAKHRAMAH IBN NAUFAL | Miswar ibn Makhramah ibn Naufal, sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Dia merupakan anak kepada saudara perempuan Abd al-Rahman ibn Auf yang dilahirkan dua tahun selepas hijrah. Dia mengenali Rasulullah s.a.w. ketika masih kecil dan telah pergi ke Madinah selepas pembukaan Kota Makkah pada tahun lapan Hijrah. Dia selalu mendampingi Khalifah Umar ibn al-Khattab dan digolongkan di kalangan para sahabat sebagai ahli fiqh. Dia turut menyertai penaklukan Afrika pada tahun 27 Hijrah bersama Abdullah ibn Saad ibn Abi as-Sarh. Ketika peristiwa pengepungan Makkah yang pertama, dia memihak kepada Abdullah ibn Al-Zubayr dan terbunuh di sana. | UMUM | |
SAD IBN UBADAH | Sad ibn Ubadah ( ? 14 H. / ?635 M.) ialah salah seorang sahabat dari golongan Ansar Bani Saidah, berasal daripada al-Khazraj, sebuah bandar di antara YathribTaibah. Dia salah seorang pemimpin pada zaman Jahiliyah dan juga Islam. Dia digelar sebagai al-Kamil kerana pengetahuannya dalam bidang penulisan, memanah dan berenang. Dia memeluk Islam di tangan seorang sahabat Musab ibn Umayr r.a., di rumah Asad ibn Zurarah dan telah menyertai perjanjian Aqabah Kedua. Saad ibn Ubadah telah memberi pengakuan taat setia kepada Rasulullah s.a.w. tanpa pengetahuan orang kafir, dan dia dipilih salah seorang daripada 12 orang ketua. | UMUM | |
MENTOR | Mentor ialah seorang sahabat yang lebih tua, dan penasihat kepada Odysseus, hero kepada epik Yunani purba, Odyssey. Sebelum Odysseus (Ulysses dalam bahasa Latin) pergi bertempur dalam Perang Trojan, dia melantik Mentor sebagai penjaga anak lelakinya, Telemachus. Dengan bimbingan Mentor, dewa Athena telah menolong Telemachus mencari Odysseus. Hari ini, perkataan mentor bererti seorang kaunselor yang baik dan boleh dipercayai. | UMUM | |
ZAID BIN THABIT | Salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. dan penulis wahyu. | AGAMA | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| sahabat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan teman: kawan, taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif, saki, konco, Berantonim dengan musuh
2. Bersinonim dengan pengikut: murid, anak buah, penganut, Berantonim dengan ketua
| Kata Terbitan : bersahabat, mempersahabatkan, persahabatan, |
|
Puisi |
---|
|
Tanam ubi di tepi tebat, Orang menjala di Kampung Ulu; Hidup mati bersama sahabat, Sahabat setia menudung malu.
Lihat selanjutnya... |
|