Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TANAH RUNTUH | Proses runtuhan atau penggeluncuran batuan atau bahan yang terluluhawa. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
NIJINSKY, VASLAV | Nijinsky, Vaslav (18901950), penari lelaki yang terkenal pada zamannya. Dia rendah, dan mempunyai paha yang besar dan bahu yang runtuh. Meskipun demikian, dia melakonkan peranannya dengan penuh kesungguhan sehingga penampilannya nampak berubah daripada satu peranan kepada peranan yang lain. | UMUM | |
TBILISI | Tbilisi (pend. 1 140 000) ialah ibu negara Georgia. Georgia ialah sebuah republik dalam Kesatuan Soviet sehingga tahun 1991, apabila Georgia mengisytiharkan kemerdekaannya. Pada akhir tahun tersebut, Kesatuan Soviet telah runtuh. Nama Tbilisi bererti musim bunga yang panas dalam bahasa Georgia. Bandar ini dahulunya dikenal sebagai Tiflis , namanya dalam bahasa Rusia. Ia terletak di Sungai Kura di bahagian timur Georgia (lihat Georgia [peta]). Sebahagian bandar Tbilisi sudah moden dan sebahagian lagi kelihatan seperti kota Timur purba. Hasil keluaran Tbilisi meliputi bahan kapas, sakhlat, barangan kulit, jentera, hasil logam, dan minyak. Tbilisi ialah persimpangan rangkaian jalan raya dan landasan kereta api. | UMUM | |
ACONCAGUA | Aconcagua ialah gunung berapi mati dan gunung yang paling tinggi di Hemisfera Barat. Tingginya 6959 meter, dan terletak di barat tengah Argentina, dekat Chile. Pada zaman dahulu, Aconcagua mungkin 300 meter lebih tinggi daripada sekarang. Tetapi bahagian atasnya telah runtuh dan tidak ada lagi kesan kawahnya. | UMUM | |
SPENGLER, OSWALD | Spengler, Oswald (18801936) ialah ahli falsafah sejarah Jerman. Dalam The Decline of the West (19181922), dia menyatakan bahawa kunci kepada sejarah ialah undang-undang kemasyarakatan dan ketamadunan, yang bangkit dan jatuh dalam kitaran. Menggunakan spekulasi dan rasa hati lebih daripada kaedah sejarah yang tetap, dia merumuskan bahawa tamadun Barat sedang menuju kehancuran [lihat Tamadun (Mengapa tamadun bangkit dan runtuh)]. Spengler lahir di Blankenburg. | UMUM | |
MANUSIA PERAK | MANUSIA PERAK, rangka manusia yang lengkap dan tertua di Asia Tenggara. Rangka manusia lelaki yang berusia antara 40 hingga 45 tahun ini adalah daripada ras Australomelanesoid. Nama Manusia Perak bersempena dengan tempat rangka itu ditemui iaitu di Gua Gunung Runtuh, Perak. Manusia Perak ditemui dalam keadaan in-situ dan mempunyai pentarikhan kronometrik. Dengan itu, data dapat digunakan untuk penganalisisan dan interpretasi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangsa/Suku/Kaum |
MURABITUN, KERAJAAN | Murabitun, Kerajaan merupakan satu daripada kerajaan Islam yang muncul dalam lingkungan masa di antara tahun 448 hingga 541 H. bersamaan tahun 1056 hingga 1147 M., di sebelah barat laut benua Afrika. Beberapa kabilah iaitu Sanhajah, Lamtunah, Masufah dan Jadalah al- Barbariyyah telah bersatu pada abad ketiga Hijrah. bersamaan abad kesembilan Masihi. Antara tujuan penyatuan ini adalah untuk berusaha menyusun urusan perdagangan antara kafilah-kafilah yang melalui padang pasir iaitu di antara bahagian utara terletaknya wilayah Walata dengan bahagian selatan terletaknya kerajaan Ghana. Namun, penyatuan ini tidak dapat bertahan lama, malah ia menjadi lemah dan seterusnya runtuh. Ghana telah mengambil peluang di sebalik keruntuhan ini dan menjadi semakin berpengaruh. Seterusnya, Ghana berjaya menguasai beberapa bahagian di padang pasir yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang Barbar dan Arab. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| runtuh | 1. Bersinonim dengan roboh: ranap, tumbang, rebah, reban, terban, terbis, rahak, rebak, terjelabak,
2. Bersinonim dengan binasa: musnah, jahanam, hancur, ranap, jatuh, terguling,
| Kata Terbitan : meruntuhkan, keruntuhan, |
|
Puisi |
---|
|
Hijau kuning bunga kenanga, Dipatah dahan bagai nak runtuh; Putih kuning bijaklaksana, Itu memberi imanku jatuh.
Lihat selanjutnya... |
|