Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
NOMBOR POSITIF | Nombor positif lihat Algebra (Nombor positif dan negatif). | UMUM | |
ARUS ELEKTRIK | Arus elektrik ialah pergerakan atau aliran cas elektrik. Cas boleh jadi positif atau negatif. Proton yang menjadi sebahagian daripada nukleus setiap atom mempunyai cas elektrik positif. Elektron yang mengelilingi nukleus mempunyai cas negatif. Arus elektrik boleh terdiri daripada cas positif, negatif atau kedua-duanya. | UMUM | |
NOMBOR NEGATIF | Nombor negatif lihat Algebra (Nombor positif dan negatif). | UMUM | |
PROTON | Proton ialah zarah subatom yang bercas positif. Satu proton membentuk nukleus atom hidrogen biasa. Proton, berserta lain-lain zarah subatom yang dikenali sebagai neutron , membentuk nukleus semua atom lain (liha t Neutr on). Semua atom yang sama unsur kimianya mempunyai bilangan proton yang sama. Bilangan proton dalam atom dikenali sebagai nombor atom unsur. | UMUM | |
PENGIONAN | Proses pembentukan spesi bercas yang dikenali sebagai ion. Spesi bercas positif (atau kation) dan bercas negatif (atau anion), masing-masing terbentuk apabila atom atau kumpulan kehilangan dan menerima satu atau lebih elektron. | KIMIA | Proses/Tindak Balas |
ZARAH ALFA | Zarah alfa ialah zarah tenaga tinggi, bercas positif yang dikeluarkan oleh nukleus atom radioaktif apabila ia mengalami transformasi nuklear. | UMUM | |
FIZIK ATOM | Secara elektrik atom adalah nuetral. Ia berbentuk sfera dan terdiri daripada nukleus yang bercas positif ... | FIZIK | Konsep |
TITIK ISOELEKTRIK | Nilai pH sesuatu larutan yang menunjukkan molekul dalam larutan itu mempunyai cas bersih sifar. Pada pH ini, nilai cas positif dan negatif pada molekul tersebut adalah sama dan diberikan simbol pI. Nilai pH ini juga dikenali sebagai titik isoionik. Struktur molekul yang mempunyai cas bersih sifar ini dinamai bentuk zwiterion. Contoh lazim molekul yang mempunyai sifat ini ialah asid amino dan protein....untuk maklumat lanjut sila rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
MAGELLAN, FERDINAND | Magellan, Ferdinand (1480?1521) ialah kapten laut Portugis yang mengetuai ekspedisi pertama yang belayar mengelilingi dunia. Pelayarannya memberikan bukti positif yang pertama bahawa bumi ini bulat. Magellan tidak panjang umur untuk menyelesaikan ekspedisi tersebut, tetapi perancangannya yang imaginatif dan kepimpinannya yang berani membuat keseluruhan ekspedisi berjaya. Ramai sarjana menganggap ekspedisi itu suatu kejayaan pelayaran yang paling besar dalam sejarah. | UMUM | |
MENYADUR ANOD | Menyadur anod ialah sejenis elektrolisis yang digunakan untuk menyalut logam dengan lapisan pelindung oksida. Logam bertindak sebagai anod (kutub Positif) sel elektrolit. Ion oksida bercas negatif dialirkan menerusi larutan yang dinamakan elektrolit, dan mengoksidakan permukaan logam. Aluminium boleh disadur anod dalam larutan asid sulfurik. Magnesium sering disadur anod dalam larutan dikromat. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| positif (adjektif,) | Bahasa Asal :Inggeris | Bersinonim dengan pasti, tentu, tegas, sah, nyata, jelas, terang, benar, sahih, tepat, jitu, muktamad;, | |
|
|