Plautus (254?184 S.M.) ialah penulis komedi Rom yang penting. Dramanya merupakan versi Komedi Baru Yunani yang menekankan pemuda yang mencintai hamba perempuannya, kekeliruan identiti, orang gaji yang licik, dan tuan yang terpedaya. Plautus menggabungkan unsur komedi Itali dengan jenakanya yang riang gembira. Teknik pembinaan plot yang bijak dan perwatakan, tidak membimbangkannya kerana dia hanya menghasilkan komedi yang penuh gelak ketawa. Dia pakar dalam dialog, menulis tentang kehidupan yang penuh kata-kata, ungkapan cinta, dan penganiayaan. |