Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TEKTONIK KEPING | Teori perihal pergerakan benua, dalam bentuk keping serta kesan diakibatkan oleh pergerakan tersebut pada kulit Bumi. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Teori/Teorem/Hukum |
PERON, FRANÇOIS | Peron, François (17551810), ahli alamiah Perancis. Dia ialah orang pertama yang menulis perihal Orang Asli Tasmania. | UMUM | |
MANET, EDOUARD | Manet, Edouard (18321883), pelukis Perancis yang membantu memecah tradisi dengan menggunakan perihal subjek sebagai asas kepada kesan visual, daripada penceritaan. | UMUM | |
SILLITOE, ALAN | Sillitoe, Alan (1928 ) ialah pengarang dan penulis drama British yang terkenal dengan novel pertamanya, Saturday Night and Sunday Morning (1958) yang mengisahkan perihal kehidupan masyarakat pekerja kelas bawahan. Kemudian, dia menghasilkan pula koleksi cerita The Loneliness of the Long Distance Runner (1959). Cerita utamanya, yang memberikan judul kepada buku ini, menonjolkan wawasan minda seorang budak lelaki yang berada di sekolah boarstal. Sillitoe seterusnya menulis drama, puisi, beberapa banyak cerita pendek, dan novel. Antaranya termasuk Three Plays (1978), The Rats and Other Poems (1960), The Ragmans Daughter (1963), dan The Victory (1982). Saturday Night and Sunday Morning dan The Loneliness of the Long Distance Runner telah dijadikan filem dan diminati ramai. | UMUM | |
MAQDISIY, SHAMS AL-DIN ABU ABDULLAH AL- | Maqdisiy, Shams al-Din Abu Abdullah, al- (335390 H./9461000 M.), salah seorang pakar geografi Islam yang menulis perihal sempadan geografi negara. | UMUM | |
SURAH AL-INSHIRAH | Surah al-Inshirah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-94 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi lapan ayat. Surah ini dinamakan al-Inshirah (perihal melapangkan dada Nabi) kerana dalam ayat pertamanya Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: Bukankah Kami telah lapangkan dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)? (Surah al-Inshirah 94:1) | UMUM | |
PUTERI SA'ADONG | Puteri Saadong ( ? - ? ) ialah isteri kepada Raja Abdullah, pemerintah kerajaan Jembal ke-3 iaitu sebuah kerajaan di timur negeri Kelantan, pada abad yang ke-17. Puteri Saadong adalah puteri kepada Raja Luyor, iaitu raja ke-2 yang memerintah Jembal. Perihal kecantikan Puteri Saadong tersebar luas hingga ke negeri Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayung, iaitu negeri yang diperintah oleh Cik Siti Wan Kembang yang berpusat di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan. Puteri Saadong yang juga dikenali sebagai Puteri Wijaya Mala dijadikan anak angkat oleh Cik Siti Wan Kembang. | UMUM | |
NABI IDRIS A.S. | Nabi Idris a.s. ialah salah seorang daripada nabi yang diutuskan oleh Allah SWT. Nama Nabi Idris disebut di dalam al-Quran sebanyak dua kali. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud: Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di dalam kitab (al-Quran) ini perihal Nabi Idris, sesungguhnya adalah dia amat benar (tutur katanya dan imannya) serta dia seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya. (Surah Maryam 19:5657) Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud: Dan (demikianlah pula) nabi-nabi Ismail, Idris dan Dhulkifli semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. (Surah al-Anbiya 21:85) | UMUM | |
PIAWAI PERDAGANGAN | Piawai perdagangan memastikan perdagangan dijalankan secara jujur dan adil. Di Britain , majlis kaunti mentadbirkan jabatan piawai perdagangan, yang menguatkuasakan peraturan kerajaan pusat ke atas perundangan pengguna. Tanggungjawab jabatan ini meliputi pelbagai bidang termasuk kawalan mutu, serta timbangan dan ukuran. Jabatan ini juga menguatkuasakan Akta Perihal Perdagangan. | UMUM | |
SURAH AL-SYU'ARA' | Surah al-Syuara ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-26 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 127 ayat. Surah ini dinamakan al-Syuara (para penyair) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalamnya perihal para penyair. Ia bertujuan untuk menolak anggapan musyrikin yang mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. seorang penyair dan semua yang dibacakan olehnya ialah syair-syair. Oleh itu, Allah S.W.T. menolak anggapan tersebut melalui surah ini. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| perihal | 1. Bersinonim dengan keadaan ( hal, perkara, peristiwa, kejadian, peri, ) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan mengenai ( berkenaan, tentang, fasal, akan, terhadap, darihal, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : memerihalkan, keperihalan, pemerihalan, |
|
|